KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Isnin, 23 Ogos 2010

Dua gol Eto'o julang Inter Milan

PARA pemain Inter bersorak gembira selepas memenangi trofi Piala Super Itali di San Siro kelmarin dengan menewaskan AS Roma 3-1.


MILAN - Samuel Eto'o meledakkan dua gol untuk membantu Inter Milan menjulang trofi keempat tahun ini selepas menang 3-1 ke atas AS Roma pada aksi Piala Super Itali di San Siro kelmarin.

Penyerang antarabangsa Cameroon itu melakukan jaringan pada minit ke-71 dan 80 selepas Goran Pandev memadamkan gol pembukaan Roma menerusi John Arne Riise pada babak pertama.

Keputusan itu melengkapkan kemenangan bergaya Inter yang sebelum ini telah memenangi trofi Serie A, Piala Itali dan Liga Juara- Juara di bawah bimbingan bekas jurulatih, Jose Mourinho.

Pertemuan untuk aksi Piala Super biasanya antara juara Serie A dan Piala Itali tetapi Inter memenangi kedua-dua gelaran itu, jadi Roma mengambil tempat sele- pas mereka menduduki tangga kedua liga domestik musim lalu.

"Saya sangat gembira. Kami mempamerkan watak sebenar selepas gawang kami dibolosi," kata pengurus baru Inter, Rafael Beni- tez.

"Jelas sekali, hari ini (kelmarin) adalah perlawanan rasmi pertama kami dan ia bukan mudah untuk kami kerana beberapa pemain kembali agak lewat ke kelab (selepas Piala Dunia 2010).

"Perkara yang paling penting malam ini (kelmarin) adalah reaksi pasukan."

Pengurus Roma, Claudio Ranieri berang selepas skuad bimbingannya memberi ruang kepada Inter untuk bangkit meskipun mereka mendahului dengan 1-0.

"Apabila kami mendahului 1-0, kami memberi ruang kepada mereka untuk menyamakan kedudukan dan kekalahan 1-3 bukan satu keputusan yang baik," katanya.

"Kami telah bekerja keras tetapi bukan mudah untuk menerima sistem dan pemain baru."

Pada perlawanan kelmarin, Benitez menurunkan pemain yang sama digunakan oleh Mourinho ketika menewaskan Bayern Munich 2-0 pada perlawanan akhir Liga Juara- Juara, Mei lal

Chelsea macam dalam aksi 'PS'


BENAYOUN (tengah) menerima pujian daripada rakan-rakan sepasukannya selepas dia meledakkan gol keenam Chelsea awal pagi semalam.


LONDON - Chelsea seolah- olah beraksi seperti dalam permainan 'konsul PlayStation (PS)'.

Demikian tegas pengurusnya, Carlo Ancelotti selepas melihat anak-anak buahnya membenam Wigan 6-0 awal pagi semalam, mengulangi kemenangan dengan jaringan serupa pada aksi pertama menentang West Brom minggu lalu.

Namun, Ancelotti tetap memberitahu bahawa bukan mudah untuk Chelsea mengulangi jumlah 103 gol yang dijaringkan mereka sepanjang 38 perlawanan Liga Perdana England musim lalu.

"Kami akan cuba bermain seperti yang kami lakukan musim lalu. Kami mahu menang dan beraksi dengan baik. Kedua-duanya telah kami pamerkan pada dua perlawanan awal setakat ini.

"Tetapi memang mustahil untuk menganggap kami akan sentiasa menjaringkan enam gol pada setiap perlawanan. Ia tidak akan menjadi bola sepak sebenar tetapi permainan PS.

"Ia tidak pernah berlaku kepada saya tetapi kami perlu fokus untuk perlawanan akan datang, cuba memenanginya dan mempamerkan aksi bola sepak terbaik," kata Ancelotti.

Chelsea hanya mendahului 1-0 pada separuh masa pertama hasil jaringan Florent Malouda pada minit ke-34 sebelum menambah lima gol pada babak kedua menerusi Nicolas Anelka (48, 52), Salomon Kalou (78, 90) dan Yossi Benayoun (90).

"Wigan cuba bangkit pada babak kedua dan sebab itulah mereka memberi lebih ruang kepada penyerang kami dan serangan balas yang kami lancarkan juga dapat disudahkan dengan baik.

"Ia tetap perlawanan yang sukar kerana Wigan beraksi baik sepanjang babak pertama. Mungkin kerana mereka keletihan pada babak kedua dan ia lebih mudah buat kami mengasak," jelas Ancelotti.

Sementara itu, pengurus Wigan, Roberto Martinez kini menghadapi tugas berat untuk mengembalikan keyakinan para pemainnya selepas kempen musim ini dimulakan dengan dua kekalahan teruk.

"Pada babak pertama, pemain kami beraksi dengan baik dan saya berasakan kami tidak bernasib baik selepas ketinggalan 0-1.

"Tetapi berbeza pada babak kedua, selepas ketinggalan 0-3, kami terus berputus asa dan tidak dapat memberi tumpuan," kata Martinez

Gallas akhirnya jadi milik Spurs



GALLAS menandatangani kontrak setahun bersama Spurs semalam.


LONDON - Bekas kapten Arsenal, William Gallas akhirnya melengkapkan perpindahan ke kelab musuh setempat, Tottenham Hotspur.

"Kami dengan bangga mengumumkan bahawa telah menandatangani Gallas dengan kontrak setahun," menurut satu kenyataan pada laman web Tottenham semalam.

Pemain pertahanan tengah Perancis berusia 33 tahun itu telah tamat kontrak empat tahun bersama Arse- nal penghujung musim lalu.

Gallas pernah beraksi untuk Chelsea, Caen dan Marseille sebelum ini.

Dia terpaksa mencari pasukan baru selepas Arsenal enggan memenuhi permintaan gaji berjumlah £80,000 (RM390,548) seminggu.

Namun bagi pengurus Tottenham, Harry Redknapp, peluang untuk mendapatkan khidmat Gallas sesuatu yang tidak wajar dilepaskan begitu saja.

Dengan Jonathan Woodgate masih berehat panjang akibat kecederaan pangkal paha dan kapten, Ledley King sering dibelenggu masalah lutut, kehadiran Gallas bakal memberi lebih pilihan kepadanya di barisan pertahanan.

"Dia (Gallas) tidak meminta gaji terlalu besar di sini. Jadi pengerusi kelab bersetuju menawarkan kontrak setahun dan gajinya juga cukup munasabah.

"Saya tak rasa sikapnya perlu dipersoalkan. Dia hanya kecewa dengan orang yang tidak profesional terhadapnya. Jadi tiada masalah buat kami.

"Seperti mana kami pernah berhadapan dengannya ketika mewakili pasukan lain sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini, saya sentiasa menganggap Gallas sebagai pemain pertahanan bertaraf dunia,