


bola sepak atau Soccer (lebih dikenal sebagai "football" diluar Amerika) sudah ada semenjak lama. Maksudnya benar-benar lama. Menurut the National Soccer Hall of Fame and Museum, bola sepak mula dikenal di masa Mesir kuno, Dinasti Ts'in di China, dan orang-orang Indian di Amerika tahun 1600-an.
![]() |
CHAMAKH (tengah) dianggap bintang baru Arsenal yang mampu menyinar pada kempen Liga Perdana England musim ini. |
LONDON - Bacary Sagna me- nganggap bintang baru Arsenal, Marouane Chamakh mampu membawa skuad The Gunners menjulang trofi Liga Perdana England musim ini.
Sagna berkata, pengambilan Chamakh sebagai sesuatu yang menakjubkan dan dia yakin penyerang Maghribi itu akan membantu Arsenal muncul juara liga.
Chamakh yang berpindah secara percuma dari Bordeaux pada musim panas ini, berjaya mempamerkan aksi cemerlang sepanjang beberapa perlawanan pramusim Arsenal bersama seorang lagi pemain baru, Laurent Koscielny.
"Pemain-pemain baru kami telah mempamerkan sesuatu yang menakjubkan. Saya sudah kenali kedua-dua mereka ketika di Perancis lagi dan tidak terperanjat melihat aksi cemerlang mereka.
"Mereka dilihat cukup berkeyakinan tinggi dan nampak selesa. Ia sesuatu yang baik untuk mereka dan juga pasukan ini.
"Chamakh boleh mengubah sesuatu kerana dia seorang pemain yang bagus, hebat mengawal bola dan mampu meledak gol dengan baik. Amat penting untuk memiliki pemain seperti ini," kata Sagna.
Tambah pemain pertahanan Arsenal itu, kelibat Chamakh seakan-akan Emmanuel Adebayor yang pernah mencipta kejayaan bersama kelab itu sebelum berhijrah ke Manchester City musim lalu.
"Kedua-dua mereka (Chamakh dan Adebayor) cukup cemerlang di hadapan pintu gol dan ia merupakan sesuatu yang baik untuk pasukan," jelasnya.
Arsenal telah mengharungi aksi pramusim yang cukup baik dengan menjuarai Piala Emirates serta mencatat dua kemenangan di Austria.
Arsenal akan bertemu Legia Warsaw, Sabtu ini untuk aksi pramusim terakhir sebelum saingan Liga Perdana England bermula
LONDON - Pemain tengah Arsenal, Denilson me- minta Barcelona supaya berhenti mengganggu kapten mereka, Cesc Fabregas.
Pemain Brazil itu berkata demikian selepas bin- tang Barcelona, Lionel Messi baru-baru ini memu- juk Fabregas meninggalkan Arsenal bagi menyertainya di Nou Camp.
Minggu lalu, kapten Barcelona, Carlos Puyol turut menyatakan bahawa Fabregas tidak akan beraksi sepenuh hati buat Arsenal jika hasratnya ke kelab Sepanyol itu tidak di- luluskan.
"Saya langsung tak percaya apa yang Puyol katakan itu. Saya yakin dengan Fabregas kerana Arsenal telah banyak membantu sepanjang kariernya. Saya rasa dia mahu kekal di sini.
"Tetapi masalahnya kini, semua di sana (Barce- lona) kata yang Fabregas mahu pergi dan sebab itulah semua mula berfikir yang Fabregas memang mahu meninggalkan Arsenal.
"Sekali lagi saya yakin dengan Fabregas dan dia akan terus bersama Arsenal untuk membantu kami sepanjang musim ini," kata Denilson.
Fabregas masih mempunyai baki kontrak selama lima tahun bersama Arsenal dan pengurus, Arsene Wenger telah mengesahkan bahawa dia akan kekal bersama kelab London itu.
Fabregas hanya dijadualkan kembali berlatih bersama Arsenal pada hujung minggu ini.
"Kami perlukan Fabregas. Dia kapten kami dan akan membantu kami mencapai kejayaan pada musim ini.
"Saya belum berkesempatan bertemu Fabregas kerana dia masih bercuti tetapi kami yakin akan bertemunya pada sesi latihan minggu ini," jelas Denilson