KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Rabu, 1 Disember 2010

Piala Emas Raja-raja (Separuh Akhir 1)




Kelantan bawa bekalan selesa ke Kuala Terengganu apabila berjaya menewaskan Terengganu dengan jaringan 3 berbalas 0. Jaringan dihasilkan oleh pemain muda Kelantan yang bakal menyinar di arena bolasepak Malaysia, Ramzul Zahini menjaringkan 1 gol manakala Mohd Aris Zaidi menjaringkan 2 gol. Pencapaian kedua-dua pemain ini membolehkan seluruh peminat The Red Warriors tersenyum gembira dengan pilihan pemain KAFA 2011. Tahniah kepada semua pemain dan pengurusan skuad Piala Emas Raja-Raja 2010.

Sedia bedil Indonesia


RAJAGOBAL (dua dari kanan) tidak mahu pemainnya dipengaruhi kerenah penyokong tuan rumah pada aksi menentang Indonesia di Stadium Utama Gelora Bung Karno malam ini.


JAKARTA – Malaysia berjanji akan mempamerkan aksi terbaik pada Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2010 yang bermula serentak di Jakarta dan Palembang, Indonesia hari ini.
Jurulatih kebangsaan, K. Rajagopal berkata, Malaysia tidak ada sasaran khusus pada kejohanan ini lebih-lebih lagi dengan lapan pemainnya mengalami kecederaan, termasuk kembar Mohd. Aidil Zafuan dan Zaquan Adha Abdul Radzak.
Menurut Rajagobal, daripada 22 pemain Malaysia yang dibawa ke kejohanan ini, hanya enam orang daripada mereka berusia lebih 24 tahun manakala yang lainnya adalah pemain muda.
Pada aksi pertama malam ini, Malaysia akan berhadapan dengan pasukan tuan rumah, Indonesia di Stadium Utama Gelora Bung Karno.
Rajagopal berkata, meskipun skuad bimbingannya itu mengalami kepincangan di semua posisi tetapi mereka akan berusaha untuk memberi saingan kepada pasukan tuan rumah.
“Kecederaan yang dialami beberapa pemain utama bukan halangan buat kami menyerah mudah. Kami optimis dan akan bermain bersungguh-sungguh pada aksi pembukaan ini,” katanya.
Rajagopal berkata, beliau sudah mengingatkan pemain-pemainnya agar tidak mudah hilang fokus apabila berdepan lawan mereka itu yang akan mendapat sokongan padu daripada penyokong sendiri.
“Kami perlu bersedia menghadapi segala bentuk ancaman daripada pasukan tuan rumah dan pemain telah diingatkan agar memberikan komitmen seratus peratus,” katanya.
Pada kejohanan ini, Indonesia turut diperkuatkan bekas penyerang Selangor, Bambang Pamungkas.
“Saya yakin, pemain kita sudah memahami gaya permainan Bambang yang pernah beraksi dengan Selangor satu ketika dulu. Jadi, mereka perlu bijak menggunakan kelebihan itu untuk menyekat penyerang berbisa Indonesia itu.”
Sementara itu penolong jurulatih pasukan Indonesia, Wolfgang Pikal berkata, mereka akan turun dengan formasi 4-4-2 dan akan mengawasi sekurang-kurangnya tiga pemain Malaysia yang dianggap kunci kepada kekuatan Malaysia.
“Pergerakan penyerang Malaysia yang menggunakan jersi No. 9 (Norshahrul Idlan Talaha) sangat pantas dan kami perlu mengawasinya

City buru aksi kalah mati


PARIS - Manchester City ada misi tersendiri apabila turun beraksi dalam saingan Liga Europa awal pagi esok.
City kini mengintai slot untuk berada dalam kelompok 32 pasukan terbaik bagi membolehkan mereka bersaing dalam pusingan seterusnya.
City yang di bawah kendalian Roberto Man- cini bakal melayan kunjungan kelab Austria, SV Salzburg di Stadium of Manchester.
Ketika ini, lima kelab telah pun mengesah- kan slot beraksi pada pusingan seterusnya iaitu dua kelab Rusia, Zenit St Petersburg dan CSKA Moscow, Stuttgart (Jerman), BATE Borisov (Belarus) serta FC Porto dari Portugal.
Penyerang City, David Silva optimis yang kelabnya itu mampu mara ke pusingan kalah mati.
"Kami bakal beraksi di laman sendiri dan ia sudah pastinya menjadi kelebihan buat kami untuk mencatatkan kemenangan.
"Sekiranya kami berjaya mengutip tiga mata penuh pada pertemuan dengan Salz- burg itu, secara automatiknya kami akan mara ke pusingan seterusnya.
"Apa jua perkara yang berlaku, kami perlu berfikiran positif," jelas Silva yang juga merupakan penyerang antarabangsa Sepanyol.
City yang berada dalam Kumpulan A, kini menghuni tangga kedua apabila berkongsi tujuh mata dengan pendahulu, Lech Poznan yang mana hanya dibezakan dengan jumlah jaringan.
Sementara itu, Mancini mengingatkan anak-anak buahnya agar memberi tumpuan sepenuhnya pada pertemuan dengan Salz- burg itu kerana ia penting bagi memastikan mereka mara ke pusingan seterusnya

United hampir pasti ikat Neuer


NEUER (kiri) terus mendapat perhatian kelab gergasi England, Manchester United.


LONDON - Peluang Manchester United untuk mendapatkan khidmat penjaga gol utama kelab Jerman, Schalke 04, Manuel Neuer kini kembali cerah.
Ia ekoran konflik dalaman yang melanda Bayern Munich yang sebelum ini turut menyatakan hasrat menandatangani kontrak dengan penjaga gol muda Jerman itu.
Ketika ini, United dan Bayern bersaing hebat bagi membawa masuk Neuer bersama kelab-kelab masing-masing.
Bagaimanapun, skuad The Red Devils dilihat mempunyai peluang yang lebih cerah setelah Bayern kini bergelut dengan beberapa konflik dalaman termasuklah prestasi tidak menentu yang dipamerkan mereka dalam saingan Liga Jerman.
Tatkala Presiden Bayern, Uli Hoeness serta Pengerusi, Karl-Heinz Rummenigge berhasrat untuk membawa masuk Neuer ke Allianz Arena, lain pula cerita dengan jurulatih kelab tersebut, Louis van Gaal.
Ini kerana, van Gaal masih mempertaruhkan kepercayaan kepada penjaga gol muda yang dimilikinya ketika ini, Thomas Kraft.
Disebabkan itu, ia memberi ruang buat pengurus United, Alex Ferguson untuk terus mengemukakan tawaran kepada Neuer.
Keputusan yang dibuat Ferguson dilihat sebagai salah satu langkah persediaan bagi menggantikan penjaga gol veteran The Red Devils, Edwin van der Saar yang dijangka bakal bersara tidak lama lagi.
Neuer yang masih lagi mempunyai kontrak bersama Schalke 04 sehingga 2012 dianggarkan bernilai £16 juta (RM 78.4315 juta).