KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Isnin, 9 Ogos 2010

United rampas trofi




WEMBLEY, England – Manchester United memulakan saingan musim baru Liga Perdana England dengan penuh bergaya.

Semalam, skuad bimbingan Alex Ferguson itu menjuarai Piala Perisai Komuniti selepas menewaskan juara bertahan, Chelsea 3-1 di Stadium Wembley.

Jaringan Antonio Valencia pada minit ke-41, Javier Hernandez (76) dan Dimitar Berbatov (90) sudah cukup memberikan United langkah kanan dalam misi mereka kali ini.

Begitupun, Chelsea tidak mudah mengaku kalah dan cuba memberi tentangan yang hebat tetapi memperoleh gol sagu hati menerusi Salomon Kalou pada minit ke-83.

Lebih manis, kejayaan The Red Devils ini juga dilihat sebagai amaran awal mereka dalam misi mereka merampas semula gelaran Liga Perdana England daripada The Blues.

Pertembungan dua pencabar utama itu semalam banyak didominasi oleh United yang menurunkan dua pemain baru, Hernandez dan pertahanan Chris Smalling.

Manakala Chelsea yang merupakan juara berganda selepas memenangi gelaran liga dan Piala FA dilihat gagal mencari rentak meskipun menggunakan khidmat bekas perancang Liverpool, Yossi Benayoun dan penyerang Ivory Coast, Didier Drogba.

Ini adalah kali ketiga dalam masa empat tahun United berjaya menjulang gelaran Piala Komuniti selepas tahun 2007 dan 2008.

Kekalahan ini pula merupakan tamparan baru buat pengurus The Blues, Carlo Ancelotti dalam misi mempertahan kejuaraan menjelang aksi pembuka musim 2010/11 pada Sabtu ini.

Bayern rangkul trofi Piala Super


PARA pemain Bayern bergambar selepas memenangi trofi Piala Super Jerman buat kali ketiga semalam.


AUGSBURG, Jerman - Bayern Munich mencatat kemenangan 2-0 ke atas Schalke 04 untuk merangkul gelaran Piala Super Jerman 2010/11 kelmarin.

Musim lalu, Bayern memenangi trofi Liga Jerman dan Piala Jerman.

Meskipun bermain tanpa Arjen Robben, Franck Ribery dan Mark Van Bommel, Bayern masih hebat dan kemenangan itu diperoleh hasil jaringan lewat Thomas Mueller serta Mirsolav Klose.

Bayern jelas menguasai sepenuhnya perlawanan itu dengan Bastian Schweinsteiger terlepas peluang terbaik pada minit kelapan manakala percubaan Klose sedikit tersasar.

Kesabaran Bayern memburu gol akhirnya membuahkan hasil menjelang babak akhir perlawanan.

Mueller, 20, yang mengikat kontrak baru bersama Bayern sehingga 2015 pada Jumaat lalu menjaringkan gol pertama pada minit ke-75.

Enam minit kemudian, Klose mengukuhkan kedudukan menerusi gol kedua untuk memastikan Bayern menjulang Piala Super Jerman buat kali ketiga dengan trofi tersebut tidak dipertandingkan sejak 1996.

Jurulatih Bayern, Louis van Gaal yang membawa Bayern mara ke final Liga Juara-Juara musim lalu berkata: "Skuad musim ini lebih baik daripada skuad musim lalu kerana semua pemain tahu apa yang perlu mereka lakukan."

Sementara itu, jurulatih Schalke 04, Felix Magath yang berjaya mengikat bekas penyerang Real Madrid, Raul pula masih tidak pasti mereka mampu menyaingi Bayern seperti dilakukan ketika muncul naib juara musim lalu.

"Kamu perlu lihat yang kami masih belum memiliki kualiti yang cukup untuk menewaskan pasukan berstatus tinggi

Skuad England dirombak





LONDON - Fabio Capello (gambar) dalam proses membina semula skuad bola sepak kebangsaan England selepas kegagalan pada kempen Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, Jun lalu.

Selain mengetepikan separuh daripada barisan pemain, Capello turut memanggil dua pemain muda, Jack Wilshere dan Kieran Gibbs untuk menghadapi aksi persahabatan menentang Hunga- ry, Rabu ini.

Turut dipanggil menyertai skuad England kali pertama ialah pemain berusia 29 tahun, Bobby Zamora yang bermain di posisi penyerang di Fulham.

Begitupun, pengurus England tersebut tetap bimbang mereka akan diejek pada aksi di Stadium Wembley itu biarpun hanya 10 daripada 23 pemain dari skuad Piala Dunia akan turun beraksi nanti.

"Saya faham perasaan penyokong. Saya juga rasakan yang mereka boleh mengejek pasukan ini tetapi kami sebenarnya sangat memerlukan sokongan padu mereka.

"Mereka yakin dengan pasukan ini tetapi kejayaan gagal dicapai ," jelas Capello.

Daripada 13 pemain yang digugurkan itu, hanya Emile Heskey yang telah mengumumkan persaraan pada peringkat antarabangsa manakala Jermain Defoe dan Michael Carrick kini cedera.

Dua penjaga gol yang digugurkan ialah David James, 40, yang beraksi dalam tiga daripada empat perlawanan Piala Dunia serta Robert Green yang melakukan kesilapan bodoh pada aksi sulung menentang Amerika Syarikat.

Kini yang tinggal hanya Joe Hart, disertai Paul Robinson dan penjaga gol Manchester United yang baru berhijrah ke Birmingham, Ben Foster.

Tatkala Gibbs, pemain pertaha- nan kiri Arsenal berusia 20 tahun disenaraikan untuk berguru dengan Ashley Cole, nasib berbeza dialami Matthew Upson, Jamie Carragher, Ledley King dan Ste- phen Warnock yang disisihkan kali ini.

Wes Brown dan Phil Jagielka dipanggil semula manakala Gary Cahill memburu penampilan sulung bersama skuad England.

Turut disenaraikan, Adam Johnson dan Theo Walcott untuk mengganti- kan tempat Shaun Wright-Phillips dan Aaron Lennon.

Di bahagian serangan, tiada tempat buat Peter Crouch kerana Capello kembali mempertaruhkan Carlton Cole, Darren Bent, Zamora dan Wayne Rooney.

Mancini tidak mahu membazir


MANCINI (belakang) bersama empat pemain baru yang dibeli city musim ini iaitu (dari kiri) Aleksandar Kolarov, David Silva, Yaya Toure dan Jerome Boateng.


LONDON - Roberto Mancini berjanji tidak akan berbelanja melebihi £130 juta (RM650 juta) selepas hampir berjaya membawa dua lagi pemain baru di Manchester City.

David Silva, Jerome Boateng, Yaya Toure dan Aleksandar Kolarov yang semuanya dibeli dengan jumlah keseluruhan £80 juta (RM400 juta), beraksi dengan cemerlang ketika City mengalahkan Valencia 2-0 dalam aksi pramusim kelmarin hasil jaringan Gareth Barry dan Jo.

Mancini mendedahkan City bakal melengkapkan perjanjian ke atas pemain Aston Villa, James Milner dan penyerang Inter Milan, Mario Balotelli sebelum aksi pembuka tirai Liga Perdana England menentang Tottenham Sabtu depan.

Mancini berkata: "Saya rasa kami akan berjaya mendapatkan Milner dan Balotelli. Amat sukar ketika ini kerana pemain ada tugasan antarabangsa tetapi saya harap kami dapat membawa kedua-duanya pada Khamis ini.

"Tetapi sekarang kami perlu memberi tumpuan terhadap pertemuan dengan Tottenham, jadi kami kena tunggu dan lihat."

Perjanjian berharga £25 juta (RM120 juta) ke atas Milner bakal menyaksikan Stephen Ireland berpindah ke Villa Park dengan harga £10 juta (RM50 juta).

Baki £27 juta (RM135 juta) lagi akan dibelanjakan ke atas penyerang muda Itali, Balotelli di mana Inter kini sudah sedia melepaskannya.

City kini mempunyai skuad paling ramai dan ini menyebabkan Mancini pening kepala kerana dia perlu menyenaraikan 25 pemain dalam skuadnya mengikut peraturan baru Liga Perdana England.

Ireland hampir pasti diketepi- kan dan nasib sama turut bakal menimpa Nedum Onuoha, Craig Bellamy, Roque Santa Cruz, Shaun Wright-Phillips dan mungkin juga Jo