KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Jumaat, 13 Ogos 2010

Gerrard wira England



GERRARD (kanan) meraikan jaringannya bersama Glen Johnson pada aksi persahabatan menentang Hungary di Stadium Wembley awal pagi semalam. England menang 2-1.


LONDON - Steven Gerrard muncul se- bagai penyelamat Enland.

Dua jaringannya membolehkan skuad bimbingan Fabio Capello itu menewaskan Hungary 2-1 pada aksi persahabatan di Stadium Wembley awal pagi semalam.

Setelah Hungary mendahului menerusi jaringan sendiri Phil Jagielka minit ke-62, Gerrard tampil meledak dua gol dalam tempoh empat minit pada minit ke-69 dan 73.

"Sukar digambarkan perasaan apabila berjaya menjaringkan dua gol dan juga membantu England mencatat kemenangan.

"Ia perlawanan yang sukar kerana setelah kegagalan pada Piala Dunia, semua mahukan kemenangan. Kami akhirnya berjaya melakukannya dengan mempamerkan watak sebenar," kata Gerrard.

Pada perlawanan itu, Capello menurunkan beberapa pemain muda termasuklah dua pemain Arsenal, Jack Wil- shere dan Kieran Gibbs.

"Bagi saya, pemain muda yang tampil beraksi pada perlawanan ini cukup mantap persembahan mereka. Bukan mudah untuk beraksi di Wembley dengan penonton tidak memihak kepada kamu.

"Tetapi penyokong kami juga hebat. Setelah mereka agak kecewa apabila kami ketinggalan, mereka tetap menyo- kong di belakang kami dan akhirnya kemenangan berjaya diraih," jelas Ger- rard.

Sementara itu, Capello memberitahu, beliau tidak sesekali memikirkan soal untuk meletak jawatan biarpun ketika England sedang ketinggalan satu gol.

"Segalanya tetap sama. Apabila kami menang, semuanya bagus dan apabila kami kalah, kami dianggap tiada apa- apa.

"Ia bukan semata-mata tentang repu- tasi diri saya. Apabila kami menang, kami menang bersama-sama dan begitu juga apabila kami kalah,

Beckham boleh lupakan England



BECKHAM tiada dalam perancangan England pada saingan kelayakan Euro 2012.


LONDON - Karier David Beckham bersama skuad kebangsaan England kini sampai ke penghujung.

Awal pagi semalam, pengurus England, Fabio Capello menyatakan bahawa bekas kapten England berusia 35 tahun itu sudah terlalu tua dan tiada lagi dalam peranca- ngannya untuk menghadapi saingan kelayakan Euro 2012.

"Saya tidak akan menyena- raikan Beckham lagi untuk mana-mana perlawanan kompetitif," kata Capello selepas England menewaskan Hungary 2-1 pada aksi persa- habatan di Wembley awal pagi semalam.

"Beckham seorang pemain yang cukup hebat dan dia cukup penting. Tetapi kami perlu mencari pemain baru untuk masa hadapan kerana usia cukup penting untuk semua orang, bukan hanya Bec- kham seorang."

Tambah Capello, Beckham yang memburu rekod 125 penampilan yang dipegang bekas penjaga gol England, Peter Shilton hanya akan diberi peluang untuk perlawanan per sahabatan perpisahan.

"Saya harap dia akan dapat beraksi untuk satu sahaja perlawanan persahabatan bagi mengucapkan selamat tinggal," jelas Capello.

Kenyataan yang dikeluarkan pengurus England itu dibuat tatkala Beckham berada di Amerika Syarikat untuk mula menjalani latihan bersama LA Galaxy selepas berehat lima bulan akibat kece- deraan.

"Saya belum telefon Bec- kham lagi sebelum saya umumkan perkara ini. Saya akan beritahu dia kemudian.

"Tetapi dia sendiri pasti tahu tiada lagi peluang buat dirinya kerana pasukan ini perlukan perubahan," ujar Capello.

Terdahulu, Beckham berulang kali menegaskan bahawa dia langsung tidak terfikir untuk bersara dari pentas antarabangsa.

"Saya sentiasa mengatakan yang saya tidak akan ber- sara daripada mewakili skuad kebangsaan sama ada saya tidak dipanggil lagi, bermain satu perlawanan atau bermain 10 lagi perlawanan," kata Beckham.

Sehingga kini, Beckahm telah beraksi dalam 115 perla- wanan antarabangsa dan tampil dalam tiga edisi Piala Dunia

Chelsea cetus skandal baru

KELIBAT Neymar (kiri) mendapat perhatian Chelsea.


LONDON - Chelsea berdepan satu lagi isu skandal perpindahan pemain.

Menurut media di Brazil, kelab Santos telah membuat laporan kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) selepas Chelsea dilaporkan berusaha memancing bintang remaja, Neymar.

Santos mendakwa Chelsea telah menghubungi penyerang sensasi Brazil itu sebelum dia beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang Amerika Syarikat di New York kelmarin.

Chelsea dijangka mempertahankan diri mereka ekoran dakwaan tersebut, namun sehingga semalam, pigak pengurusan skuad The Blues itu enggan memberi sebarang kenyataan.

Santos menegaskan, mereka tidak akan membuat sebarang perjanjian dengan harga kurang daripada £29.6 juta (RM147.5 juta) iaitu nilai klausa pelepasan kontrak Neymar.

Begitupun, perjanjian masih boleh berlaku sekiranya Chelsea membuat tawaran melebihi £20 juta (RM100 juta).

Sebelum ini, Chelsea berjaya mengelak daripada hukuman Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) berikutan kontroversi perpindahan melibatkan perancang Gael Kakuta dari Lens musim lalu.

Neymar telah menjaringkan 32 gol dalam 33 perla- wanan tahun ini dan peminat bola sepak di Brazil berang apabila bekas jurulatih Brazil, Dunga mengetepikannya pada kempen Piala Dunia di Afrika Selatan bulan lalu