KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Isnin, 30 Ogos 2010

Wenger mula cakap besar





BLACKBURN - Arsene Wenger yakin kejayaan Arsenal menewaskan Blackburn 2-1 malam kelmarin bakal memaksa pasukan-pasukan lain lebih menghormati mereka dalam pemburuan gelaran Liga Perdana England musim ini.

Gol menerusi Theo Walcott dan Andrey Arshavin(gambar) telah membantu Arsenal mengatasi corak permainan fizikal Blackburn pada perlawanan tersebut.

"Jika kamu mempunyai cita-cita dalam saingan liga, kamu pasti mahu menang aksi di Blackburn ini. Jika tidak, kamu pasti tidak akan dihormati oleh pasukan lain kerana pertemuan dengan Black- burn merupakan ujian penting.

"Kami berjaya mendahului dengan jaringan hebat Walcott tetapi entah mengapa kami agak gementar selepas itu sehingga membenarkan Blackburn menyamakan kedudukan.

"Tetapi pada babak kedua, kami lebih tenang dan berjaya mengawal bola dengan baik serta menguasai perlawanan.

"Musim lalu kami mempunyai kenangan buruk di sini (tewas 1-2) dan kami tahu yang mereka bermain dengan cara yang kami tidak gemari. Sebab itulah kami tidak yakin untuk menanganinya," jelas Wenger.

Sementara itu, pengurus Blackburn, Sam Allar- dyce agak kecewa dengan dua kekalahan berturut- turut setelah pasukannya itu cemerlang menewaskan Everton pada aksi sulung sebelum ini.

"Kami kecewa kerana gagal mencapai kemenanagan biarpun kami beraksi agak baik. Hanya tiga mata setakat ini, ia meletakkan kami di bawah teka- nan.

"Saya sendiri kecewa kerana kami gagal meraih sebarang mata pada perlawanan ini kerana pada pandangan saya, kami memiliki banyak peluang ter- buka pada babak pertama.

"Namun, disebabkan kami gagal memanfaatkannya, kami terpaksa membayar dengan harga yang tinggi kerana pada suatu ketika, Arsenal cukup gah menguasai permainan

Hishan mahu futsal lebih kompetitif


ABDULLAH Hishan mahukan agenda futsal negara lebih kompetitif dalam usaha meletakkannya ke suatu tahap yang boleh dibanggakan.


NAIB Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Abdullah Hishan Mohd. Hashim bertekad untuk menjadikan futsal dan bola sepak pantai sebagai sukan yang lebih kompetitif di negara ini.

Abdullah Hishan yang baru dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Futsal dan Bola Sepak Pantai FAM pada Isnin lalu untuk menggantikan Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, dua sukan tersebut memerlukan satu lonjakan transformasi.

“Saya telah bertemu ahli-ahli jawatankuasa ini di Wisma FAM beberapa hari lalu untuk mendapat maklum balas mereka dan juga taklimat tentang perjalanan jawatankuasa sebelum ini.

“Jadi saya telah mendapat idea untuk melakukan lonjakan terhadap futsal dan bola sepak pantai ini untuk menjadi sukan kompetitif.

“Ini selaras dengan matlamat Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk menjadikan futsal sebagai sukan indoor yang paling kompetitif di dunia berban- ding sukan-sukan lain,” katanya kepada pemberita di Bukit Damansara, Jumaat lalu.

Skuad futsal negara yang ketika ini menduduki ranking ke-58 dunia perlu memperbaiki prestasi mereka menjelang Sukan SEA 2011 untuk sekurang-kurangnya mempertahankan pingat perak yang di- menangi pada Sukan SEA 2007 di Korat, Thailand.

Selain itu, Abdullah Hishan turut bercadang untuk mengasingkan pasukan-pasukan negeri dan kelab yang ketika ini dicampur beraksi pada Liga Futsal Kebangsaan Felda/FAM.

“Saya rasa kita perlu asingkan pasukan negeri dan pasukan kelab ke dalam dua kejohanan yang berbeza. Dengan cara ini, saingan peringkat kebangsaan itu akan menjadi lebih kompetitif.

“Bagi memantapkan liga futsal kebangsaan ini juga, kami akan berbincang lanjut berhubung soal penajaan bagi memastikan ia lebih menarik kerana ketika ini ia hanya dianjurkan secara beberapa pusingan,” jelasnya.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) itu juga memberitahu, beliau sudah membuat penyelidikan tentang pusat- pusat futsal di negara ini yang di- dapati tidak mengikut spesifikasi saiz gelanggang FIFA.

“Hanya empat atau lima sahaja pusat futsal yang mempunyai gelanggang mengikut saiz FIFA.

“Jadi saya akan cuba bincang perkara ini lebih lanjut dengan para pemilik pusat futsal terbabit

Lampard terlepas aksi kelayakan Euro


LAMPARD (kanan) terpaksa melupakan aksi pada kelayakan Euro.


LONDON – Frank Lampard dan John Terry tidak disenaraikan dalam skuad England menentang Bulgaria pada kempen Kelayakan Euro 2012 di Stadium Wembley, Jumaat depan.

Jurulatih Three Lions, Fabio Capello juga mungkin kehilangan Peter Crouch, Jermain Defoe, Bobby Zamora dan David Stockdale pada perlawanan tersebut.

Perancang Chelsea, Lampard akan menjalani pembedahan minggu ini bagi menga- tasi masalah hernia.

Lampard gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika Chelsea menang 2-0 ke atas Stoke City dalam saingan Liga Perdana England kelmarin.

Pengurus The Blues, Carlo Ancelotti berkata: “Frank bermain dalam kesakitan minggu lepas tetapi telah menjalani rawa- tan dan bersedia untuk beraksi hari ini (kelmarin).

“Tetapi kecederaannya itu masih belum pulih sebenarnya dan dia perlu menjalani pembedahan. Frank pernah menjalani pembedahan ke atas kecederaan ini 10 tahun lalu.”

Bekas kapten England, Terry juga terlepas aksi pembukaan kempen kelayakan tersebut ekoran masalah hamstring.

Dia bermain kelmarin bagi mengisi keko- songan barisan pertahanan Chelsea, namun terpaksa direhatkan pada aksi England itu nanti.

Sementara itu, Crouch pula mengalami kecederaan tulang rusuk, rakan sepasukan- nya di Tottenham, Defoe pula menjalani pembedahan pangkal paha.

Dua bintang Fulham, Zamora dan Stockdale pula mungkin juga tidak tersenarai selepas mengalami kecederaan ketika pasu- kan mereka seri 2-2 dengan Blackpool kelmarin

Klinsmann calon bos Villa


LONDON - Jurgen Klinsmann menjadi calon utama untuk menggantikan pengendali sementara Kevin MacDonald di Aston Villa.

Jurulatih skuad simpanan, MacDonald diberi tugas sementara membimbing Villa selepas ketiadaan Martin O'Neill dan pertemuannya dengan Everton semalam dilaporkan menjadi tugasan terakhirnya.

Kegagalan dalam kelayakan Liga Europa, Khamis lalu diikuti kekalahan memalukan 0-6 kepada Newcastle telah memaksa pemiliknya, Randy Lerner mencari individu yang sesuai untuk membimbing Villa.

Klinsmann yang berjaya melakukan revolusi dalam bola sepak Jerman dengan membawa pemain muda ke dalam skuad kebangsaannya ketika Piala Dunia 2006, dilihat calon berprofil tinggi yang sesuai buat Lerner.

Klinsmann, 46, yang membuat 108 penampilan buat Jerman, baru saja membawa keluarganya berpindah ke California selepas dipecat sebagai jurulatih Bayern Munich, namun pernah menjelaskan bahawa dia masih berminat untuk mencuba nasib di England.

Kata Klinsmann: "Kelab yang saya pergi selepas ini perlu mempunyai suasana gembira seperti yang saya mahukan.

"Saya mahu berada dalam satu persekitaran yang boleh menerima falsa- fah saya iaitu corak permainan menyerang dalam bola sepak.

"Itu saja cara yang saya fikirkan dan begitu juga cara saya membentuk skuad Jerman pada Piala Dunia 2006.

"Sepanjang waktu itu, taktik saya telah dikritik hebat tetapi kemudian mereka akhirnya terima juga.

"Sebab itu saya agak memilih. Saya perlu ada kesesuaian dengan sesebuah kelab itu

'Gagal bukan pilihan saya'


MOURINHO merupakan individu yang memiliki prinsip.


LONDON - Jose Mourinho sedar bahawa untuk menutup mulut pengkritiknya di Real Madrid, beliau perlu menghadiahkan gelaran Liga Sepanyol dan Liga Juara-Juara musim ini.

"Kegagalan bukan suatu pilihan," kata Mourinho.

"Saya sukakan tekanan dan sering berjaya apabila mengharungi situasi yang mencabar. Namun, kali ini tiada lagi cabaran dan teka- nan yang lebih besar daripada ini.

"Saya datang ke Real bukan untuk menjadi seorang yang gagal.

"Biasanya saya mempunyai keyakinan terhadap kemampuan saya sendiri.

"Saya ada rekod kejayaan cemer- lang sebagai bukti. Saya telah melakukannya di Porto, Chelsea dan Inter Milan.

"Saya akan mengulanginya sekali lagi, kali ini bersama Real Madrid. Jika saya rasa tidak mampu melakukannya, saya tidak akan berada di sini."

Kejayaan Mourinho membimbing Inter memenangi gelaran Serie A dan Liga Juara-Juara menyaksikan beliau ditawarkan peluang ke Bernabeu.

Bekas pengurus Chelsea itu menandatangani kontrak selama empat tahun dengan nilai £44 juta (RM215 juta)