KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Sabtu, 9 Oktober 2010

Misi terakhir van der Sar


VAN DER SAR dijangka bersara selepas saingan musim ini berakhir.


LONDON - Penjaga gol Manchester United, Edwin van der Sar hampir pasti menamatkan kariernya pada penghujung musim ini. Perkara itu didedahkan sendiri oleh jurulatih penjaga gol United, Eric Steele.
Menurut Steele, bekas penjaga gol No. 1 Belanda itu telah mula memikir- kan mengenai persaraannya selepas mengecapi pelbagai kejayaan terutama ketika beraksi bersama The Red Devils.
Van der Sar, 39, mula menyarung jersi United sejak lima tahun lalu sele- pas dia di bawa masuk ke Old Trafford dari Fulham.
Sepanjang kariernya bersama United, van der Sar telah memenangi tiga trofi Liga Perdana England, Liga Juara-Juara, Piala Liga dan gelaran Kelab- Kelab Dunia.
Begitupun, van der Sar masih belum menjulang kejuaraan Piala FA bersama United.
Disebabkan itu, saingan Piala FA musim ini bakal menjadi keutamaan van der Saar.
"Saya merasakan van der Sar telah memikirkan dengan mendalam mengenai perkara tersebut (persaraan).
"Dia sendiri telah memberitahu kepada saya bahawa ini merupakan musim terakhir buatnya.
"Dia masih belum memenangi gela- ran Piala FA dan itu bakal menjadi ke- utamaannya ketika ini. Dia sudah tidak mempunyai banyak masa lagi," jelas Steele.
Biarpun pengurus United, Alex Ferguson lebih gemar menurunkan penjaga gol simpanan dalam saingan Piala FA, Steele memberitahu yang van der Sar sebenarnya terdesak untuk beraksi.
"Apabila kami melakukan sistem penggiliran dalam menurunkan penjaga gol, van der Sar sudah pasti akan mendesak supaya dia yang diturunkan

Hodgson congak formula baru


LONDON - Pengurus Liverpool, Roy Hodgson sudah mula memikirkan untuk membawa masuk beberapa muka baru ke Anfield pada musim perpindahan Januari depan.
Peluang itu bakal hadir sekiranya skuad The Reds sah menjadi milik New England Sports Ventures (NESV) yang juga merupakan pemilik kelab bola keranjang Amerika Syarikat, Boston Red Sox.
Terdahulu, tawaran bernilai £300 juta (RM1,472.19 bilion) yang dikemukakan NESV menerusi pemiliknya, John Henry bagi mengambil alih kelab Liga Perdana England itu secara dasarnya telah dipersetujui oleh Ahli Lembaga Pengarah Liver- pool.
Disebabkan itu, Hodgson yakin segala urusan pertukaran hak milik akan berjalan dengan lancar, sekali gus membolehkannya mengintai kelibat beberapa pemain bintang bagi memperkuatkan cabaran The Reds.
"Ia adalah suatu perkembangan yang positif dan saya berasa senang dengan perkara tersebut.
"Tidak dinafikan, bukan senang sebenarnya pihak pengurusan kelab mahu membuat keputusan mengenai perkara ini tetapi saya yakin segala-galanya akan berjalan lancar.
"Kami memerlukan beberapa pemain baru kerana ketika ini kami memiliki kelemahan di beberapa posisi.
"Apa yang saya harapkan peminat- peminat Liverpool dapat bersabar dan percaya kami dapat menyelesaikan kekusutan yang melanda dalam masa terdekat," jelas Hodgson lagi.
Sejak mula mengambil alih tugas selaku pengurus daripada Rafael Benitez awal musim ini, nasib ternyata tidak menyebelahi Hodgson yang juga bekas pengurus Fulham.
Beliau terpaksa menyaksikan skuad kendaliannya menduduki kelompok tiga kelab terbawah liga ketika ini selepas sekadar mengumpul enam mata dalam tujuh perlawanan.