KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Rabu, 1 September 2010

Milan lamar Robinho


ROBINHO ditemu bual oleh pihak media selepas menjalani ujian kesihatan di Milan semalam.


MILAN - Penyerang Manchester City, Robinho kini di ambang perpin- dahan sensasi ke AC Milan.

Kelab Itali itu dilapor telah menghantar ejen handalan mereka, Mino Raiola untuk membincangkan urusan peminjaman Robinho dengan yuran perpindahan penuh hanya dibayar pada penghujung musim ini.

Sebelum ini, Presiden Milan, Silvio Berlusconi telah membuat pengesahan bahawa kelab itu begitu berminat untuk mendapatkan khidmat Robinho.

"Jika pemain tertentu menarik minat kami dan mereka dapat memenuhi keperluan pasukan, kami sedia untuk mendapatkan seorang lagi pemain. Jika boleh, saya mahu- kan Robinho," kata Berlusconi.

Raiola turut bertindak sebagai ejen kepada Zlatan Ibrahimovic yang meninggalkan Barcelona untuk menyertai Milan secara pinja- man kelmarin.

Milan akan melengkapkan perpin- dahan terus Ibrahimovic apabila bersetuju untuk membeli penyerang Sweden itu dengan harga £20 juta (RM97.1 juta) pada penghujung musim ini.

Kelab gergasi Itali itu turut berharap agar mereka dapat melakukan perjanjian yang sama bagi mendapatkan Robinho dengan hanya perlu membayar jumlah yang sama kepada City pada penghujung musim ini.

Robinho, 26, menyertai City dari- pada Real Madrid dua tahun lalu dengan harga £32.5 juta (RM157.9 juta) tetapi telah dipinjamkan ke kelab Brazil, Santos pada musim lalu setelah tidak sehaluan dengan pengurus City, Roberto Mancini.

Andai perpindahan ke Milan itu berjaya direalisasikan, Robinho bakal membentuk gandingan mantap di jentera serangan kelab itu bersama-sama Ronaldinho, Alexandre Pato dan Ibrahimovic.

Perjuangan Harimau Muda bermula


ASPEK kecergasan menjadi keutamaan dalam setiap sesi latihan skuad Harimau Muda A sebelum berlepas ke Slovakia malam ini.


PERJUANGAN skuad Harimau Muda A bermula. Skuad bimbingan Ong Kim Swee itu akan berlepas ke Slovakia malam ini untuk mengharungi latihan selama tiga bulan di negara Eropah Timur itu.

Namun, berita sedih berlaku pada saat akhir ketika semua pemain sudah bersedia untuk memulakan misi penting itu.

Penyerang, A. Thamil Arasu, 19, terpaksa menarik diri pada saat akhir kerana tidak mahu meninggalkan ibunya yang menghidapi sakit jantung.

Tempatnya dalam skuad negara digantikan oleh pemain berusia 17 tahun, Nazirul Naim Che Hashim.

Ketiadaan Thamil dikatakan bakal membuka ruang buat penjaring terbanyak skuad Harimau Muda B pada saingan Liga Perdana musim ini, Ferris Danial Mat Nasir untuk me- nyerlah sepanjang tempoh tiga bulan di Slova- kia.

Ferris yang baru genap berusia 18 tahun pada 21 Ogos lalu berkata, dia bertekad untuk meneruskan rentak cemerlangnya ketika skuad B-21 negara itu mengharungi 16 perlawa- nan persahabatan di sana nanti.

"Saya baru menyertai skuad Harimau Muda B musim ini setelah mewakili Kelantan pada Liga Kementerian Pelajaran Malaysia tahun lalu. Pada awal saingan Liga Perdana musim ini, saya hanya beraksi sebagai pemain gantian.

"Tetapi pada perlawanan ke-12 menentang Shahzan Muda, saya mula diletakkan dalam ke- sebelasan utama dan berjaya muncul penja- ring terbanyak pasukan dengan 11 gol.

"Jadi, ini merupakan pengalaman pertama saya beraksi di Slovakia dan secara peribadi saya menyimpan hajat untuk menarik minat mana-mana kelab di sana," kata Ferris ketika ditemui Kosmo! di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil malam kelmarin.

Sementara itu, jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee menganggap tidak adil untuk beliau menilai Ferris serta beberapa pemain baru lain hanya berdasarkan dalam satu atau dua perlawanan di Slovakia nanti.

"Ini memang pendedahan baru kepada mereka setelah beraksi cemerlang dalam saingan liga domestik.

"Tetapi saya yakin mereka akan dapat beraksi dengan baik selepas tiga perlawanan pertama di Slovakia,

Bukan salah Tevez


REAKSI Tevez selepas gagal menjaringkan gol ketika menentang Sunderland, Ahad lalu.


LONDON - Carlos Tevez tidak disalahkan ekoran kegagalannya menyempurnakan peluang bagi menjaringkan gol ketika Manchester City tewas 0-1 kepada Sunderland, Ahad lalu.

Perancang City, Yaya Toure berkata, semua pemain City harus bertanggungjawab ekoran kekalahan pertama mereka dalam kempen Liga Perdana England musim ini.

Jelas Toure, bukan Tevez sahaja yang mensia-siakan peluang, malah kesemua pemain City melakukan kesilapan yang sama.

"Tidak ada mana-mana pemain menyalahkan Tevez ekoran kegagalannya menyempurnakan peluang terhidang bagi menjaringkan gol.

"Dia merupakan kapten kami dan pemain yang penting buat City. Kami sebe- narnya banyak peluang untuk menjaringkan gol pada perlawanan tersebut, namun disia-siakan begitu sahaja," jelasnya.

Ekoran kekalahan mengejut di tangan Sunderland itu, City kini ketingga- lan lima mata di belakang pendahulu liga, Chelsea.

"Saya sebenarnya paling tidak suka dengan kekalahan. Sebaiknya kami perlu melupakan segera kekecewaan ini dan kembali bangkit bagi menghadapi perla- wanan seterusnya.

"Kami semua berasa kecewa dengan kekalahan pertama ini.

"Namun, segala- galanya telah berlaku dan sewajarnya ia menjadi pengajaran buat kami semua pada masa akan datang," tambah Toure.

Amaran awal Atletico


FORLAN (kiri) diraikan rakan sepasukannya, Sergio Kun Aguero selepas meledak gol ketiga Atletico semalam.


MADRID - Diego Forlan muncul wira apabila meledak dua gol bagi membantu Atletico Madrid menewaskan Sporting Gijon 4-0 dalam saingan Liga Sepanyol awal pagi semalam.

Kemenangan itu seakan- akan memberi petanda awal bahawa Atletico mampu menjadi pencabar utama musim ini selepas mereka berjaya menjulang Piala Super Eropah apabila menewaskan kelab Itali, Inter Milan 2-0 di Stadium Louis II, Monaco, Ahad lalu.

Kini, Atletico yang dibimbing oleh Quique Sanchez Flores dilihat mampu melakar lebih banyak kejayaan seterusnya mengakhiri penguasaan dua kelab gergasi Sepanyol, Barcelona dan Real Madrid.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Vicente Calderon semalam, perancang Atletico, Jose Jurado berjaya membuka tirai jari- ngan pada minit ke-10.

Jaringan yang dilakukan Jurado itu merupakan yang terakhir buatnya bersama Atletico sebelum dia berhij- rah ke Schalke 04.

"Sudah menjadi lumrah dalam bola sepak, mana-mana pemain akan meninggalkan kelab yang diwakilinya.

"Keputusan yang dilakukan Jurado mungkin tepat dan baik buat dirinya sendiri mahupun kelab," jelas Sanchez.

Penyerang antarabangsa Uruguay, Forlan yang dianugerahkan pemain terbaik Piala Dunia 2010 membuktikan sentuhan cukup berbisanya apabila menjaringkan gol pada minit ke-39 dan ke-69.

Simao melengkapkan malam gemilang Atletico menerusi gol keempat pada lewat babak perlawanan