KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Sabtu, 14 Ogos 2010

Ujian pertama Mancini bermula


MANCHESTER, England - Tugas berat menanti Roberto Mancini apabila Manchester City berkunjung ke Totten- ham Hotspur pada aksi sulung Liga Perdana England malam ini.

Kemampuan pengurus kelahiran Itali itu dijangka menjadi tumpuan terutama tentang bagaimana beliau akan meren- canakan barisan pemain bintang yang dibeli City sejak dua musim lalu.

Jika City tewas, ia pastinya memberi tamparan hebat kepada Mancini, namun andai kemenangan yang dicipta, perbelanjaan membeli pemain yang kesemuanya berjumlah £80 juta (RM400 juta) pasti dianggap berbaloi - buat seketika.

Spurs adalah pasukan yang menyingkirkan City ke tangga kelima liga musim lalu dalam saingan merebut tiket ke Liga Juara-Juara musim ini.

Namun dengan wajah berbeza kali ini, City tiada alasan untuk kalah kepada Spurs lagi walaupun dikatakan tidak mampu menurunkan kesemua pemain bintang yang dibeli.

"Kami tidak dapat mengumpul pemain bersama kecuali baru-baru ini sahaja. Ramai yang bermain di Piala Dunia, jadi sebahagian mereka baru sahaja kembali daripada berehat panjang.

"Masalah besar apabila minggu ini mereka beraksi lagi untuk negara masing-masing. Jadi sukar untuk saya mendapatkan semua pemain dalam satu masa, mungkin untuk tempoh 20 hari akan datang," tegasnya.

Antara pemain yang baru kembali daripada tugas antarabangsa termasuk tiga daripada empat pemain bintang mereka iaitu David Silva (Sepanyol), Yaya Toure (Ivory Coast) dan Jerome Boateng (Jerman).

Namun, Mancini boleh juga mencuba khidmat dua lagi pemain baru dalam perlawanan menentang Spurs nanti iaitu James Milner yang dibeli dari Aston Villa dan Aleksander Kolarov.

Dengan penjaga gawang menjadi rebutan antara Shay Given dan Joe Hart, barisan depan hampir pasti bakal diketuai Carlos Tevez.

Nama lain seperti Micah Richards, Patrick Vieira, Shaun Wright-Phillips, Craig Bellamy, Robinho dan Emmanuel Adebayor kemungkinan besar tiada dalam strategi Mancini.

Di kem Spurs, pengurus Harry Red- knapp sedar dengan ujian yang bakal mereka hadapi tetapi bersedia dengan segala kemungkinan yang berlaku.

"Anda tidak boleh mengelak daripada menghadapi permulaan sukar ini. Kami sedar ancaman besar City dan tidak boleh tidak perlu bersedia menghadapinya.

"Dengan bermain di tempat sendiri, seperti City kami juga mengimpikan permulaan baik tetapi ia bukan mudah,

Balotelli hampiri Manchester City


BALOTELLI dijangka memulakan
aksi sulungnya bersama City
pada 23 Ogos ini.


LONDON - Penyerang Inter Milan, Mario Balotelli se makin hampir menjadi milik Manchester City.

Ejen Balotelli, Mino Raiola percaya perbincangan mengenai perpindahan penyerang muda Itali itu ke Eastlands bakal ditamatkan dalam tempoh terdekat.

Sebelum ini, spekulasi mengenai perpindahan Balo- telli hangat diperkatakan apabila dia dijangka kembali berada di bawah kendalian Roberto Mancini yang per- nah membimbing Inter Milan pada 2006.

"Ada perkembangan positif mengenai perpindahan Balotelli ke City. Itu saya yakin.

"Jadi... saya optimis perbincangan tersebut bakal di- tamatkan dalam masa terdekat tetapi ia tidak bergantung kepada saya seorang sahaja," jelas Raiola.

Raiola percaya Balotelli dijangka memulakan aksi sulungnya bersama City pada 23 Ogos depan ketika perlawanan menentang Liverpool.

"Bagi saya ia merupakan waktu yang tepat buat Ba- lotelli berada di sana (Eastlands) tetapi seperti yang saya katakan ia tidak hanya bergantung kepada saya seorang sahaja.

"Masih belum ada kata putus mengenai perpindahan tersebut dan saya tidak boleh memberi sebarang jami- nan.

"Yang pasti, matlamat utama kami adalah untuk me- namatkan perbincangan secepat mungkin," katanya. - Agensi


Ibrahimovic bakal lakar sejarah baru


LONDON - Manchester City telah menawarkan Zlatan Ibrahimovic kontrak empat tahun bernilai £96 juta (RM476 juta) dengan gaji hampir £500,000 (RM2.5 juta) seminggu.

Kontrak lumayan tersebut bakal menyaksikan penyerang Barcelona itu menerima bayaran paling mahal di dunia dengan pendapatan £24 juta (RM119 juta) setahun.

Jumlah itu sekali gus mengatasi pendapatan pemain bintang yang lain seperti penyerang Barca, Lionel Messi serta dua tonggak Real Madrid, Cristiano Ronaldo dan Kaka.

Wakil City telah mengemukakan tawaran tersebut secara terus kepada pengurus Ibrahimovic, Mino Raiola bagi menunjukkan kesungguhan mereka mendapatkan pemain kebangsaan Sweden itu.

Tawaran besar itu juga adalah lebih banyak daripada pendapatan 11 juta euro (RM45 juta) setahun yang diterima Ibrahimovic di Nou Camp.

Ibrahimovic kurang gembira di Barcelona meskipun baru menyertai kelab Sepanyol itu musim lepas dengan harga 50 juta euro (RM204 juta) yang mana turut menyaksikan perpindahan Samuel Eto'o dari Barcelona ke Inter Milan.

Penyerang yang suka berahsia itu berselisih faham dengan jurulatih Barca, Pep Guardiola, Februari lepas dan sehingga kini hubungan kedua-duanya masih renggang.

Ibrahimovic dikatakan bengang kerana jarang diturunkan dalam skuad utama serta berselisih pendapat dengan jurulatih tersebut mengenai gaya permainan Barca.

Jadi, peluang untuk membina semula kariernya bersama sebuah kelab baru yang mahu memberi saingan di Eropah, dilihat satu tawaran yang menarik buat Ibrahimovic terutama dengan jumlah gaji yang ditawarkan.

Dia juga pernah bermain di bawah bimbingan pengurus City, Roberto Mancini di Inter Milan.

Sumber yang rapat dengan Ibrahi- movic berkata: "Idea untuk berpindah ke sebuah kelab yang mahu mengukir sejarah baru dalam saingan Eropah sudah pasti sesuatu yang menarik minatnya.

"City perlu mendapat persetujuan dengan Barcelona dahulu sebelum ia dapat diteruskan lebih lanjut. Diharapkan ia dapat dilakukan secepat mungkin."

Penyerang Brazil yang kurang gembira di City, Robinho mungkin akan berpindah ke Barcelona sebagai pertukaran dalam perjanjian tersebut.