KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Sabtu, 23 Oktober 2010

Provokasi, diskriminasi, punca keganasan.

Dalam dua tahun kebelakangan ini, pasukan Kelantan dilihat telah mengubah landskap bola sepak tanah air dengan pelbagai pembaharuan telah di buat dari segi pegurusan, pemain sehinggalah kepada gelombang kebangkitan para penyokong fanatik pasukan kelantan. Setelah pasukan ini layak bermain di liga paling elit di Malaysia iaitu liga Super, pihak pengurusan telah membuat perubahan secara total dengan mengubah lambang pasukan dengan gaya yang lebih menarik, [membuat satu " branding " baru utuk pasukan dengan menggelarkan pasukan ini dengan nama The Red Warriors. pihak pengurusan bola sepak Kelantan (Kafa) juga telah membeli pemain-pemain ternama tanah air seperti Indra Putra Mahayuddin, Daud Su Jamaluddin, Nor Farhan Mohammad untuk memperkuatkan pasukan dalam mengharungi saingan liga domestik. pelaburan yang dibuat dilihat berbaloi dengan kejayaan pasukan The Red Warriors berjaya melangkah ke perlawanan akhir dalam siri pertandingan Piala Fa dan Piala Malaysia 2009. Kejayaan melangkah ke pentas final sudah lama dinantikan oleh pasukan kelantan kerana 40 tahun pasukan ini tidak melangkah ke pentas final, maka kejayaan ini harus di hargai oleh semua pihak terutamanya para penyokong fanatik wira merah ini.

Para penyokong The Red Warriors harus dipuji kerana sentiasa berdiri teguh di belakang pasukan kelantan walau apa keputusan dicapai dalam setiap perlawanan. Kegilaan penyokong fanatik ini bukan lah baru bermula seiring dengan pasukan Kelantan " baru " ini, namun kelab penyokong ini telah lama wujud dan sentiasa berdiri teguh memberi sokongan padu kepada pasukan kesayanagn mereka. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa penyokong fanatik Kelantan ini boleh disamakan seperti penyokong fanatik Manchester United. Cuba kita bayangkan setiap kali perlawanan yang berlangsung di stadium Sultan Muhammad ke IV, setiap inci tempat duduk mesti terisi dengan penonton yang dengan bangganya meletakkan lambang pasukan di dada-dada bidang masing-masing, pada hari perlawanan, perkarangan stadium akan dilimpahi oleh para tentera merah ini dengan menggayakan pelbagai fesyen ' bersahaja '. Suasana ini sangat menceriakan keadaan seterusnya sedikt sebanyak membantu memeriahkan industri bola sepak tanah air. Suasana ini jarang dilihat di vanue vanue lain selain Kelantan. perkara ini sudah cukup untuk kita semua berterima kasih kepada para Fanatikos ini yang dilihat menjadi pelopor kepada kebangkitan kelab penyokong di negeri-negeri lain. 

Artikel ini dikarang bukan lah bertujuan untuk mengagug-agungkan penyokong Kelantan, namun ia sebagai satu ingatan di saat semua ' senjata ' sedang menghunus pasukan ini dengan pelbagai provokasi, tuduhan, meelabelkan penyokong kelantan sebagai ganas, tidak bertamadun dan pelbagai lagi peluru-peluru pedih yang terpaksa ditelan oleh para fanatikos ini. Memang benar terdapat segelintir peminat yang terlalu agresif menyokong sehingga terkeliru antara memberi sokongan padu dan memberi sokongan secara emosi sehinggan berlaku rusuhan membakar trak polis, pergaduhan melibatkan penyokong Selangor dan kelantan di stadium Shah Alam. Malah lebih perit untuk diterima, ada segelintir penonton yang bertindak liar dengan membakar kerusi stadium Bukit jalil semasa perlawanan akhir Piala Malaysia antara kelantan dan negeri sembilan dimana ada segelintir penyokong tidak dapat menerima kekalahan di tangan Negeri Sembilan sehingga bertindak liar dengan membakar kerusi stadium. perkara ini amat dikesali kerana ia dilihat antara point penting para tentera musuh menyerang tentera merah akibat ' terlalu gila ' menyokong sehingga tersalah tindakan. para penyokong seharusnya berfikir panjang untunk melakukan sesuatu tindakan yang dilihat seperti kebudak-budakan kerana mereka harus ingat setiap tindak tanduk penyokong akan diperhatikan oleh masyarakat, yang sering terkeliru dengan berita-berita salah yang sampai di cuping telingan mereka.

Penyokong kelantan tidak mempunyai kelebihan dari segala aspek, dari segi laporan berita atau apa sahaja, setiap perkara buruk yang berlaku melibatkan pasukan Kelantan, pasti dan pasti, penyokong Kelantan akan dipersalahkan, semua laporan dibuat oleh media-media ' mainstream ' di Malaysia dilihat hanya pandai menyalahkan penyokong kelantan seterusnya melebelkan penyokong kelantan ganas. Malah ' tukang denda ' juga dilihat seperti sewenang-wenangnya mengenakan denda terhadap KAFA akibat ' tuduhan ' peyokong Kelantan yang ganas. Buktinya, di stadium, Sultan Nasaruddin, Terengganu, seorang penyokong peteh masuk ke padang dan menyerang pengadil, pihak Persatuan bola sepak Terengganu hanya didenda dengan RM 6000,00. Di Stadium Utama, kangar Perlis, berpuluh biji kereta dan bas penyokong kelantan dirosakkan, cermin kereta dipecahkan oleh penyokong Perlis, namun tiada tindakan susulan dikenakan kepada pihak Persatuan Bola Sepak Perlis. Di stadium Shah alam, dimana provokasi telah dibuat oleh penyokong Selangor, dan provokasi dari segi susunan penyokong telah membuatkan perlawanan antara kedua-dua penyokong lebih sengit berbanding perlawanan diatas padang. Namun Kelantan sebagai pasukan pelawat pada perlawanan tersebut telah dikenakan denda sebanyak RM50,000, dan banyak lagi kes-kes melibatkan pasukan lain tidak diambil tindakan oleh pihak berwajib seperti berlaku balingan batu di stadium Paroi, Negeri Sembilan antara pasukan Negeri Sembilan dan Johor Fc. 

Para pembaca diharap dapat menilai dengan adil, para penyokong tidak mahukan apa-apa dari mereka, mereka hanya ingin melihat pasukan kesayangan mereka berjaya dalam setiap pertandingan yang disertai. mereka hanya ingin bersorak riang mengiringi kejayaan pasukan walau terpaksa membayar dengan harga yang mahal, mereka tidak mahu mencari gaduh, mereka bukan budak-budak nakal yang sering dilabel oleh pelbagai pihak terutama media. Keganasan tidak akant timbul jika keadilan dapat ditegakkan kepada anak-anak. Sebagai bapa, seharusnya berlaku adil kepada anak-anak tidak kira anak tersebut berlainan fahaman idiologi. Janganlah cuba mengambil kesempatan terhadap kejayaan anak ini mengumpul wang yang banyak dan secara tiba-tiba bapa ingin mengambil sedikit wang daripada anak. Jika ingin menghukum, hukumlah dengan seadilnya mengikut undang-undang yang telah sedia ada, janganlah hukuman tersebut seperti getah, boleh ditarik panajang, boleh ditarik pendek mengikut kemahuan sendiri. Jika benar-benar bersalah, hukumlah, tapi jangan diekploitasi keadaan dimana yang tidak bersalah, dilabel sebagai bersalah, kerana semakin tidak adil anda menghukum para fanatikos ini, selagi itulah, kamu dilihat satu badan yang lemah mentadbir dan selagi itulah mereka akan membeci kamu oleh para penyokong fanatik kelantan.

ini lah kuasa kebal FAM... tak boleh terima kritikan walaupun dengan fakta


Tiada apa yang hendak diharapkan oleh sebuah badan bolasepak seperti FAM yang dirasakan cepat bertindak apabila melibatkan Kelantan dan lambat bertindak apabila melibatkan pasukan lain. Apa sudah jadi kes menghantuk kepala, baling batu di stadium dan pelbagai lagi, adakah sudah dibakul sampahkan?
Tindakan mengenakan hukuman keatas B. Sathianthan di kala perlawanan hanya berbaki 1 atau 2 perlawanan ini amat mendukacitkan para penyokong The Red Warriors yang kini amat mengkagumi percapaian B. Sathianathan. Kenapa hukuman dijatuhkan ketika Kelantan amat memerlukan khidmatnya.

"B. Sathianathan Manusia Buangan FAM, Yang Berjaya Menggilap Pasukan Terbuang Menjadi Pasukan Paling Hebat dan Berjaya Sejarah Malaysia"

B. Sathianathan digantung 6 bulan kerana komen beliau pada FAM berkaitan stadium tuan rumah bagi perlawanan Perlis dan Terengganu semasa TM Liga Super lalu. Komen beliau mengikut fakta yang jelas, sekiranya stadium tuan rumah tidak boleh digunakan maka stadium luar harus dijadikan stadium berkecuali untuk menjadi gelanggang pertarungan.
Lihatlah betapa kebalnya FAM yang tidak boleh dikomen dan dikritik walaupun berdasarkan fakta yang jelas. Isu ini juga boleh dianggap tidak relevan bagi peminat Kelantan menerima hakikat hukuman ini kerana 6 bulan 1 tempoh yang lama.
Kini tugas berat ini terpaksa dipikul penolong jurulatih Kelantan Hashim Mustapha. Mungkin inilah waktunya beliau dapat membuktikan kemampuan beliau mengendalikan anak buah B. Sathianathan sebelum Hashim Mustapha bakal memperolehi sijil kejurulatihan kelas A nanti.
Sama-sama kita doakan ketiadaan B. Sathianathan berhampiran pemain tidak menjejaskan prestasi Kelantan malam ini dan perlawanan akhir sekiranya diberikan kemenangan pada malam ini.




Hari penentuan ke final buat Kelantan, Kedah


BARISAN pemain Kelantan giat menjalani latihan menjelang aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam ini.


MALAM ini akan menjadi hari penentuan buat Kelantan dan Kedah yang akan membuat perhitungan pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu.
Apa yang pasti, Kelantan ada dua misi penting untuk dilaksa- nakan pada perlawanan ini.
Pertama, mereka berazam mengulangi sejarah layak ke perlawanan akhir buat kali kedua berturut -turut dan keduanya untuk membenam Kedah di laman sendiri bagi rekod cemerlang sang Kenari di Stadium Sultan Muhammed IV.
Kedah pernah menewaskan The Red War- riors dalam perlawanan Liga Super 19 Januari lalu dengan jaringan 1-0.
Kekecewaan tewas di tangan gergasi utara itu masih kemas terlekat pada memori para penyokong yang mahu anak-anak buah B. Sa- thianathan membuktikan mereka adalah jaguh sebenar Pantai Timur.
Turun tanpa dua tonggak penting, Azizi Mat Rose dan S. Subramaniam, kem Kelan- tan agak resah, namun kehadiran semula penggempur kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha mungkin mengembalikan keyakinan mereka untuk memburu kemenangan.
Perlawanan di Alor Setar tempoh hari memperlihatkan jentera serangan Kelantan kurang menyengat melalui gandingan Hairu- din Omar dan Akmal Rizal Rakhli selain tiga pertukaran dalam tempoh 15 minit pertama yang telah merencatkan rentak permainan mereka.
Perlawanan fasa kedua peringkat kumpu- lan dan suku akhir adalah ‘benchmark’ kepada Kelantan melalui gandingan Norshahrul dan Akmal Rizal yang menerajui jentera se- rangan Kelantan sehingga berjaya mengha- silkan 13 gol dalam lima perlawanan.
Daripada jumlah tersebut, 11 gol telah di- ledakkan di Kota Bharu dan statistik tersebut seharusnya mengundang resah kepada pemi- nat-peminat setia Kedah terutama buat pengendalinya, Ahmad Yusof.
Selepas seminggu kejayaan membenam dan ‘menghanyutkan’ nama Selangor dari senarai pasukan bertanding dalam Piala Malaysia, penyokong mahu stadium keramat mereka sekali lagi menjadi saksi lakaran kemenangan terus berpihak kepada Kelantan.
Malam ini sekali lagi ‘tentera-tentera merah’ akan membanjiri stadium dan mereka nyata enggan pulang hampa ketika persiapan menuju ke Shah Alam kini sudah pun bermula.
Bagi Sathia, beliau enggan mendabik dada dan lebih selesa sekiranya Kelantan hanya diletakkan selaku underdog, namun tetap op- timis pasukannya itu akan sekali lagi melangkah ke perlawanan akhir 30 Oktober ini.
“Kedah bukan satu pasukan yang mudah buat kita, mereka ada lima pemain kebang- saan dan mereka juga mendapat kembali khidmat dua pemain utama yang digantung sebelum ini. Situasi itu sedikit merisaukan saya.
“Saya percaya pemain-pemain kita sudah siap. Selepas melangkah sampai ke peringkat ini, saya tidak rasa pemain akan memberi laluan mudah kepada Kedah. Peminat setia Kelantan akan sekali lagi menjadi saksi bahawa pasukan mereka berhak ke pentas akhir,” katanya.
Tambahnya, beliau menjangkakan suatu perlawanan sengit akan berlangsung malam ini dan berharap para pemainnya memberikan fokus serta mempamerkan tahap disiplin yang tinggi bagi menjamin keja- yaan.
Jelasnya, percaya pada diri sendiri dan tidak terlalu yakin adalah kekuatan yang mampu menyumbang kejayaan dan melangkah ke perlawanan akhir selepas menewaskan Kedah adalah sesuatu yang sangat manis untuk di kecapi.
“Sebelum ini ramai juga yang tidak yakin kita mampu menewaskan Selangor tetapi pemain telah membuktikan Selangor bukan- lah sebuah pasukan yang boleh menang selalu dan saya mahu pemain melakukan- nya sekali lagi malam esok (malam ini)

Wenger masih tagih kudrat Fabregas



WENGER (kanan) memerlukan khidmat Fabregas 
bagi tempoh beberapa tahun lagi.



LONDON -- Pengurus Arsenal, Arsene Wenger yakin mampu memujuk Cesc Fabregas untuk menyambung kontrak di Emirates.
Fabregas dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona pada musim panas lalu, namun kelab gergasi Sepanyol itu gagal membawanya ke Nou Camp dengan harga £29 juta (RM142 juta).
Walaupun Wenger memahami hajat Fabregas untuk menyarung jersi kelab idamannya itu, namun Wenger menegaskan, perancang Sepanyol itu tetap gembira untuk kekal di Emirates.
"Fabregas seorang pemain yang amat menyayangi kelab ini, percayalah kata saya," jelas Wenger.
"Saya percaya dia mahu memenangi sesuatu bersama kelab ini. Berapa lama lagi, saya tidak pasti tetapi harapnya biarlah untuk beberapa tahun lagi.
"Dia adalah sebahagian daripada potensi kami untuk memenangi kejuaraan dan dia juga penanda aras kepada kemampuan kami pada masa depan.
"Kamu harus faham dia sudah pasti tertarik kepada kelab di mana dia membesar tetapi saya yakin kami mampu mengekalkannya buat beberapa tahun lagi.

Hatrik Adebayor julang City




PARIS - Emmanuel Adebayor (gambar) meledak hatrik untuk membantu Manchester City mencatat kemenangan 3-1 ke atas Lech Poznan pada aksi Liga Europa awal pagi semalam.
Kemenangan itu telah mengukuh- kan kedudukan skuad The Gunners selaku pendahulu Kumpulan A.
Pada aksi di Stadium City of Manchester itu, pengurus City, Roberto Mancini membuat percaturan yang berani apabila menurunkan David Silva dan Shaun Wright-Phillips dalam kesebelasan utama.
Kapten, Carlos Tevez dan James Milner pula diletakkan di bangku simpanan manakala pemain veteran Perancis, Patrick Vieira menggantikan tempat Gareth Barry.
Begitupun, percaturan Mancini itu langsung tidak menjejaskan rentak City seterus menyaksikan Adebayor meledak hatrik.
"Saya berasa sangat gembira dan bangga. Saya berlatih bersungguh-sungguh setiap hari," kata Adebayor.
Terdahulu, Poznan yang seri 3-3 dengan Juventus pada aksi pembukaan Kumpulan A, hampir membuka jaringan menerusi Slawomir Peszko.
Begitupun, Adam Johnson dan Silva bermain dengan baik untuk membantu Adebayor menyumbat gol pertama pada minit ke-13 sebelum penyerang Togo itu menambah gol kedua minit ke-25.
Joel Tshibamba berjaya merapatkan jurang pada minit ke-50 tetapi Adebayor yang juga bekas penyerang Arsenal sekali lagi berjaya menewaskan penjaga gol Poznan, Jasmin Buric untuk melengkapkan hatrik minit ke-73.
Bagaimanapun, Adebayor bakal berdepan satu ujian getir apabila dia berkunjung ke Emirates untuk bertemu bekas kelabnya, Arsenal pada aksi Liga Perdana England.

Rooney kekal di Old Trafford


ROONEY membuat keputusan untuk terus kekal bersama Manchester United.


MANCHESTER - Spekulasi mengenai masa depan Wayne Rooney di Old Trafford akhir- nya terjawab.
Semalam, penyerang sensasi Manchester United itu membuat kejutan apabila menandatangani kontrak baru selama lima tahun.
Sebelum ini, penyerang England itu mencetuskan kontroversi apabila secara terbuka memberitahu dia tidak akan menyambung kontrak asal yang akan tamat pada akhir musim depan.
Rooney membuat keputusan itu selepas tidak yakin dengan kemampuan United merangkul gelaran utama pada masa akan datang.
Keputusan Rooney itu ternyata mengejutkan semua pihak terutama pengurus United, Alex Ferguson.
Begitupun, Rooney telah mengubah fikiran dan menandatangani kontrak baru yang akan menyaksikan dia terus kekal di Old Trafford sehingga musim panas 2015.
"Saya berasa bangga untuk menandatangani perjanjian baru di United," kata Rooney dalam laman web rasmi kelab itu.
"Beberapa hari lalu, saya telah berjumpa dengan pengurus dan pemilik kelab. Mereka menasihati saya supaya membuat keputusan sebaik mungkin.
"Kini saya telah menandatangani perjanjian baru dan yakin sepenuhnya pihak pengurusan, barisan kejurulatihan, lembaga pengarah dan pemilik kelab.
"Saya akan memberi komitmen penuh untuk memastikan United terus mencipta sejarah. Itu adalah alasan utama kekal bersama kelab ini."
Rooney menambah: "Sepanjang minggu lalu, peminat United berasa kecewa dengan apa yang mereka baca dalam akhbar.
"Saya tahu peminat telah menunjukkan sokongan padu kepada saya sejak hari pertama saya menyertai kelab ini dan kini terpulang kepada saya untuk membalasnya."
Sementara itu, Ferguson ternyata menjadi individu paling gembira dengan keputusan Rooney untuk terus kekal di Old Trafford.
Sebelum ini, Rooney menuntut bayaran gaji sebanyak £200,000 (RM985,772) seminggu daripada United.
City pula yang berhasrat melamar Rooney sanggup menawarkan gaji £250,000 (RM1.2 juta) seminggu kepada pemain itu