KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Sabtu, 26 Februari 2011

Kuyt penyelamat maruah Liverpool


KUYT meledak gol tunggal kemenangan Liverpool ketika menentang Sparta Prague pagi semalam.


LIVERPOOL - Tandukan Dirk Kuyt membolehkan Liverpool menewaskan Sparta Prague 1-0 pada aksi kedua pusingan kedua Liga Europa di Anfield awal pagi semalam.
Kuyt melakukan tandukan tersebut pada minit ke-86 hasil sepakan sudut Raul Meireles.
Dengan kemenangan tipis itu, Liverpool mara ke pusingan ketiga dengan agregat 1-0 untuk menempah pertemuan dengan Braga yang menyingkirkan Lech Poznan.
"Kami terpaksa menunggu lama tetapi jaringan 1-0 sudah cukup untuk memboleh- kan kami mara ke pusingan seterusnya. Kami cukup gembira.
"Ternyata ia satu perlawanan yang cukup sukar. Kami sepatutnya mampu membunuh perlawanan lebih awal. Tetapi mujur pada akhirnya kami muncul juga sebagai peme- nang," kata Kuyt.
Pasukan pelawat dari Republik Czech itu berjaya menampilkan suatu persembahan yang menarik tetapi mereka gagal mencipta banyak peluang berbanding Liverpool.
Kuyt yang bekerja keras sepanjang perlawanan akhirnya memperoleh jaringan tersebut setelah dia berjaya melepasi kawalan pemain lawan dan melakukan tandukan yang terus menerjah jaring gol.
"Saya rasa kami memang berhak untuk menang perlawanan ini. Kami memiliki banyak peluang tetapi tidak memanfaatkannya.
"Bagaimanapun, para pemain tetap wajar diberi pujian kerana mereka telah beraksi dengan baik dan mempamerkan kesunggu- han untuk meraih kemenangan," kata pengurus Liverpool, Kenny Dalglish.
Liga Europa merupakan trofi terakhir yang masih diburu Liverpool musim ini setelah mereka tersingkir pada Piala FA dan Piala Liga serta hanya menduduki tangga keenam Liga Perdana England ketika ini

United congak langkah



VIDIC berharap rakan-rakan sepasukannya fokus bagi menghadapi tiga perlawanan genting bermula aksi menentang Wigan malam ini.


MANCHESTER - Kapten Manchester United, Nemanja Vidic menganggap tiga aksi yang perlu diharungi selepas ini bakal menjadi penentu hala tuju skuad The Red Devils bermula dengan pertemuan menentang Wigan di tempat lawan malam ini.
United kini masih berada di tangga teratas Liga Perdana England dengan hanya kelebihan satu mata setelah Arsenal berjaya mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Stoke City pada awal pagi kelmarin.
Skuad bimbingan Alex Ferguson itu pula baru sahaja diikat tanpa jaringan oleh Marseille pada aksi pertama pusingan kedua Liga Juara-Juara awal pagi kelmarin.
Namun, Arsenal yang sudah beraksi lebih satu perlawanan tidak akan turun beraksi minggu ini kerana mereka terlibat dengan final Piala Liga menentang Birmingham City malam esok.
Justeru, kemenangan ke atas Wigan mampu meletak semula United pada kedudukan selesa dengan jurang empat mata berbanding Arsenal.
Menurut Vidic, United kini berada pada kedudukan genting apabila berdepan tiga pertemuan penting menentang Wigan malam ini diikuti Chelsea (awal pagi Rabu) dan seterusnya Liverpool pada Ahad depan.
"Saya tidak mahu lagi memikirkan aksi bertemu Marseille. Kami menghadapi perlawanan penting dengan Wigan dan saya yakin tiga mata penuh mampu diraih.
"Kami perlu mula fokus dari satu perlawanan ke satu perlawanan kerana jika sembilan mata penuh berjaya dikumpul daripada tiga perlawanan ini, kami akan bertemu Marseille sekali lagi dengan keyakinan tinggi," kata Vidic.
Ryan Giggs kembali dari- pada kecederaan tetapi Rio Ferdinand dan Jonny Evans hanya boleh diturunkan apabila bertemu Chelsea.
Tiga lagi tonggak United yang masih cedera ialah Anderson, Antonio Valencia dan Park Ji-sung. 

Chelsea tidak mahu pulang tangan kosong



CECH membakar semangat rakan-rakan sepasukannya untuk memburu trofi Liga Juara-Juara musim ini.


LONDON - Penjaga gol Chelsea, Petr Cech menegas- kan bahawa skuad The Blues tidak mahu mengakhiri saingan musim ini dengan tangan kosong.
Selepas misi untuk mempertahankan kejuaraan Liga Perdana England dan Piala FA musim lalu gagal, Chelsea hanya ada satu peluang sahaja lagi untuk menjulang trofi kejuaraan.
Ketika ini, prestasi anak-anak buah Ancelotti dalam saingan Liga Juara-Juara tampak lebih konsisten jika dibandingkan dengan saingan liga domestik.
Buktinya, skuad The Blues hanya selangkah sahaja lagi untuk mara ke peringkat suku akhir selepas ber- jaya mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas FC Copen- hagen pada aksi pertama pusingan kedua Liga Juara- Juara.
"Saingan Liga Juara-Juara merupakan motivasi terbaik buat kami. Apabila kamu tidak beraksi dengan baik dan reaksinya sudah pastilah tidak baik.
"Contohnya seperti minggu lalu, apabila kami tersingkir daripada saingan Piala FA dan ia bukan me- rupakan keputusan yang kami mahukan.
"Sebab itu, saingan Liga Juara-Juara adalah matla- mat utama kami ketika ini.
"Lagipun Chelsea masih belum pernah memenangi gelaran juara Liga Juara-Juara dan kami mahu me- realisasikannya musim ini," jelas Cech.
Dalam saingan liga domestik pula, Chelsea kini menghuni tangga kelima dengan mengumpul 45 mata, 12 mata di belakang Manchester United.
United dijadual berkunjung ke Stamford Bridge bagi berdepan Chelsea dalam saingan liga awal pagi Rabu depan.
"Kami ada beberapa hari lagi untuk melakukan per- siapan sebelum turun menentang United dan kami sudah pasti akan cuba sedaya upaya untuk merapat- kan jurang mata dengan mereka," kata Cech. - Agensi

Kedah, Kelantan sama handal




BADDROL (tengah) berjaya melepasi halangan dua pemain Kelantan pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam tadi.


KEDAH gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri apabila sekadar mencatat keputusan seri 1-1 dengan peneraju Liga Super, Kelan- tan di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam tadi.
Keputusan itu ternyata melegakan Kelantan yang masih mengekalkan rekod tanpa kalah setelah mengharungi lima perlawanan.
Sebaliknya, Kedah yang terus buntu menambah koleksi keme- nangan di gelanggang keramat mereka harus mencari ramuan mujarab untuk mencari kejayaan selepas ini.
Permainan menarik ditunjukkan kedua-dua pasukan dengan Kedah mahu meraih tiga mata penuh manakala Kelantan pula ingin mengekalkan reputasi sebagai peneraju liga.
Bagaimanapun, Kedah terlebih dahulu menghasilkan gol menerusi Azlan Ismail pada minit ke-57 sebelum dibalas Kelantan menerusi Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-79.
Sebelum itu, pasukan pelawat mencemaskan penyokong tuan rumah apabila sepakan S. Chanturu dari luar kotak penalti terkena palang ketika penjaga gol Kedah, Abdul Hadi Hamid sudah tertewas.
Kelantan yang menguasai babak pertama terus memberi tekanan kepada skuad Kenari dan hampir memperoleh gol pembukaan, namun sepakan Chanturu sekadar melintasi gawang tuan rumah pada minit ke-35.
Kedah yang mahu mencari gol awal terus menggandakan usaha, namun sepakan Baddrol Bakhtiar ke sebe- lah kiri gawang pelawat pada minit ke-37 dihampakan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat.
Memasuki babak kedua, Kedah hampir menceriakan kira-kira 8,000 penyokong mereka apabila Azlan berjaya meloloskan diri daripada tiga pertahanan lawan, namun sepakan lemahnya sekadar singgah ke dakapan Khairul Fahmi pada minit ke-53.
Usaha pemain tuan rumah yang terus menggandakan asakan akhirnya membuahkan hasil menerusi jaringan Azlan yang menerima hantaran dari- pada Baddrol.
Barisan benteng Kelantan terperangkap dengan kelicikan Azlan yang berjaya meloloskan diri di antara empat pertahanan lawan sebelum bola sepakannya menerjah gawang.
Keceriaan penyokong tuan rumah tidak berpanjangan apabila Norshahrul menyumbat masuk gol penyamaan pada minit ke-79.