KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Jumaat, 26 November 2010

Perlawanan Persahabatan: Malaysia Lawan Selangor Malam Ini

Selangor akan menguji barisan pemain baru Red Giant 2011 malam ini di stadium MBPJ Kelana Jaya. Selangor memulakan langkah awal sessi pemanas badan bagi memastikan kelemahan dikesan dan diperbaiki lebih awal. Bagi penyokong The Red Warriors tumpuan malam ini tentunya terarah pada 3 pemain sensasi Kelantan Norshahrul, S Chanturu dan Khairul Fahmi yang berkemungkinan akan diturunkan. Turut jadi tumpuan kelibat Indra Putra yang dipilih secara bidan terjun untuk persiapan Piala Suzuki AFF








Jepun juara baru bola sepak Sukan Asia


JEPUN mencipta sejarah tersendiri apabila memenangi pingat emas buat julung-julung kali dalam acara bola sepak lelaki.
Jepun muncul juara selepas membenam Emiriyah Arab Bersatu (UAE) 1-0 pada aksi final di Stadium Tianhe, Guangzhou.
Lebih membanggakan, kejayaan tersebut juga telah membolehkan Jepun meraih gela- ran berganda setelah skuad wanita mereka turut muncul juara selepas menewaskan Korea Utara 1-0.
Pada aksi semalam, tonggak pertahanan, Yuki Saneto muncul wira Jepun apabila meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-74.
Jaringan tersebut sekali gus membuka lembaran baru buat Jepun selepas skuad yang diberi jolokanThe Samurai itu meraih pingat perak pada Sukan Asia 2002 di Busan, Korea Selatan.
Pada aksi penentuan tempat ketiga dan keempat, pingat gangsa menjadi milik Korea Selatan yang mencatatkan kemenangan 4-3 ke atas Iran

Rooney sudah temui semula sentuhan gol




LONDON - Penyerang sensasi Manchester United, Wayne Rooney (gambar) ternyata lega selepas mengakhiri kemarau jaringan.
Awal pagi semalam, gol yang dicari-cari penyerang antarabangsa England itu akhirnya menjelma ketika dia membantu The Red Devils melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas kelab Scotland, Rangers dalam saingan Liga Juara-Juara.
Rooney meledak gol menerusi sepakan penalti yang diperoleh pada minit ke-87 pada aksi peringkat Kumpulan C yang berlangsung di Stadium Ibrox itu.
Sepakan penalti itu berpunca apabila tonggak pertahanan Rangers, Steven Naismith melakukan kekasaran terhadap bintang muda United, Fabio di dalam kotak penalti.
"Saya berasa lega kerana akhirnya berjaya juga menjaringkan gol.
"Saya perlu berada dalam keadaan tenang sebelum mengambil sepakan itu tetapi tidaklah berasa gugup untuk melaksanakannya.
"Kini, saya berasa sangat selesa apabila dapat kembali beraksi. Saya benar-benar telah kembali cergas sepe- nuhnya," jelas Rooney.
Jaringan yang dilakukan penyerang berusia 24 tahun itu merupakan yang pertama buat dirinya sejak Ogos lalu.
Sementara itu, pengurus United, Alex Ferguson merupakan individu yang paling lega selepas menyaksikan Rooney kembali menemui sentuhan penyudah.
Bagaimanapun, Ferguson masih menganggap Rooney perlu lebih kerap beraksi dalam tempoh 90 minit perlawanan.
"Ia merupakan sepakan penalti yang menakjubkan. Namun, dia perlu beraksi dengan lebih kerap.
"Ia perlu bagi dia kembali pada tahap prestasi sebenarnya seperti sebelum ini. Dia (Rooney) juga perlu bekerja keras untuk mengambalikan semula tahap kecergasannya

Tottenham Hotspur tidak mahu toleh ke belakang


LONDON - Setelah berjaya mara ke pusingan kalah mati saingan Liga Juara-Juara musim ini, pengurus Tottenham Hotspur (Spurs), Harry Redknapp sudah tidak mahu menoleh ke belakang lagi.
Jelas Redknapp, beliau kini telah mula mencongak mengenai peluang skuad kendaliannya menjulang trofi berprestij di pentas Eropah itu.
Terdahulu, anak-anak buah Red- knapp tampil bergaya apabila membenam kelab Jerman, Werder Bremen 3-0 pada aksi Liga Juara-Juara di White Hart Lane awal pagi semalam.
"Kami memang mahu mencatat kemenangan pada perlawanan tersebut kerana ia merupakan matla- mat utama kami.
"Saya, penyokong-penyokong setia kami dan juga barisan pemain ternyata puas dengan keme- nangan ini.
"Kini, apa yang kami perlu laku- kan adalah terus mengekalkan rentak kecemerlangan tersebut untuk mara lebih jauh dalam saingan musim ini," jelas Redknapp.
Pada aksi semalam, Younes Kaboul, Luka Modric dan Peter Crouch masing-masing meledak satu gol gol buat Spurs.
Kemenangan tersebut sekali gus membolehkan Spurs mengesahkan slot ke pusingan kalah mati lebih awal selepas unggul selaku penda- hulu Kumpulan A apabila mengutip 10 mata.
Bagaimanapun, Spurs terpaksa berkongsi mata dengan penghuni tangga kedua, Inter Milan yang turut melayakkan diri ke pusingan kalah mati.
Pertemuan terakhir peringkat kumpulan bakal menemukan Spurs dengan kelab Belanda, FC Twente dan sekiranya menang, anak-anak buah Redknapp akan muncul selaku juara Kumpulan A.
"Saya tidak mahu terus dibuai mimpi indah dengan kejayaan ini tetapi saya sangat meminati saingan Liga Juara-Juara.
"Setiap tahun saya hanya menyaksikan perlawanan-perlawanan yang membabitkan Arsenal dan Chelsea tetapi kali ini saya berpe- luang untuk merasainya sendiri,

Skuad The Red Warriors mula lapor diri esok


HAIRUDDIN


PEMAIN bola sepak Kelantan akan mula melapor- kan diri esok bagi memulakan sesi latihan sebagai persiapan menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.
Ketua jurulatih Kelantan, B. Sathianathan berkata, sesi latihan pula hanya akan bermula keeso- kan harinya selepas kesemua pemain skuad The Red War- riors termasuk tiga muka baru melaporkan diri.
Tiga pemain baru yang akan memperkuatkan cabaran The Red Warriors ialah Nurul Azuan Roya dari Johor FC, K. Soley (Perlis) dan Mohamad Abdul Aziz Ismail.
"Pemain yang ada sudah mencukupi, setakat ini hanya tiga pemain itu sahaja yang dibawa masuk.
"Kemasukan tiga pemain itu dilihat akan memantapkan serta memperkukuhkan lagi barisan pemain yang sedia ada dalam pasukan," katanya ketika dihubungiKosmo! semalam.
Dalam pada itu, Sathianathan memberitahu, beliau tetap akan memberikan peluang kepada pemain-pemain pelapis untuk membarisi skuad utama Kelantan.
"Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, saya lihat ada tiga pemain muda yang boleh diketengah- kan untuk musim depan," katanya.
Musim depan, Kelantan bakal tampil tanpa keli- bat dua peledak berpengalaman iaitu Hairuddin Omar yang berhijrah ke Negeri Sembilan dan Akmal Rizal Ahmad Rakhli pula menyarung jersi Perak.