KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Jumaat, 8 Oktober 2010

Kelantan mula hidu peluang

PENYERANG Kelantan,Akmal Rizal Rakhli (kiri) dicabar pertahanan PKNS, Mohd. Fadhil Mohd. Hashim pada aksi Piala Malaysia di Kota Bharu kelmarin.


TIGA mata penuh yang diraih Kelantan hasil kemenangan 4-0 ke atas PKNS di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam kelmarin cukup melegakan jurulatih, B. Sathianathan.
Biarpun berpuas hati dengan persembahan anak-anak buahnya, namun Sathianathan menyifatkan ia bukan aksi terbaik yang disajikan skuad The Road Warrior.
Menurut Sathianathan, apa yang harus dipuji adalah komitmen barisan pemainnya yang jelas menguasai perlawanan sehingga mampu menampilkan aksi memukau.
"Ini adalah sebahagian daripada perjalanan kita, aksi menentang KL Plus Sabtu ini cukup penting dan saya mahu mereka (pemain) tahu betapa perlawanan tersebut sangat penting untuk mereka, pengurusan dan seluruh penyokong Kelantan.
"Bahagian tengah cukup cemerlang menggerakkan permainan selain membuka ruang kepada jentera hadapan dan Piya (Badri Radzi) membuktikan mengapa dia disebut antara perancang terbaik Kelantan dan di negara kita," kata Sathianathan semalam.
Menurut beliau, pemain-pemain seperti Indra Putra Mahayuddin, Norshahrul Idlan Talaha, Azizi Mat Rose dan Akmal Rizal Rakhli turut memainkan peranan penting mambantu Kelantan mencatat kemenangan besar malam kelmarin.
"Dengan momentum yang ada ketika ini saya yakin Kelantan berada pada landasan terbaik.
"Saya juga yakin dan sentiasa yakin Kelantan akan pergi jauh dengan memiliki pengurusan yang baik dan penyokong yang cukup mengagumkan.
"Apabila penyokong hanya sentiasa mahukan kemenangan bermakna anda memiliki satu pasukan yang kuat.
"Saya percaya apa yang penyokong percaya bahawa mereka ada sebuah pasukan yang hebat untuk merangkul kejuaraan," ujarnya.
Ketika ditanya mengenai peluang Kelantan ke suku akhir dan dijangka bertemu Selangor, Sathianathan berkata: "Untuk menjadi juara, kita tidak boleh takut dengan sesiapa. Bertemu Selangor atau pasukan mana sekalipun, kita sentiasa mahu berikan yang terbaik.
"Apa yang saya takutkan adalah pasukan saya sendiri. Saya takut mereka tidak bermain seperti yang saya dan penyokong mahukan

Ferguson tak puas hati




LONDON - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson (gambar) secara terbuka telah mengkritik barisan pemainnya.
Kritikan Ferguson itu ternyata mengejutkan ramai pihak selepas dia tidak berpuas hati dengan prestasi anak-anak buahnya yang mencatat empat kepu- tusan seri dalam tujuh perlawa- nan Liga Perdana England seta- kat ini.
"Ketika ini, pasukan (United) tidak memiliki deria penyudah yang tajam seperti yang sepatut- nya. Itulah satu-satunya perkara yang saya mahu lihat peningka- tan.
"Ketika menentang Fulham, kami terlepas satu gol menerusi sepakan penalti (Nani) ketika permainan berbaki tiga minit yang mana ia boleh menjadikan kedudukan 3-1 seterusnya menjamin kemenangan kepada kami.
"Tetapi Fulham pula yang memperoleh gol penyamaan pada lewat perlawanan sehingga menyebabkan kami membuang mata begitu saja.

Lampard bawa berita gembira menjelang aksi dengan Aston Villa

LONDON - Frank Lampard membawa khabar gembira buat Chelsea apabila dia dijangka beraksi pada pertemuan dengan Aston Villa minggu depan.

Lampard, 32, masih belum beraksi buat skuad The Blues dan England sejak mengalami masalah hernia sejak Ogos lalu.
Perancang England itu juga telah menjalani pembedahan bulan lalu dan baru sahaja menjalani latihan.
Lampard tidak beraksi dalam tujuh perlawanan Liga Perdana England dan dua aksi awal saingan kelayakan Euro 2012 bersama England.
Malah dia juga tidak disenarai- kan dalam skuad Three Lions yang akan beraksi menentang Montenegro, Selasa depan.
"Saya tidak mahu memberi sebarang tarikh yang tepat tetapi saya harap dapat kembali selepas jadual antarabangsa ini," kata Lampard.
"Semua proses pemulihan dengan fisioterapi berjalan dengan baik dan saya harap boleh beraksi secepat mungkin.
"Saya akan bersikap teruk kepada orang sekeliling saya apabila tidak bermain, jadi ia amat menge- cewakan saya

Johnson sudah simpan hasrat tinggalkan Liverpool




LIVERPOOL - Tonggak pertahanan Liverpool, Glen Johnson (gambar) kini dalam usaha berhijrah ke Real Madrid pada musim perpindahan Januari depan.
Biarpun jurulatih Real, Jose Mourinho dikatakan akan memberi keutamaan untuk memperkuatkan jentera serangannya, dia masih berminat untuk mendapatkan pemain pertahanan kanan England itu yang dibeli Liverpool dengan harga £18 juta (RM88.7 juta) daripada Portsmouth tahun lalu.
Liverpool dikatakan bersedia melepaskan Johnson, 26, jika ia menyamai nilai tersebut manakala pemain itu sendiri mendedahkan dia sedang mempelajari bahasa Sepanyol daripada rakan sepasukannya seperti Fernando Torres, Pepe Reina dan Daniel Pacheco.
"Rakan-rakan saya yang berbangsa Sepa- nyol ini telah mengajar saya banyak perka- taan. Mereka tidak malu untuk membetulkan kesilapan saya.
"Jadi ia bagus untuk saya mempraktikkan perkataan yang dipelajari dengan membetul- kan sebutan tersebut. Dalam apa jua yang kita lakukan, ia merupakan satu kelebihan untuk kita mempelajari banyak bahasa.
"Kita tak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Saya tidak mahu jadi seperti pemain England lain yang mengharap rakan mereka dari Sepanyol hanya berbual menggunakan bahasa Inggeris dengan mereka.
"Ia pasti boleh mengejutkan orang luar apabila kita dapat berbicara bahasa mereka. Ia umpama satu senjata sulit sebenarnya," jelas Johnson.