KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Isnin, 21 Februari 2011

Saya tak boleh tidur lena

John Arne Riise kecewa.

Bek Roma, John Arne Riise sekali lagi menyatakan kekecewaannya di atas kesalahan yang menyebabkan gol ketiga Shakhtar Donetsk di Liga Juara-juara pada Rabu malam.

Bek kiri itu jatuh dan menyebabkan situasi bahaya di kawasan gol sendiri sekaligus membenarkan Luiz Adriano menjaringkan gol menjelang akhir babak pertama.

"Saya pulang ke apartmen dan berasa bersalah, tapi saya harus luahkan perasaan saya. Terdapat beberapa minit yang sukar untuk ditelan selepas perlawanan," jelasnya di blog peribadi.

"Kesalahan itu secara dasarnya amat sukar untuk diterima. Saya tak bernasib baik dan terjatuh, kehilangan bola yang membolehkan mereka membuat jaringan. Saya tak tidur semalam, sukar dari segi mental. Tapi seperti biasa, saya tak boleh biarkan satu kesalahan itu merosakkan segala-galanya."

"Pasukan ini akan melalui tempoh sukar, kami rasa seperti segalanya serba tak kena."

Giallorossi ketinggalan di belakang kelab Ukraine itu dengan keputusan 3-2 secara agregat selepas leg pertama di Stadium Olimpico.

Dzeko akan ambik masa untuk menyinar

Dzeko masih belum menemui prestasi terbaiknya.

Steve McClaren telah mengingatkan Roberto Mancini bahawa beliau akan menunggu masa yang lama untuk melihat prestasi terbaik rekrut £27 juta, Edin Dzeko.

Pengurus Manchester City, Mancini menggesa Edin Dzeko – yang hanya menjaringkan satu gol dari tujuh penampilan City – untuk meningkatkan tahap permainannya selepas keputusan seri 0-0 mengecewakan di  Aris Salonika minggu ini.

Namun bekas bos England, McClaren, yang menguruskan penyerang Bosnia tersebut di  Wolfsburg, memberitahu: "Ia akan mengambil masa untuk beliau sedar.

"Anda mungkin akan melihat yang terbaik dari Dzeko musim hadapan."

Nasib Chelsea semakin malang


PARA pemain Chelsea tidak dapat menahan kesedihan selepas tewas kepada Everton pada aksi pusingan keempat Piala FA kelmarin.


LONDON - Carlo Ancelotti menegaskan Chelsea perlu memenangi gelaran Liga Juara-Juara bagi menyelamatkan maruah pasukan itu dalam kempen musim ini.
Ancelotti mengeluarkan kenyataan itu selepas skuad The Blues tersingkir daripada saingan Piala FA apabila tewas kepada Everton pada aksi pusingan keempat kelmarin.
Kekalahan itu turut menyaksikan Chelsea gagal dalam usaha mereka untuk mempertahankan trofi Piala FA buat kali ketiga berturut-turut.
Pada aksi yang berlangsung di Stamford Bridge itu, anak-anak buah Ancelotti tidak bernasib baik apabila tewas 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga tamat masa tambahan.
Dalam saingan Liga Perdana England pula, Chelsea ternyata sukar untuk mempertahankan trofi yang dimenangi mereka musim lalu apabila sekadar menghuni tangga kelima dengan mengumpul 45 mata, 12 mata dibelakang pendahulu, Manchester United.
Justeru, Chelsea sudah tidak mempunyai pilihan selain muncul juara dalam saingan Liga Juara-Juara bagi mengelakkan mereka mengakhiri saingan musim ini dengan tangan kosong.
Segala-galanya bakal bermula buat The Blues apabila mereka berdepan kelab Denmark, FC Copenhagen pada aksi pertama pusingan kedua Liga Juara-Juara di Stadium Parken Stadion awal pagi Rabu ini.
"Kini, kami (Chelsea) perlu memikirkan mengenai masa depan kami. Kami perlu menggunakan beberapa hari ini untuk kembali berada pada prestasi terbaik sebelum turun menentang Copenhagen.
"Saya merasakan kami mempunyai masa yang cukup untuk berbuat demikian biarpun ia agak sukar tetapi saya yakin kami mampu melakukannya.
"Kami perlu segera melupakan kekalahan ini kerana kami mempunyai beberapa perlawanan penting dalam masa terdekat ini. Kami harus segera bersedia daripada aspek mental dan fizikal," kata pengurus Chelsea itu.
Bintang baru Chelsea, Fernando Torres yang diketepikan pada aksi menentang Everton kelmarin dijangka akan diturunkan dalam kesebelasan utama skuad The Blues apabila berdepan Copenhagen.
Selepas perlawanan menentang Copenhagen, Chelsea ada satu lagi perlawanan penting iaitu menentang United pada 1 Mac depan dalam aksi liga dan Ancelotti berharap anak-anak buahnya dapat beraksi pada tahap prestasi sebenar mereka pada kedua-dua perlawanan tersebut.
"Pada aksi menentang Copenhagen, kami akan menggunakan khidmat Torres dan secara teknikalnya kami berpeluang untuk menjaringkan banyak gol dengan kehadiran pemain itu.
"Bagi saingan Liga Perdana England pula, saya fikir kami mampu mengakhiri saingan musim ini di tangga keempat.
"Ia bukan situasi yang mudah buat kami ketika ini kerana kami perlu berdepan beberapa perlawanan yang sukar namun ia baik buat kami untuk sentiasa fokus dalam setiap perlawanan," ujar Ancelotti. - AFP