KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Selasa, 12 Oktober 2010

Kelantan tidak gentar



KELANTAN akan menagih pengalaman Akmal Rizal (kiri) untuk memusnahkan kubu Selangor.


“SELANGOR bukan sebuah pasukan yang digeruni. Mereka juga mempunyai kelemahan dan kami tidak perlu bimbang.”

Demikian tegas pengendali Kelantan, B. Sathianathan menjelang pertemuan dengan skuad The Red Giant itu pada pusingan suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Shah Alam malam ini.

Bagi Sathia, pertembungan kali ini diibaratkan sebagai perlawanan akhir yang diawalkan selain kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan seri ketika pertemuan dalam Liga Super sebelum ini dan percaya tahap permainan akan berada pada paras tertinggi

Justeru, beliau berharap agar pemainnya berada dalam keadaan paling cergas termasuk pemain simpanan bagi menghadapai perlawanan terhebat itu.

“Selangor adalah sebuah pasukan yang biasa bermain perlawanan berprofil tinggi seperti ini, tetapi jangan lupa mereka juga mempunyai kekura- ngan. Jadi, saya mahu semua pemain bersedia untuk mencipta sesuatu.

“Selangor hanya menurunkan pasukan kedua ketika perlawanan terakhir tetapi pemain kita terpaksa bertungkus-lumus sehingga perlawanan terakhir peringkat kumpulan menyebabkan pemain-pemain kita agak keletihan selepas beraksi dalam tiga perlawanan dalam tempoh sembilan hari,” katanya ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, untuk menjadi sebuah pasukan yang bergelar juara, ketakutan tidak seharusnya menjadi penghalang dalam diri pemain, siapa saja yang bakal ditentang, mereka perlu yakin.

Jelasnya, beliau pasti K. Devan dan anak-anak buahnya juga bimbang menghadapi Kelantan yang turun dengan reputasi sebagai naib juara Liga Super selain finalis Piala Malaysia musim lalu.

“Mereka juga pasti bimbang bertemu kita (Kelantan). Tekanan mungkin lebih kepada Selangor kerana mereka juara Liga Super, rekod tanpa kalah dalam kumpulan selain aksi pertama ini akan dilangsungkan di tempat mereka terlebih dahulu.

“Bagi saya, seri sudah cukup tetapi menang adalah satu bonus. Cuma saya mahu pemain- pemain saya pulang bersama jaringan gol sebanyak mungkin untuk meredakan tekanan ketika aksi di Kota Bharu,” ujarnya.

Bagaimanapun, ada khabar yang kurang gembira di kem Kelantan apabila beberapa pemain utamanya mengalami kecederaan seperti Azizi Mat Rose, Norshahrul Idlan Talaha serta Badri Radzi dan status mereka hanya akan diketahui hari ini

Bento inspirasi baru Portugal



BENTO dikatakan telah membawa semangat baru kepada skuad kebangsaan Portugal.


LISBON - Kejayaan menewaskan Denmark 3-1 pada aksi kelayakan Euro 2012, Sabtu lalu ternyata memberikan suntikan semangat buat Portugal.

Rentak cemerlang itu sudah pasti- nya mahu diteruskan apabila skuad kendalian Paulo Bento turun menentang Iceland pada perlawanan sete- rusnya di Stadium Laugardalsvollur awal pagi esok.

Baru dilantik selaku jurulatih bagi menggantikan Carlos Queiroz yang dipecat bulan lepas, Bento pada awalnya berada dalam situasi tertekan selepas Portugal sekadar mengutip satu mata dalam dua perlawanan.

Semuanya bermula selepas Portugal tewas 0-1 dengan Norway dan sekadar mencatatkan keputusan seri 4-4 menentang Cyprus pada aksi peringkat Kumpulan H.

Namun, segala-galanya berubah sejak Bento mula mengambil alih tugas selaku jurulatih yang mana skuad kendaliannya itu tampak lebih bertenaga apabila mencatatkan kemena- ngan sulung mereka dalam saingan musim ini ke atas Denmark.

"Kami (Portugal) kini memasuki fasa baru sejak mula dikendalikan oleh Bento kerana dia memberikan kami satu suntikan semangat serta keyaki- nan bagi melakar kejayaan," jelas penjaga Portugal, Eduardo.

Percaturan yang dilakukan Bento ke atas skuad kendaliannya pada aksi menentang Denmark itu benar-benar memperlihatkan kredibilitinya selaku jurulatih selain cepat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru bersama pemain.

"Ia agak menggembirakan apabila kamu dapat berlatih di bawah kendalian jurulatih seperti Bento.

"Pemain-pemain semua gembira dan kamu dapat melihat suasana itu ketika di atas padang," kata kapten pasukan Portugal, Cristiano Ronaldo

England tanpa John Terry


JOHN TERRY (kiri) bakal terlepas aksi menentang Montenegro awal pagi esok.


LONDON - England bakal kehilangan khidmat John Terry pada kempen Kela- yakan Euro 2012 menentang Montene- gro awal pagi esok.

Kapten Chelsea itu terlepas sesi lati- han semalam kerana mengalami kece- deraan belakang dan dihantar pulang selepas mendapat nasihat pegawai perubatan pasukan.

Situasi ini menyaksikan jurulatih England, Fabio Capello kini berdepan krisis baru di posisi pertahanan.

Capello telah pun kehilangan bintang Everton, Phil Jagielka ekoran masalah hamstring yang memaksanya berehat selama enam minggu.

Ini bermakna, Joleon Lescott mungkin akan bergandingan dengan Rio Ferdinand pada aksi di Stadium Wembley itu.

Terry yang sebelum ini bergelut dengan kecederaan rusuk berkata: "Saya telah disiku di bahagian rusuk banyak kali dalam perlawanan.

"Satu daripada tulang rusuk saya me- ngalami lebam. Sekarang bahagian belakang saya pula sakit dan terpaksa pulang menjalani rawatan."

Sementara itu, Capello pula akan me- nurunkan Darren Bent untuk bergandi- ngan dengan Wayne Rooney di jentera serangan.

Bent yang menjaringkan tujuh gol buat Sunderland musim ini, dipilih sebagai penyerang kedua mengatasi Peter Crouch dan Kevin Davies. - Agensi

Devan tahu kelemahan



SAFEE (depan) bakal mengetuai jentera serangan Selangor dalam aksi suku akhir pertama Piala Malaysia menentang Kelantan malam ini.


PERMUSUHAN di antara Selangor dan Kelantan berterusan apabila kedua-dua pasukan itu bertembung pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Shah Alam malam ini, lapor WAN FAKHRUL BAKAR.

Pada saingan Liga Super musim ini, kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan di Kota Bharu sebelum turut seri 1-1 di Shah Alam.

Namun, Selangor ternyata lebih unggul apabila muncul juara Liga Super manakala Kelantan sekadar berpuas hati sebagai naib juara.

Menjelang pertemuan malam ini, pengurus merangkap jurulatih Sela- ngor, K. Devan memberitahu bahawa beliau sudah dapat 'menangkap' kelemahan dimiliki Kelantan untuk dimanfaatkan oleh anak-anak buahnya.

"Selepas dua kali bertemu Kelantan musim ini serta tiga kali bertemu mereka musim lalu, saya sudah nampak beberapa kelemahan yang ada pada pasukan Kelantan.

"Jadi saya akan gunakan segala pengalaman kejurulatihan yang saya miliki berserta kesungguhan dan semangat para pemain untuk memastikan Selangor mencipta kemenangan ke atas Kelantan," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Ketika menjuarai Kumpulan D dengan menang semua enam perlawanan, Selangor mempunyai lapan penjaring gol iaitu Amirulhadi Zainal dengan empat gol, Safee Sali (3), R. Surendren (3), D. Surendran (2) serta masing-masing satu gol oleh Rudie Ramli, Amri Yahyah, Safiq Rahim dan Nasriq Baharom.

Kelantan pula hanya bergantung kepada Akmal Rizal Rakhli dengan lima gol, Indra Putra Mahayuddin (3), Norshahrul Idlan Talaha (2), Badhri Radzi (2), Farisham Ismail (1) dan Azizi Mat Rose (1).

Tidak seperti Selangor, Kelantan sekadar muncul naib juara Kumpulan A di belakang Negeri Sembilan dengan tiga kali menang, dua kali seri dan tewas sekali.

"Walaupun kita tidak cukup masa untuk menyediakan satu taktikal khas untuk menghadapi perlawanan ini, para pemain Selangor sudah bersiap sedia sepenuhnya untuk menghadapi perlawanan ini.

"Tetapi pengalaman pahit tahun lalu apabila kita tewas kepada Terengganu menerusi sepakan penalti pada suku akhir membuatkan kita akan lebih berwaspada kali ini," jelas Devan.

Tiket berharga RM10 (dewasa) dan RM5 (kanak-kanak) bagi menyaksikan perlawanan malam ini akan dijual di kaunter tiket utama Stadium Shah Alam bermula pukul 9 pagi ini