KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Selasa, 28 September 2010

Rooney dituduh hipokrit



ROONEY menjadi tumpuan media selepas kisah peribadinya termasuk bersama pelacur terbongkar.


LONDON - Penyerang Manchester United, Wayne Rooney telah dikritik hebat oleh bekas pengurus England, Kevin Keegan.

Menurut Keegan, penyerang England itu telah kehilangan tahap keyakinan diri selain menganggap Rooney sebagai seorang yang hipokrit.

Keegan berkata demikian selepas melihat aksi Rooney yang bergelut umtuk mengembalikan prestasi terbaiknya sehinggalah dikeluarkan pada minit ke-61 ketika United seri 2-2 dengan Bolton kelmarin.

"United pada ketika ini boleh dianggap tanpa kelibat Rooney. Dia cukup berbeza musim ini. Aksinya ketika menentang Bolton ini telah menunjukkan bahawa tahap keyakinannya sudah hilang sama sekali," kata Keegan.

Rooney kini menjadi tumpuan media seluruh dunia selepas kisah kecurangan terhadap isterinya, Coleen kerana melanggan pelacur terbongkar.

"Kamu tak boleh katakan bahawa terdapat terlalu banyak paparazzi atau terlalu banyak publisiti diberikan," jelas Keegan.

Penolong pengurus United, Mike Phelan berkata, kecederaan ringan pada buku lali Rooney menyebabkan dia terpaksa dikeluarkan dan digantikan dengan Federico Macheda selain ia juga merupakan pertukaran taktikal.

"Dia mengalami sedikit hentakan pada pergelangan kakinya. Selain itu dia juga sukar untuk menembusi pertahanan lawan dan gagal mendapatkan peluang. Jadi kami memilih untuk mengeluarkannya," kata Phelan.

Namun Rooney dijangka kembali cergas apabila United turun bertemu Valencia pada aksi Liga Juara-Juara awal pagi Khamis ini tetapi Ryan Giggs terpaksa diketepikan selama dua minggu akibat kecederaan hamstring

Ulangan final Sukan SEA 2009

SKUAD negara gigih menjalani latihan menjelang aksi menentang Vietnam malam ini.


SKUAD bola sepak kebangsaan bakal berdepan ujian getir apabila turun bertemu tuan rumah, Vietnam pada perlawanan sulung Piala Eximbank Millenium Thang Long 2010 di Stadium Thong Nhat, Ho Chi Minh City malam ini.

Bukan pasukan lawan yang digeruni anak-anak buah K. Rajagobal itu, namun mereka perlu berdepan puluhan ribu penyokong Vietnam yang pastinya masih menyimpan dendam terhadap skuad negara.

Puncanya, Malaysia telah menewaskan Vietnam 1-0 pada final Sukan SEA 2009 di Laos pada 17 Disember lalu hasil jaringan sendiri Mai Xuan Hop ketika cuba mengeluarkan bola sepakan Safiq Rahim.

Para penyokong Vietnam jelas cukup kecewa kerana pada aksi peringkat kumpulan sebelum itu, Vietnam berjaya menundukkan Malaysia 3-1 pada aksi yang diganggu keputusan kontroversi pengadil.

Justeru pertembungan malam ini pasti akan menjanjikan saingan yang hebat apabila kedua-dua pasukan sudah tentu bersemangat untuk membuktikan mereka lebih hebat.

13 daripada 20 pemain Malaysia pada Sukan SEA 2009 dibawa ke Vietnam bersama tujuh pemain baru iaitu Khairul Fahmi Che Mat, Faizal Abu Bakar, Fandi Othman, Fadhli Shas, Gary Steven Robbat, Izzaq Faris Ramlan dan Safee Sali.

Vietnam juga masih mengekalkan majoriti pemain pada Sukan SEA 2009 seperti Mai Tien Thanh, Hoang Dinh Tung, Nguyen Thai Duong, Chu Ngoc Anh, Nguyen Ngoc Anh dan Pham Minh Duc.

Namun Rajagobal tidak mahu terlalu memikirkan tentang dendam yang disimpan pasukan tuan rumah itu, sebaliknya menggesa para pemainnya menampilkan aksi konsisten menjelang Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China November depan.

"Saya tidak mahu meletakkan apa-apa sasaran untuk kejohanan di Vietnam ini. Saya lebih berminat untuk melihat konsistensi para pemain secara berterusan.

"Tidak guna juga jika kita berjaya muncul juara pada kejohanan ini tetapi apabila tiba kejohanan sebenar nanti mereka gagal mencapai tahap yang dikehendaki.

"Apa pun saya tetap mahu melihat perkembangan dan peningkatan prestasi para pemain saya pada tiap-tiap perlawanan bermula dengan aksi bertemu Vietnam ini," kata Rajagobal.

BARISAN KEMUNGKINAN:

Sharbinee Allawee Ramli, Sabre Mat Abu, Aidil Zafuan Radzak, Nasriq Baharom, Asraruddin Putra Omar, Ahmad Fakri Saarani, Safiq Rahim, Amar Rohidan, Baddrol Bakhtiar, Norshahrul Idlan Talaha, Safee Sali.


Benteng Tottenham rapuh



LEDLEY KING (kanan) masih bergelut dengan kecederaan lutut berterusan yang dialaminya.


LONDON - Harry Redknapp dijangka berdepan tugas sukar apabila Tottenham Hotspur turun berdepan FC Twente pada aksi Liga Juara-Juara awal pagi Khamis ini.

Ini kerana, Spurs akan turun tanpa memiliki barisan pemain pertahanan yang benar-benar cergas.

Tottenham ketika ini hanya mempunyai dua pemain pertahanan tengah yang cergas iaitu Sebastien Bassong dan Vedran Corluk menjelang pertemuan di White Hart Lane itu.

Ledley King masih bergelut dengan kecederaan lutut berterusan yang dialaminya manakala Michael Dawson mengalami kecederaan buku lali dan Younes Kaboul mengalami kecederaan betis.

Menambah masalah kepada Redknapp, William Gallas juga dilanda masalah kecederaan pangkal paha sementara Jonathan Woodgate mula memikirkan tentang persaraan.

Justeru, Redknapp akan menurunkan barisan yang bercorak serangan untuk mengatasi kelab Belanda itu.

"Kami perlu melakukannya kerana kemenangan pada perlawanan ini cukup penting. Saingan kumpulan ini cukup terbuka dengan hanya Inter Milan pasukan pilihan.

"Kami perlu memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri dengan kehadiran dan sokongan penyokong kami. Ia sama seperti ketika kami bertemu Young Boys. Kami menyerang sejak dari mula permainan.

"Tapi kerisauan saya tetap pada posisi pertahanan tengah. Kami kehilangan beberapa tonggak utama seperti Gallas, Dawson, King dan Kaboul,