KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Isnin, 1 November 2010

Alex Song selamatkan maruah Arsenal



SONG (kiri) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan pada aksi menentang West Ham kelmarin.


LONDON - Arsene Wenger sedar kemenangan lewat yang dicatat Arsenal ketika menewaskan West Ham 1-0 malam kelmarin memberi gambaran bahawa mereka perlu meningkatkan tahap permainan jika masih berhajat menjulang kejuaraan Liga Perdana England musim ini.

Jaringan kemenangan Alex Song pada minit ke-88 sekali gus meletakkan West Ham kini berada di tangga tercorot biarpun kecemerlangan penjaga gol Hammers, Robert Green hampir mengecewa- kan The Gunners.

Wenger berkata, beliau cukup berbangga dengan tahap kesabaran yang dimiliki pasukannya serta kebijaksanaan mereka untuk mencari gol kemenangan.

"Memang kami memiliki peluang terbaik untuk memburu kejuaraan liga tetapi saya mahu kami pamer- kan aksi konsisten terlebih dahulu.

"Kami perlu meningkat dari semasa ke semasa dan masih perlu meningkatkan tahap permainan untuk mencapai sasaran tersebut.

"Apabila kamu mencatat kemenangan hanya dengan jaringan yang dihasilkan pada dua minit terakhir permainan, ia pasti sesuatu yang melegakan.

"Kami tampak sudah semakin matang dan pemain dilihat lebih bersabar, bijak dan tidak melakukan kesilapan di bahagian pertahanan dengan mereka memiliki semangat yang tinggi serta tersusun baik," kata Wenger.

Dalam perkembangan lain, pengurus Arsenal itu turut berharap agar ketua pasukan, Cesc Fabregas dapat turun beraksi ketika mereka berdepan Shakhtar Donetsk pada aksi Liga Juara-Juara awal pagi Khamis ini.

"Fabregas masih merasai kesakitan pada bahagian hamstringnya. Harap tiada sebarang kecede- raan teruk kembali dialaminya.

"Pada rehat separuh masa, saya ragu-ragu untuk membiarkan dia terus beraksi tetapi saya benarkan juga dengan jangkaan dia mampu beraksi untuk 10 hingga 15 minit.

"Bagaimanapun, dia tampak berasa selesa dan terus mampu beraksi dengan semakin baik sehingga penghujung perlawanan," jelas Wenger.

Kelantan buru rekod kejuaraan kali ke-13



SELEPAS menjuarai Piala Malaysia buat kali pertama sejak 89 tahun, perhatian Kelantan kini terarah kepada misi menjulang Piala Emas Raja-Raja buat kali ke-13 apabila saingan edisi ke-70 Puncak Piala Emas Raja- Raja bermula Jumaat ini.
Kelantan merupakan gergasi dalam saingan Piala Emas Raja-Raja dan sejak mula dipertandingkan pada 1926, Kelantan telah menjuarainya sebanyak 12 kali dengan kali terakhir melakukannya pada 2008.
Tahun lepas, Kelantan terkandas pada suku akhir apabila tewas kepada Kedah menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat dengan agregat 2-2 pada suku akhir.
Perlis, juara tiga kali kejoha- nan, turun dengan misi mempertahankan ke- juaraan bertahan selepas menumpaskan Kedah 2-0 tahun lepas.
Perlis juga tampil ampuh dalam perlawa- nan sumbangsih Piala Agong, September lalu apabila menumpaskan Johor 4-0.
Perlawanan peringkat awal bermula Jumaat ini menyaksikan Kelantan, sebagai tuan rumah, melayan kunjungan juara empat kali Johor, ATM dan Pulau Pinang (juara lapan kali) dalam saingan Kumpulan B di Stadium Sultan Muhammed, Kota Bharu.
Perlis, sebagai juara bertahan, menerajui Kumpulan A bersama Pahang, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur di Stadium Utama Negeri, Kangar.
Perak, juara empat kali pada 1927, 1962, 1974 dan 1990, menjadi tuan rumah melayan kunjungan Kedah (juara lima kali), Selangor (juara 12 kali) dan Melaka dalam Kumpulan C di Ipoh.
Kumpulan D menyaksikan saingan Masum sebagai tuan rumah bersama juara 12 kali Singapura, Terengganu (juara empat kali) dan PDRM.
Biarpun barisan skuad Kelantan ke Piala Emas ternyata berbeza, namun kejayaan bersejarah skuad The Red Warriors menjulang Piala Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil kelmarin seharusnya menyuntik semangat jitu buat skuad Piala Emas Kelantan untuk menjulang kejua- raan kejohanan tertua tanah air itu.
Seharusnya di atas kertas, Kelantan tampak gagah dengan kejayaan muncul juara se- banyak 12 kali, sama pencabar terdekat, Singapura dan Selangor.
Kelantan muncul juara pada 1972, 1978, 1982, 1985, 1989, 1991, 1995, 2001, 2003, 2004, 2006 dan kali terakhir tahun 2008.
Dalam tempoh 10 tahun sejak 2000, konsistensi Kelantan nyata dengan kejayaan menjuarai kejohanan sebanyak lima kali selain muncul naib johan dua kali pada 2004 dan 2007.
Singapura pula agak hambar selepas kali terakhir muncul juara pada 1983 manakala Selangor pasti mahu menamatkan kalendar saingan tahun ini dengan meraih kejuaraan ke-13 selepas prestasi yang agak menurun sejak 10 tahun lepas.
Dalam pada itu, Kedah, yang layak ke final dua kali dalam tempoh lima tahun, juga menanam tekad untuk menebus kekecewaan gagal di perlawanan akhir tahun lepas dengan meletak sasaran mara ke akhir sekali lagi tahun ini.
Piala Emas Raja-Raja anjuran Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBSMM) merupakan antara kejohanan bola sepak tertua tanah air.
Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBSMM), Datuk Takiyuddin Hassan berharap saingan Piala Emas Raja-Raja yang bermula sebaik berakhirnya kempen Piala Malaysia kali ini terus menyemarakkan sukan bola sepak tanah air selain menarik sokongan peminat pasukan negeri-negeri.
Selepas perlawanan peringkat kumpulan secara serentak di semua empat venue pada 5, 6 dan 7 November ini, perlawanan pering- kat suku akhir menyusul secara timbal balik pada 13 dan 20 November.
Saingan separuh akhir berlangsung secara timbal balik pada 27 November dan 4 Disem- ber depan.
Perlawanan akhir pula dijadualkan pada 18 Disember.

Dendam Piya berbalas




"DENDAM saya akhirnya berbalas."
Demikian ujar playmaker Kelantan, Badri Radzi (gambar) atau lebih dikenali sebagai Piya apabila dia tampil antara watak penting dalam skuad The Red Warriors yang mengukir sejarah menjulang Piala Malaysia buat pertama kali dalam tempoh 89 tahun pertandingan.
Musim lalu, dia terpaksa berada di bangku penonton dengan dendam yang tersarang menyaksikan bagaimana pasukannya mudah dijinakkan Negeri Sembilan 1-3 kerana terpaksa berehat panjang ekoran kecederaan yang dialaminya.
Menurut Piya, dia agak gugup apabila berpeluang beraksi pada final Piala Malaysia buat kali pertama yang turut menjejaskan gaya permainannya pada separuh masa pertama.
"Pada babak pertama saya akui kami tidak beraksi dengan baik, segala-galanya serba tidak menjadi dan yang jelas kami sedikit gugup ditambah pula dengan gol awal yang diperoleh Negeri Sembilan.
"Ketika waktu rehat, jurulatih kata kami tak pernah kalah bila beraksi di luar, ini adalah peluang kami untuk membawa pulang piala untuk peminat dan Tan Sri (Annuar Musa), jadi kena main all out (habis-habisan)," katanya ketika dihubungi semalam.
Tambah Piya, selepas mendapat kata-kata semangat itu, dia dan rakan-rakan sepasukannya tampil agresif untuk mempamerkan aksi berbeza pada babak kedua dengan menggandakan asakan untuk mencari gol penyamaan.
Jelasnya, ketiadaan pemain pertahanan Negeri Sembilan, Aidil Zafuan Abdul Radzak yang sebelum itu dilihat sukar untuk ditembusi, sedikit sebanyak memberi kelebihan kepada Kelantan.
"Memang betul, ketiadaan Aidil memudahkan lagi kerja kami. Sebelum itu kami susah untuk membawa bola masuk ke dalam kawasan kotak penalti.
"Selepas dia dikeluarkan, barulah kami mampu bergerak dengan baik di bahagian hadapan.
"Selepas menerima bola hantaran Norfarhan Mohamad, saya tahu ini adalah peluang terbaik dan saya kena sempurnakannya.
"Saya terus lari membawa bola ke depan dan pada masa itu saya yakin untuk melakukan jaringan. Tanpa teragak-agak, saya melakukan rembatan yang terus menerjah ke gawang lawan. Saya puas kerana dendam sekian lama akhirnya terlerai

Khairul Fahmi calon pilihan





SEIRING dengan slogan 100- PLUS, Outdo Yourself, penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat berjaya membuktikan bahawa dia sememangnya calon paling layak untuk merangkul anugerah Pemain Muda Terbaik 2010.
Namun, keputusan pemenang bagi kategori itu serta be- berapa kategori lain hanya akan diumumkan pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100PLUS-FAM 2010 yang akan berlangsung di Hotel Hilton Petaling Jaya tengah hari esok.
Khairul, 21, telah beraksi cemerlang biarpun tewas menerusi sepakan penalti pada awal permainan untuk membantu Kelantan menewaskan Negeri Sembilan 2-1 pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2010 malam kelmarin.
"Selepas kami ketinggalan menerusi sepakan penalti, ia membuatkan kami semakin bersemangat untuk bangkit memenangi perlawanan. Ia jelas kelihatan apabila kami berjaya menguasai permainan selepas itu.
"Ia pengalaman pertama buat saya beraksi di pentas final. Suasana cukup gamat di hadapan puluhan ribu penonton. Dibolosi awal membuatkan saya bertekad untuk terus bekerja keras menga- wal pintu gol.
"Bila dicalonkan untuk anugerah ini pula, ia sesuatu yang bagus buat diri saya dan seorang lagi calon iaitu Faizal Abu Bakar (penyerang Kedah).
KHAIRUL FAHMI


"Saya cukup gembira kerana berpeluang beraksi dalam banyak perlawanan sepanjang musim ini," kata pemain kelahiran Kota Bharu itu.
Biarpun masih baru dalam skuad kebangsaan, Khairul yang memasang impian untuk beraksi bersama kelab Jerman, Bayern Munich suatu hari nanti kini sedang memburu tempat berada dalam skuad ke Piala AFF Suzuki 2010 yang akan berlangsung awal Disember depan.
Sementara itu, pemain tengah Kelantan, Badhri Radzi telah dipilih sebagai pemenang anugerah 100PLUS Outdo Yourself malam kelmarin selepas dia menjaringkan gol kemenangan Kelantan pada perlawanan tersebut.
Bagi memastikan hanya yang terbaik dipilih sebagai pemenang pada majlis anugerah yang akan berlangsung esok, panel pemili- han kali ini terdiri daripada para jurulatih, ahli-ahli Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) serta pegawai dari Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).