KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Ahad, 26 September 2010

Young jelmaan Owen - Houllier



YOUNG antara tonggak Villa sejak beberapa musim lalu.


LONDON - Pengurus baru Aston Villa, Gerrard Houllier percaya Ashley Young mampu menjadi seperti bekas penyerang England, Michael Owen.

Kenyataan Houllier itu hadir selepas dia menyaksikan persembahan menakjubkan Young ketika membantu Villa menewaskan Blackburn Rovers dalam saingan Piala Liga Rabu lalu.

Justeru, Houllier yang juga bekas pengurus Liverpool tidak akan teragak-agak untuk menawarkan kontrak baru kepada bintang muda England itu.

"Saya lihat persembahan yang dipamerkan Young tidak ubah seperti Owen.

"Dia tidak beraksi seperti Steven Gerrard dan dia memang tidak mempunyai saiz tubuh badan yang sama dengan kapten Liverpool itu. Aksinya lebih sama dengan Owen.

"Young mampu melakukan jaringan, membantu rakan-rakan yang lain menjaringkan gol dan yang paling penting, dia boleh berlari dengan pantas.

"Ini kerana, pemain bola sepak moden tidak akan sesekali sekadar menunggu bola sampai di kaki mereka," jelas Houllier.

Terdahulu, Houllier kini sah menjadi milik Villa selepas dia secara rasminya telah menandatangani kontrak selama tiga tahun untuk berada di Villa Park

Situasi Rooney bikin Ferguson resah


FERGUSON (kanan) masih menyandarkan harapan kepada Rooney bagi mengetuai jentera serangan United musim ini.


MANCHESTER - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson tidak dapat menyembunyikan kebimbangannya menjelang aksi Liga Perdana England menentang Bolton Wanderers malam ini.

Kebimbangan Ferguson sudah pasti terhadap masalah peribadi yang melanda ayam tambatannya, Wayne Rooney yang dianggap mampu menjejaskan prestasi penyerang antarabangsa England itu sendiri.

Rooney, 24, kini menjadi perhatian media-media di Britain ekoran skandal seksnya bersama beberapa orang pelacur sehingga dilihat bakal meruntuhkan rumah tangga yang dibinanya bersama isteri, Coleen.

Sebagai rekod, Rooney hanya mampu meledak dua gol buat The Red Devils dalam lima perlawanan awal liga musim ini.

Disebabkan itu, Ferguson bimbang sekiranya Rooney terus dihimpit masalah yang sama, ia bakal menjejaskan rentak permainannya, sekali gus gagal membantu United untuk mencipta lebih banyak kemenangan.

"Saya tidak percaya dia (Rooney) mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi berkaitan dengan masalah yang dihadapinya ketika ini.

"Namun Rooney kini telah sedar dia mempunyai tanggungjawab sebagai seorang pemain bola sepak profesional.

"Dia telah melalui bagaimana rasanya apabila sentiasa menjadi perhatian pihak media berhubung masalah yang langsung tidak berkaitan dengan bola sepak.

"Saya tidak fikir dia mampu melarikan diri daripada perkara tersebut dalam masa terdekat," jelas Ferguson.

Anak-anak buah Ferguson bakal berkunjung ke Stadium Reebok bagi mencari kemenangan keempat selepas tampil cemerlang ketika menewaskan musuh tradisi, Liverpool 3-2 di Old Trafford Ahad lalu.

Dalam pada itu, kem United kini menerima perkhabaran gembira selepas perancang, Owen Hargreaves dilaporkan telah kembali pulih daripada masalah kecederaan yang dialaminya dan kini sedia untuk diturunkan.

Sebelum ini, masa depan Hargreaves bersama The Red Devilsmenjadi persoalan selepas dia terpaksa diketepikan untuk dua musim ekoran masalah kecederaan lutut sehingga memaksa dia menjalani pembedahan sebanyak dua kali.

"Hargreaves telah kembali menjalani latihan bersama kami semalam (kelmarin) dan dia dilihat berada dalam keadaan baik.

"Selepas menyaksikan dia menjalani latihan, saya percaya jika dia berjaya meneruskan rentak sedemikian, ia bakal memeningkan kepala saya untuk memilih barisan pemain dalam kesebelasan utama. Itu pasti

Chelsea malu besar


TEVEZ meraikan jaringannya pada pertemuan menentang Chelsea malam tadi. Manchester City menang 1-0.


LONDON – Rekod bersih Chelsea dalam kempen Liga Perdana England akhirnya tercalar.

Semuanya gara-gara kekalahan 0-1 kepada Manchester City di Stadium Manchester of City malam tadi.

Sebelum perlawanan bermula, Chelsea tampil dengan reputasi tinggi apabila mencipta lima kemenangan berturut-turut serta merekodkan 21 gol.

Beberapa pasukan kerdil seperti West Bromwich Albion, Wigan Athletic, Blackpool, West Ham United, Stoke City menjadi mangsa belasahan skuad The Blues itu.

Bagaimanapun, aksi Chelsea ketika berdepan dengan skuad bimbingan Roberto Mancini itu ibarat pertembungan buku bertemu ruas.

Segala-galanya seperti tidak menjadi buat barisan kendalian Carlo Ancelotti itu sepanjang 90 minit perlawanan berlangsung.

Carlos Tevez sekali lagi menjadi ‘duri dalam daging’ buat Chelsea apabila dia meledak gol kemenangan City pada minit ke-59.

Sementara itu, Arsenal dikejutkan dengan kekalahan 2-3 kepada West Bromwich di Stadium Emirates.

Peter Odemwingie, Gonzalo Jara dan Jerome Thomas masing-masing menyumbang satu gol buat West Bromwich manakala perancang Arsenal, Samir Nasri meledak dua gol.

Liverpool pula terus dirundung malang apabila sekadar mencatatkan keputusan seri 2-2 dengan Sunderland di Anfield.

Darrent Bent menjaringkan dua gol buat pasukan pelawat sementara dua gol Liverpool dihasilkan menerusi Dirk Kuyt dan Steven Gerrard.

Tottenham Hotspur turut kempunan mencipta kemenangan apabila tewas 0-1 kepada West Ham hasil jaringan tunggal Frederic Piquionne di Upton Park