KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Ahad, 15 Ogos 2010

Wenger percaya darah muda Arsenal


WENGER (tengah) tekun memberi arahan kepada anak-anak buahnya pada sesi latihan kelmarin menjelang pertemuan Arsenal menentang Liverpool di Anfield hari ini.


LONDON - Pengurus Arsenal, Arsene Wenger tetap yakin dengan kemampuan barisan pemain mudanya menjelang aksi menentang Liverpool dalam saingan Liga Perdana England di Anfield malam ini.

"Kami terpaksa mengharungi cabaran sukar pada aksi pertama dengan menentang Liverool tetapi ia merupakan peluang terbaik bagi membuktikan kemampuan kami dalam usaha merampas kembali kejuaraan liga.

"Perlawanan dengan Liverpool juga bakal menjadi kayu pengukur kepada tahap persembahan pemain-pemain saya dan sudah pasti, ia memerlukan tumpuan yang sepenuhnya.

"Persembahan ketika aksi pramusim baru-baru ini memberi motivasi terbaik buat kami untuk memastikan matlamat utama kami pada musim ini mampu dicapai," jelas Wenger.

Tambah beliau, saingan pada musim ini menjadi semakin sengit dengan enam atau tujuh kelab dilihat mampu bergelar juara liga.

"Amat penting bagi kami untuk mengekalkan rentak konsisten dalam setiap perlawanan dan mencatat kemenangan ke atas kelab-kelab utama.

"Apa pun kami masih mempunyai kelebihan berbanding kelab lain kerana kami sememangnya telah mengenali antara satu sama lain dengan baiknya dan tahu bagaimana cara terbaik untuk bermain," tambahnya.

Dalam perkembangan lain, Wenger yang telah membimbing Arsenal sejak tahun 1996, dilaporkan memperbaharui kontraknya bersama skuad The Gunners itu.

Pengurus kelahiran Perancis itu telah menyatakan persetujuan untuk menandatangani kontrak selama tiga tahun lagi bagi membimbing Arsenal.

"Saya perlu membuktikan kepada semua yang saya percaya dengan kemampuan pasukan ini dengan menunjukkan komitmen saya," kata Wenger yang kontrak asalnya bersama Arsenal tamat hujung musim ini

City hampir dimalukan




LONDON - Perbelanjaan besar yang dikeluarkan Manchester City untuk membawa masuk beberapa bintang baru ke Eastlands belum menampakkan impak.

Ini kerana skuad kendalian Roberto Mancini itu sekadar mencatatkan keputusan seri tanpa jari- ngan pada aksi sulung Liga Perdana England menentang Tottenham Hotspur di White Hart Lane semalam.

"Saya tetap gembira dengan keputusan ini. Satu mata sudah baik daripada kami gagal mengutip sebarang mata.

"Perlawanan pertama sering menjanjikan saingan sengit dan itulah yang terjadi kepada kami dalam perlawanan ini," kata Mancini.

Berdasarkan persembahan yang dipamerkan anak-anak buah Mancini, pengurus kelahiran Itali itu perlu menggarap ramuan lebih baik sekiranya mereka berhajat merangkul trofi liga musim ini.

Sekalipun City menurunkan tiga pemain bintang yang baru dibeli mereka iaitu David Silva, Yaya Toure dan Aleksandar Kolarav, Spurs pula dilihat tampil lebih bertenaga pada aksi semalam.

Meskipun seri, pengurus Spurs, Harry Redknapp ternyata berhak diberi pujian apabila percaturan yang dilakukannya berjaya memusnahkan impian City untuk mencatat kemenangan sulung.

Diketuai Gareth Bale di bahagian jentera serangan, Spurs memiliki beberapa peluang terbaik untuk menjaringkan gol menerusi Jermaine Defoe dan Tom Huddle- stone.

Namun, ketangkasan yang dipamerkan penjaga gol City, Joe Hart berjaya menafikan peluang Spurs mencipta kemenangan di hadapan penyokong mereka sendiri.

"Saya harus memuji Joe kerana dia banyak menyelamatkan kubunya daripada dibolosi. Jika tidak kerana kehebatannya, kami mungkin boleh meraih tiga mata penuh," kata pengurus Spurs, Harry Redknapp.