KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Selasa, 11 Januari 2011

'Pasti ada pengganti Safee'


SELANGOR akan terasa kehilangan Safee seandainya penyerang kebangsaan ini meneruskan kariernya dalam Liga Indonesia.


RELA atau tidak, skuad Liga Super Sela- ngor terpaksa bersedia dengan kehila- ngan penyerang utama mereka, Mohd. Safee Mohd. Sali seandainya pemain kebangsaan itu sah menyertai kelab Indo- nesia, Persib Bandung.
Bagi jurulatih Selangor, K. Devan (gambar kecil), kehilangan Safee itu adalah sesuatu akan dirasainya tetapi setiap yang hilang pasti akan ada penggantinya.
"Isu perpindahan Safee ini masih dalam perbincangan. Memang apa yang penting adalah masa depannya. Sekurang-kurangnya dia berpeluang meningkatkan karier bola sepaknya.
"Seandainya Safee benar-benar berhij- rah nanti, kita semua dalam pasukan Se- langor pasti akan merasai kehilangannya. Tetapi pasti akan ada pemain lain yang mampu menjadi penggantinya di posisi serangan.
"Selain Safee, kita mempunyai empat lagi pemain lain di posisi serangan iaitu Amri Yahyah, Fadzli Saari, Rudie Ramli dan S. Sritharan yang boleh diharapkan," kata Devan ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Ketika ditemui di ibu negara kelmarin, Safee, 26, menyatakan, dia kini sudah 70 peratus hampir pasti untuk menerima tawaran beraksi di Liga Super Indonesia bersama kelab Persib Bandung.
Dalam pada itu, Devan berkata, Sela- ngor akan mengatur tiga perlawanan persahabatan menentang Sime Darby, ATM dan Pos Malaysia sebelum sepak mula Liga Super 2011 pada 29 Januari ini.
"Kami pilih tiga pasukan dari Liga Per- dana ini kerana sudah pun mengharungi tiga aksi persahabatan bertemu pasukan kuat di Perth, Australia sepanjang minggu lalu.
"Jadi memandangkan saingan sebenar hanya kurang tiga minggu lagi, kami perlu berhati-hati kerana bimbang kecederaan baru menimpa para pemain kami.
"Hanya Bunyamin Umar yang dijangka akan pulih sepenuhnya bulan depan manakala Azidan dan Nasriq Baharom sempat beraksi menjelang pertemuan sumbangsih dengan Kelantan," jelas Devan.
Selangor mengekalkan 17 pemain musim lalu dan membawa masuk enam muka baru iaitu Fadzli, Azidan, Sritharan, Saiful Amar Sudar, Yosri Derma Raju dan K. Depan Sakwati.

Jepun bernasib baik


YOSHIDA (kiri) menjaringkan gol penyamaan untuk membantu Jepun mengikat Jordan 1-1 pada aksi Kumpulan B Piala Asia 2011 di Doha, Qatar kelmarin.


DOHA - Jurulatih Jepun, Alberto Zaccheroni menggesa skuadSamurai Biru itu mempertajamkan sentuhan penyudah setelah terikat 1-1 dengan Jordan pada aksi sulung Piala Asia 2011 kelmarin.
Lebih malang, Jepun mengharapkan tandukan pemain pertahanan, Maya Yoshida untuk mencatat keputusan seri itu.
"Saya tidak berpuas hati dengan keputusan ini. Saya tidak pernah bayangkan keputusan seperti ini kerana saya sudah mempersiapkan pasukan ini untuk mencipta keme- nangan dalam apa jua situasi pun," kata pengendali dari Itali itu.
Zaccheroni yang turut diberi tekanan sama seperti jurulatih sebe- lum ini, Takeshi Okada dikritik hebat kerana kurangnya ketajaman sentuhan penyudah di barisan depan skuad Jepun.
"Jepun menguasai permainan sepanjang 90 minit ketika Jordan hanya bermain secara bertahan.
"Terutama pada babak pertama, mereka gagal menyaingi kelajuan permainan dan hanya menggerakkan bola tanpa tujuan," kata Zac- cheroni.
Pada perlawanan kelmarin, Jepun melakukan 17 percubaan yang menarik termasuk tujuh percubaan tepat berbanding hanya tujuh percubaan daripada Jordan termasuk dua yang menggegar palang.
"Kami perlu meningkatkan tempo permainan kami. Kami gagal menyudahkan peluang dan melepaskan gol menerusi kesila- pan sendiri," jelasnya.
Sementara itu, perancang tengah Jordan, Hasan Abdel Fattah membuka tirai jari- ngan pada minit ke-43 sebelum Yoshida menyamakan kedudukan minit ke-92.
Zaccheroni juga menyatakan terdapat beberapa pasukan lain yang turut menggunakan pendekatan permainan secara bertahan.
"Bukan saja Jordan, malah beberapa negara Asia lain dijangka beraksi dengan cara seperti itu.
"Jadi, kami perlu menyesuaikan diri untuk menghadapi corak permainan sedemikian," ujar Zaccheroni.
Menjelang aksi kedua Kumpulan B menentang Syria pada Khamis ini, Zaccheroni berkata, beliau tidak begitu terdesak untuk melakukan perubahan drastik dalam barisan kesebelasannya.