KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Selasa, 17 Ogos 2010

Reina pasti paling kecewa



REINA tertolak masuk bola ke gawang sendiri selepas gagal menangkap kemas percubaan Chamakh kelmarin.


LONDON - Penjaga gol Liverpool, Pepe Reina pasti tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewa selepas melakukan kesilapan pada aksi sulung Liga Perdana England menentang Arsenal kelmarin.

Pada perlawanan yang berkesuda- han seri 1-1 itu, Reina tertolak masuk bola ke gawang sendiri selepas gagal menangkap kemas percubaan penyerang Arsenal, Maroune Chamakh.

Keputusan itu turut menghalang usaha Liverpool untuk merekodkan kemenangan sulung musim ini.

Sebelum itu, skuad The Reds telah menerima tamparan hebat apabila pemain sayap, Joe Cole dilayangkan kad merah selepas melakukan terja- han keras ke atas tonggak pertaha- nan Arsenal, Laurent Koscielny.

"Perkara ini ternyata sukar untuk diterima oleh Reina. Dia (Reina) seorang pemain profesional yang sentiasa yakin terhadap kemampuan dirinya dan juga pasukan.

"Reina sebenarnya telah mengala- mi kecederaan bahu sebelum ini tetapi mampu kembali pulih dengan cepat daripada apa yang kami (Liverpool) jangkakan.

"Begitupun, apa yang kurang baiknya mengenai persembahan Reina hari ini (kelmarin) adalah dia sepa- tutnya menepis bola itu keluar dan bukannya cuba menangkap bola tersebut," jelas pengurus Liverpool, Roy Hodgson.

Pada aksi yang berlangsung di Anfield itu, Liverpool terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi David Ngog sejurus babak kedua bersambung sebelum Arsenal memperoleh gol penyamaan pada minit ke-90.

Sementara itu, tonggak berpengalaman Liverpool, Jamie Carragher berkata: "Ia tetap akan menjadi sukar buat satu-satu pasukan itu biarpun beraksi dengan 11 pemain.

"Apa-apa pun, Reina masih merupakan salah seorang penjaga gol terbaik dunia dan dia juga telah me- raih anugerah pemain terbaik sepanjang tahun Liverpool musim lalu.

"Ia memang mengecewakan tetapi sekurang-kurangnya kami mampu mengutip satu mata,

celotti sasar gelaran berganda


ANCELOTTI (kanan) optimis Chelsea mampu meraih kejuaraan berganda musim ini.


LONDON - Carlo Ancelotti optimis Chelsea mampu meraih kejuaraan berganda sekali lagi musim ini.

Musim lalu, skuad The Blues berada pada kelas tersendiri apabila merangkul gelaran juara Liga Perdana England dan Piala FA.

Manakala awal pagi Ahad lalu, anak-anak buah Ancelotti seakan-akan mahu memberi amaran awal kepada pencabar terdekat, Manchester United apabila membelasah West Bromwich Albion 6-0 pada perlawa- nan pertama liga di Stamford Bridge.

"Matlamat utama kami (Chelsea) adalah untuk mempamerkan persembahan lebih baik berbanding musim lalu.

"Kami memulakan aksi liga musim ini dengan baik apabila pemain-pemain menunjukkan tahap keyakinan yang tinggi.

"Sebab itu, saya percaya kami mampu melangkah lebih jauh musim ini," jelas An- celotti.

Chelsea bakal berdepan Wigan Atletic, Stoke City, West Ham United dan Black- pool pada aksi seterusnya.

Justeru, Ancelotti percaya mereka mampu mempertahankan kejuaraan musim ini sekiranya berjaya mencatatkan kemenangan dalam kesemua perlawanan awal mereka.

"Musim lalu kami bermula sangat baik. Kami berjaya memenangi enam perlawanan awal dan itu bakal menjadi kunci utama kejayaan kami," katanya

Spurs bakal cipta sejarah


REDKNAPP (tengah) mencipta satu lagi kejayaan dalam karier apabila berjaya membawa Spurs ke saingan playoff Liga Juara-Juara.


PARIS - Harry Redknapp bakal mencipta satu lagi kejayaan dalam karier sebagai pengurus apabila membawa Tottenham Hot- spur (Spurs) beraksi pada saingan playoff Liga Juara- Juara.

Awal pagi esok, Spurs akan beraksi buat pertama kalinya dalam sejarah apabila menentang kelab Switzerland, Young Boys.

Musim lalu, Redknapp berjaya mengemudi Spurs dengan cemerlang sehingga berjaya membantu pasukan tersebut menduduki tangga keempat Liga Perdana England dan layak ke saingan playoffkejohanan berprestij di Eropah itu.

"Sekurang-kurangnya saya boleh memberitahu cucu saya yang kami berjaya menduduki tempat keempat selepas setahun saya membimbing Spurs dan kami layak ke saingan Liga Juara-Juara," kata Redknapp.

Bagi memastikan Spurs berjaya meneruskan cabaran pada saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara musim ini, Redknapp perlu menyingkirkan Young Boys pada aksi timbal balik perlawanan play- off itu.

Begitupun, jika dilihat kepada persembahan Spurs ketika seri tanpa jaringan menentang Manchester City, Sabtu lalu yang dinafikan kehebatan penjaga gol lawan, Joe Hart, ternyata anak-anak buah Redknapp tidak menghadapi masalah untuk mengetepikan kelab Switzerland itu.

Sementara itu, pertemuan dengan Spurs bakal memberi makna cukup besar buat pemain pertahanan Young Boys, Scott Sut- ter yang membesar di London dan pernah membeli tiket bermusim menonton perlawanan di White Hart Lane.

"Sangat mengujakan ketika saya menonton majlis undian bersama ayah apabila nama pertama yang diundi bertemu ialah pasukan kami dan Spurs.

"Saya terus melompat gembira kerana dapat bertemu kelab yang saya sokong dahulu dan akhirnya saya dapat juga beraksi di White Hart Lane. Tiada yang lebih gembira daripada itu," kata Sutter.

Dengan 10 slot menjadi rebutan bermula awal pagi esok, Spurs tidak bersendirian untuk memburu tempat ke saingan peringkat kumpulan.

Turut akan beraksi ialah Ajax, Rosenborg, Sparta Prague dan juga juara Piala UEFA 2008, Zenit-St Petersburg