KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Selasa, 16 November 2010

Siapa Dan Dimana Lawan, Kita Tetap Lawan


Format bolasepak Malaysia boleh berubah sesuka hati mengikut kehendak siapa yang memimpinnya dan pasukan dari pemimpin terbabit akan mendapat segala kelebihan yang diingini. Perubahan format jadual perlawanan piala Sumbangsih yang pada kebiasaanya melibatkan pasukan juara piala Malaysia dan juara piala FA, kini menjadi mangsa percaturan drastik badan pengurusan bolasepak Malaysia ini yang telah membuat keputusan menukar format kepada pasukan juara Piala Malaysia akan bertemu dengan pasukan juara TM Liga Super pada perlawanan pembukaan 4 januari nanti.
Selangor mendapat kelebihan dalam hal ini kerana bukan  sahaja diberi peluang beraksi dalam piala Sumbangsih malah stadium Shah Alam juga akan dijadikan lokasi perlawanan ini nanti. Padahal mengikut tradisi piala Sumbangsih sebelum ini, pasukan yang memenangi Piala Malaysia akan dipilih sebagai tuan rumah. Berbagai alasan dicipta bagi mengiyakan keputusan drastik ini, antaranya menyatakan stadium Kota Bharu sempit dan digeruni penyokong pelawat. Inilah sebuah cerita klasik yang sering dicipta oleh pengarah-pengarah hebat mengikut kepentingan pasukan masing-masing. Pencapaian bolasepak Malaysia lah menjadi mangsa hasil percaturan tidak memikirkan jangka masa panjang ini.
 Kini Harimau Muda boleh pula beraksi dalam saingan liga tempatan, berbeza pada awal tahun ini pelbagai alasan dicipta untuk menafikan pasukan Harimau Muda yang mampu menyingkirkan salah satu pasukan pantai timur ke liga perdana. Akhirnya jurulatih dan pemain Harimau Muda menjadi mangsa dan  terumbang-ambing sekejap ke liga luar negara sekejap ke liga tempatan pula. Inilah realiti bolasepak Malaysia, entah pasukan dan idea daripada negara mana yang dijadikan contoh oleh FAM, seluruh peminat pun tidak mampu menjawabnya. FAM tetap FAM, Bolasepak Malaysia sekadar pelengkap perlawanan jadual bolasepak asia dan dunia, tiada harapan tinggi diletakkan oleh peminat walaupun kini berjersi baru.
Pasukan The Red Warriors sedia menerima mana-mana pasukan sekalipun bagi penentuan piala Sumbangsih ini nanti. Tidak kira lawan ini Selangor mahupun Negeri Sembilan, pasukan The Red Warriors harus melakukan persediaan rapi dan pengekalan prestasi semasa bagi memastikan piala Sumbangsih pula berjaya didakap pulang oleh skuad The Red Warriors ke Kota Bharu. Sudah pasti rekod ditewaskan 3-0 pada saingan suku akhir kedua Piala Malaysia lalu menjadi duri dalam daging bagi pasukan Selangor yang sememangnya berdendam dengan musuh tradisinya pasukan Kelantan. Perlawanan ini nanti akan menarik minat seluruh media massa dan peminat kedua-dua pasukan. Namun apa yang diharapkan tiada lagi insiden-insiden buruk berlaku nanti.

                                 

Pasukan Kelantan masih lagi menunggu keputusan kontrak daripada pemain-pemain dalam menghadapi saingan pada musim depan dan Selangor merupakan pasukan pertama yang sudah mengesahkan kontrak pemain-pemain terkini mereka. Para Peminat The Red Warriors menyerahkan budi bicara Tan Sri Annuar Musa memilih apa yang terbaik untuk Kelantan pada musim depan. Para peminat yakin apa yang diputuskan dan dipilih adalah demi mencapai impian merangkul kejuaraan yang masih belum dikecapi. Tidak hairanlah apabila desas desus kesediaan Tan Sri Annuar Musa meletak jawatan juga turut akan diikuti ugutan berpindah oleh para pemain tersohor yang sudah serasi dan yakin dengan pengurusan yang dilaksanakan Tan Sri Annuar Musa.
Bagi para peminat hanya mengharapkan prestasi Kelantan sekarang dikekalkan dan berharap para pemain Kelantan sentiasa mencipta sesuatu yang terbaik untuk seluruh rakyat Kelantan. KAMI TIDAK PEDULI SIAPA LAWAN PASUKAN KAMI, KAMI AKAN LAWAN DAN GEGARKAN STADIUM MEREKA. GOMO TETAP GOMO....
Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo

Dua lagi Pemain Baru Sah Milik Kelantan


Saat jiwa dan perasaan seluruh peminat The Red Warriors berdebar menanti keputusan barisan pemain Kelantan 2011, Nurul Azwan Roya dan Mohd Abdul Aziz sudah mengesahkan kehadiran mereka ke skuad baru musim depan. Dengan ini sudah 3 pemain termasuk K Soley sudah mengesahkan mengisi kekosongan yang akan ditinggalkan Halim Napi, Che Hishamuddin dan Sarudy Aziz, bagi 2 lagi kekosongan yang dikatakan akan ditinggalkan oleh pemain Kelantan sedia ada akan turut disi dengan pemain baru yang akan diumumkan Tan Sri Annuar Musa nanti.Desas-desus mengenai perpindahan pemain sedia secara beramai-ramai setakat ini masih diragui kesahihannya.
sudah mengesahkan mengisi kekosongan yang akan ditinggalkan Halim Napi, Che Hishamuddin dan Sarudy Aziz, bagi 2 lagi kekosongan yang dikatakan akan ditinggalkan oleh pemain Kelantan sedia ada akan turut disi dengan pemain baru yang akan diumumkan Tan Sri Annuar Musa nanti.Desas-desus mengenai perpindahan pemain sedia secara beramai-ramai setakat ini masih diragui kesahihannya.

Info Pemain - Mohd Nurul Azwan bin Roya

Picture of Mohd Nurul Azwan bin Roya

Nama:Mohd Nurul Azwan bin Roya
Nama gelaran:awe
Posisi Pemain:Tengah. Pemain pasukan Piala Presiden Johor FC sejak 2005, berasal dari Kelantan.

Info Pemain - Mohd Abdul Aziz Ismail

Nama: Mohd Abdul Aziz Ismail (Lahir pada tahun 1988)
Posisi Pemain : Pertahanan Pemain KL PLus sejak 2009, berasal dari Kelantan.


Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo