KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Ahad, 1 Ogos 2010

'Fabregas tetap kapten Arsenal'

LONDON - Peluang kelab gergasi Sepanyol, Barcelona bagi mendapatkan khidmat kapten Arsenal, Cesc Fabregas dilihat semakin tipis.

Kelmarin, pengurus Arsenal, Arsene Wenger sekali lagi menegaskan bahawa perancang antarabangsa Sepanyol itu akan terus kekal bersama skuad The Gunners.

Jelasnya, Fabregas akan terus menyarung jersi Arsenal dalam misi mereka memburu trofi Liga Perdana England pada musim baru yang akan membuka tirainya 15 Ogos ini.

"Moral pemain-pemain dalam keadaan baik ketika ini dan kehadiran Fabregas bakal memberi impak yang besar dalam usaha kami merealisasikan sasaran yang telah ditetapkan.

"Dia (Fabregas) baru berusia 23 tahun dan telah menjulang trofi Piala Dunia bersama Sepanyol baru-baru ini. Sebab itu, saya percaya dia berada dalam keadaan terbaik bagi membantu kami menjulang trofi kejuaraan liga.

"Seperti yang saya sentiasa katakan, Fabregas akan tetap menjadi kapten Arsenal pada musim baru akan datang dan akan terus kekal di sini (Emirates) tidak kira apa jua sekalipun yang berlaku," jelas Wenger.

Wenger menambah, spekulasi yang timbul berhubung perpindahan Fabregas ke Barcelona tidak akan mengubah pendiriannya untuk terus mengekalkan kaptennya itu bersama The Gunners.

Sebelum ini, Fabregas telah dilamar oleh skuad The Catalan untuk dia kembali ke Nou Camp, namun enggan dilepaskan oleh Arsenal.

Tidak cukup dengan itu, Arsenal turut menolak tawaran bernilai £29 juta (RM143.83 juta) yang dikemukakan Barcelona.

Hernandez ceriakan Chivas

GUADALAJARA - Kelab dari Mexico, Guadalajara Chivas mencatat kemenangan bermakna apabila menewaskan Manchester United 3-2 pada perlawanan persahabatan di Stadium Omnilife kelmarin.

Perlawanan yang berlangsung di stadium baru bernilai AS$150 juta (RM525 juta) itu turut bertujuan meraikan penghijrahan bekas penyerang Chivas, Javier Hernandez (gambar) ke Old Trafford.

"Ia bagai mimpi menjadi satu kenyataan. Ketika kecil, saya mengimpikan untuk beraksi bersama kelab terkemuka.

"Hari ini, saya sangat gembira kerana impian saya itu sudah menjadi kenyataan," kata Hernandez .

Hernandez yang menjadi pemain yang diraikan pada perlawanan itu beraksi pada babak pertama untuk Chivas dan dia menjaringkan gol pembukaan tuan rumah pada minit ke-8.

Bagaimanapun, United menyamakan kedudukan menerusi jaringan Chris Smalling seminit kemudian sebelum Chivas kembali di depan menerusi gol Adolfo Bautista pada minit ke-38.

Babak kedua, Hernandez beraksi bersama United tetapi dia masih gagal menghalang kelab lamanya untuk menjaringkan gol ketiga menerusi Hector Reynoso pada minit ke-59.

Hernandez turut memperoleh beberapa peluang di depan gol tetapi masih gagal menceriakan 45,000 penyokong Chivas yang penuh sesak memenuhi stadium tersebut.

Sebaliknya, Nani berjaya merapatkan jurang buat United dengan gol pada minit ke-80.