KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Selasa, 4 Januari 2011

Kelibat Dzeko kini bernilai RM128 juta


KEHEBATAN Dzeko (depan) telah menarik minat Manchester City.


LONDON - Manchester City dilapor telah bersetuju untuk mengeluarkan perbelanjaan sebanyak £27 juta (RM128 juta) bagi membawa masuk penyerang Wolfsburg, Edin Dzeko ke Eastland.
Dengan keputusan itu, City mengharapkan segala-gala urusan bagi menandatangani kontrak bakal tamat pada hujung minggu ini.
Begitupun, dengan penutupan bank semalam dan aksi pertemuan menentang Arsenal, Khamis ini, urusan menandatangani kontrak dilihat bakal mengambil masa yang lebih lama.
Secara realistiknya, Dzeko sepatutnya boleh membuat penampilan pertamanya bersama City pada aksi menentang Wolverhampton Wanderers pada 15 Januari ini.
Difahamkan, City bakal mena- warkan kontrak selama lima tahun kepada pemain antarabangsa Bosnia Herzegovina itu yang mana dia akan dibayar gaji sebanyak £100,000 (RM474,892) seminggu.
Sekiranya hasrat mendapatkan Dzeko menjadi kenyataan, ia sekali gus menamatkan penantian selama 18 bulan City yang tidak berputus asa bagi mendapatkan penyerang berusia 24 tahun itu.
Selain City, kelab Itali, Juventus turut dilapor berminat bagi menawarkan kontrak kepada Dzeko.
Musim ini, Dzeko telah menyumbang 10 gol buat Wolfsburg dalam saingan Liga Jerman sejak dia berhijrah dari FK Teplice

Barcelona kukuhkan kedudukan di puncak


PENYERANG Barcelona, David Villa (tengah) sering mengucar-ngacirkan pertahanan Levente pada aksi Liga Sepanyol semalam. Barca menang 2-1.


MADRID - Barcelona membuka lembaran tahun 2011 dengan langkah bergaya apabila mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas Levante dalam saingan Liga Sepanyol awal pagi semalam.
Pada aksi yang berlangsung di Nou Camp itu, Pedro Rodri- guez muncul wira selepas meledak dua gol buat skuad The Catalan pada minit ke-17 dan ke-59
Gol tunggal Levante pula diperoleh menerusi Christian Stuani pada minit ke-80.
Kemenangan itu sekali gus menyaksikan Barcelona terus unggul selaku pendahulu liga apabila mengumpul 46 mata, lima mata mening- galkan pencabar terdekat mereka, Real Madrid di tangga kedua.
Menariknya, pertemuan dengan Levante itu merupakan hari istimewa buat perancang Barcelona, Xavi yang dilantik ketua pasukan.
Ini kerana, perancang antarabangsa Sepanyol itu berjaya menyamai rekod penampilan yang dicipta lagenda bola sepak Barcelona iaitu 549 penampilan.
"Kami (Barcelona) memerlukan kemenangan ke atas Levante ini sebagai tanda penghargaan kepada Xavi.
"Saya telah bermain bola sepak bertahun lamanya dan berjaya melakukan 300 penampi- lan.
"Jika Xavi terus bekerja keras selepas ini, saya percaya dia mampu merekodkan sebanyak 700 penampilan," jelas jurulatih Barcelona, Pep Guardiola.
Di Stadium San Mames, Athletic Bilbao dikejutkan dengan kekalahan 1-2 ditangan Deportivo La Coruna.
Di Stadium El Molinon, kelab bermasalah, Malaga mencatatkan kemenangan tipis ke atas Sporting Gijon.
Di Stadium Ramon Sanchez Pizjuan, Sevilla memanfaatkan sepenuhnya kelebihan beraksi di laman sendiri apabila mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas Osasuna.
Di Stadium Mestalla, Valencia memang 2-1 ke atas Espanyol.

Salah kami sendiri - Ancelotti

INILAH jaringan gol penyamaan yang dihasilkan pemain Aston Villa, Ciaran Clark (kiri) pada masa kecederaan yang memusnahkan harapan Chelsea untuk memungut tiga mata penuh di Stamford Bridge kelmarin. Kedua-dua pasukan seri 3-3.


LONDON - Peluang Chelsea untuk mempertahankan kejuaraan Liga Perdana England yang dimenangi mereka musim lalu kini tampak sukar.
Ia ekoran keputusan seri 3-3 yang di- catatkan skuad The Blues pada aksi pertemuan menentang Aston Villa di Stamford Bridge kelmarin.
Pada awalnya, Chelsea yang dibimbing Carlo Ancelotti dilihat bakal mengutip tiga mata penuh selepas mendahului perlawanan dengan 3-2.
Namun, segala-galanya berubah dalam masa tiga minit selepas Villa berjaya memperoleh gol penyamaan menerusi Ciaran Clark pada minit ke-90.
Dengan keputusan tersebut, skuad The Blues sekadar menghuni tangga kelima liga apabila mengumpul 35 mata yang mana dibezakan enam mata dengan pendahulu, Manchester United.
"Ia merupakan salah kami (Chelsea) sendiri kerana gagal mengekalkan tumpuan kami sehingga tamat perlawanan," kata Ancelotti.
Kini Ancelotti mengakui bahawa anak- anak buahnya tidak mempunyai pilihan selain perlu mencatatkan kemenangan apabila melayan kunjungan United di Stamford Bridge, Sabtu ini.
"Perbezaan mata di antara kami dengan United sangat ketara ketika ini. Kami perlu menang ke atas United jika mahu terus bercakap mengenai kejuaraan liga. Pemburuan gelaran juara liga masih belum berakhir buat kami kerana kami masih dalam proses peningkatan.
"Yang pasti, kami perlu menang ke atas United," jelas Ancelotti yang membimbing Chelsea memenangi dua gelaran musim lalu iaitu kejuaraan liga dan Piala FA.
Pada aksi kelmarin, tiga gol Chelsea diperoleh menerusi Frank Lampard pada minit ke-23, Didier Drogba (84) dan John Terry (89).
Tiga gol Villa pula dijaringkan Ashley Young pada minit ke-41, Emiley Hesky (47) dan Clark (90). - 

Kaji dulu tawaran kelab luar


NORSHAHRUL (kanan) antara pemain yang turut dipancing kelab Indonesia.


MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengi- ngatkan pemain bola sepak negara yang kini 'dipinang' kelab luar negara, agar hanya menimbang tawa- ran yang dapat meningkatkan kece- merlangan mereka.
Beliau berpendapat, tawaran pasukan hebat seperti dari Korea Sela- tan dan Jepun wajar diterima kerana langkah itu mampu meningkat- kan prestasi pemain terbabit.
"Saya yakin dalam membuat keputusan nanti, pemain negara mampu membuat penilaian yang sewajar- nya dan tidak ghairah dengan tawa- ran lumayan yang diterima," kata- nya semalam.
Beliau berkata demikian ketika di- minta mengulas mengenai beberapa pemain kebangsaan seperti Mohd. Safee Sali, Amirulhadi Zainal dan Norshahrul Idlan Talaha yang dilaporkan menjadi buruan kelab Indonesia setelah skuad negara berjaya menjulang Piala Suzuki AFF 2010.
Sebelum itu, Shabery menyerahkan Jalur Gemilang kepada delegasi pengakap Malaysia yang akan menyertai Persidangan Pengakap Dunia di Brazil.
Sementara itu, Presiden Pasukan Bola Sepak Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh pula menasi- hatkan pemain kebangsaan agar tidak terlalu ghairah dengan tawaran hingga menjadikan 'anak tinggalkan ayah' dan melupakan sumbangan pasukan negeri masing-masing serta Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
"Jika ada pemain yang ingin berhijrah atas faktor bayaran tinggi, mereka tidak dapat belajar apa-apa yang baru di sana dan dalam masa yang sama mereka juga telah menghampakan harapan seluruh rakyat Malaysia yang telah lama menunggu bintang beraksi dalam Liga Malaysia," katanya.
Peminat bola sepak tempatan, Riduan Said, 35, pula berkata, dia akan berasa kecewa jika pemain kebangsaan sanggup meninggalkan pasukan sendiri semata-mata ingin mencari duit lebih.
"Saya harap pemain kita tidak akan kecewakan rakyat Malaysia kerana kejayaan di Piala Suzuki bukan milik individu, sebaliknya ia merupakan milik seluruh rakyat di negara ini,

Rumah untuk Khairul Fahmi


MENTERI Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (kiri) menyampaikan cenderamata kepada penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atas kejayaannya mengharumkan nama Kelantan dan negara.

PENJAGA gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat menerima khabar gembira apabila Kerajaan Negeri Kelantan mengumumkan pemberian hadiah berupa sebuah rumah ekoran kecemerlangannya membantu Malaysia muncul juara pada Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2010 yang berakhir di Jakarta minggu lalu.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kerajaan negeri bangga atas kecemerlangan anak muda itu membantu skuad kebangsaan muncul juara pada kejohanan tersebut.
Menurut beliau, sebagai mengenang budi dan menghargai jasanya yang berbakti melalui bola sepak, kerajaan negeri memutuskan untuk menghadiahkan sebuah rumah kepada Khairul Fahmi.
"Kita akan tetap beri hadiah. Itu kenyataan saya (pemberian sebuah rumah) dan segala butiran mengenai pemberian hadiah tersebut akan dilaksanakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan, Abdul Fattah Mahmood.
"Lokasi dan nilai rumah tersebut belum ditentukan. Bila kita menang bola sepak, kita dapat medal. Hadiah medal ini orang berebut satu dunia.
"Oleh itu, berapa nilai sesuatu hadiah ini sebenarnya tidak penting," katanya kepada pemberita selepas meraikan wira negara itu di Kota Bharu semalam.
Pada majlis itu, lebih 3,000 peminat dan penduduk kampung membanjiri sekitar kampung Cherang dekat Kota Bharu untuk menyambut kepulangan wira negara itu.
Khairul Fahmi yang menaiki kereta pacuan empat roda diiringi oleh 40 buah motosikal, tiba di kampung kelahirannya kira-kira pukul 12.20 tengah hari.
Ketibaanya disambut oleh kedua ibu bapanya, Che Mat Hussain dan Bidah Ibrahim.
Terdahulu dalam ucapannya, Nik Abdul Aziz turut memberitahu bahawa bersukan merupakan suatu riadah yang sangat dituntut dalam agama Islam.
"Kita perlu seimbangkan antara tuntutan dunia dan akhirat. Bersukan boleh tetapi kita jangan lupa solat. Solat membentuk keperibadian akhlak yang mulia. Kita jangan terlibat dalam gejala najis dadah.
"Nabi kita dahulu pun bersukan juga. Masa saya berumur 11 tahun ketika zaman perang Jepun, saya menunggang kuda dengan beberapa adik-beradik dan kemudian saya menang," ujarnya.
Tambahnya, kerana terlampau gembira, beliau mengangkat kedua-dua tangan dan secara tiba-tiba seekor biawak melintas.
"Lalu kuda yang saya tunggangi itu pun terkejut dan saya pun jatuh. Sampai sekarang kesakitan itu masih terasa," jelasnya
Nik Abdul Aziz turut memberi nasihat kepada bintang muda itu agar jangan mudah lupa diri setelah dijulang sebagai wira bola sepak negara.
"Dia masih muda dan perlu menjaga diri dengan baik. Dengan bakat yang ada, dia boleh menonjol sampai bila-bila. Kita menghargai bakat dia serta keluarga dia, sebab itu kita berjanji nak beri hadiah rumah kepadanya," katanya.
Kejayaan skuad negara muncul juara kejohanan itu telah mengakhiri penantian sejak 14 tahun lalu.