KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Sabtu, 13 November 2010

Peluang lakar sejarah


BARISAN pemain negara berpeluang mencipta sejarah pada Sukan Asia 2010 seandainya berjaya menewaskan China pada perlawanan terakhir Kumpulan A hari ini.


SKUAD bola sepak kebangsaan berdepan perlawanan penting menentang tuan rumah, China bagi aksi terakhir saingan Kumpulan A di Stadium Tianhe, Guangzhou malam ini.
Seandainya menang atau seri, Malaysia akan layak ke pusingan kedua (pertama kali selepas 32 tahun), selaku naib juara kumpulan untuk berkemungkinan bertemu Korea Selatan atau Korea Utara pada Isnin ini.
Namun jika tewas kepada China, skuad negara perlu mengharapkan Palestin dan Jordan masing-masing tewas kepada Korea Selatan dan Korea Utara pada aksi terakhir Kumpulan C malam ini.
Ia bagi membolehkan Malaysia layak selaku empat pasukan tempat ketiga terbaik dari kalangan enam kumpulan setelah pasukan tempat ketiga Kumpulan F, Maldives tersingkir apabila hanya mengumpul dua mata daripada tiga perlawanan kelmarin.
Jika Malaysia layak menerusi slot tersebut, lawan mereka pada pusingan kedua Isnin ini berkemungkinan besar adalah Iran.
Namun jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal lebih mahu memberi fokus terhadap perlawanan menentang China malam ini untuk memastikan Malaysia layak terlebih dahulu ke pusingan kedua.
"Saya mahu semua pemain mempamerkan persembahan terbaik. Saya nak mereka semua ambil kesempatan di mana kelemahan China dan berhati-hati juga dengan kekuatan dimiliki China.
"Cuma saya minta para pemain cepat menyerap tekanan kerana China beraksi di depan penyokong sendiri dan mereka juga perlukan kemenangan. Pasti China akan bermain habis-habisan," kata Rajagobal kepada Kosmo! semalam.
Skuad kebangsaan menjalani latihan terakhir di Stadium Huagong pagi semalam dengan pemain sayap, S. Chanturu yang menjaringkan gol kemenangan ketika menewaskan Kyrgyzstan 2-1 Isnin lalu kembali menjalani lati- han penuh.
Rajagobal dijangka terus menggandingkan Norshahrul Idlan Talaha dengan penyerang muda berusia 20 tahun, Izzaq Faris Ramlan biarpun mereka buntu mencari jaringan ketika Malaysia tewas 0-2 kepada Jepun, Rabu lalu.
Norshahrul, 24, yang menjaringkan satu gol ketika bertemu Kyrgyzstan berkata: "Memang sebagai seorang penyerang saya mahu menjaringkan gol pada setiap perlawanan.
"Saya berjanji akan memberi persembahan terbaik untuk menang.

Gerrard nyala impian Liverpool



GERRARD makin bersemangat memperbaiki kedudukan Liverpool dalam saingan liga musim ini.


LIVERPOOL - Kapten Liverpool, Steven Gerrard menjelaskan, tahap keyakinan skuad The Reds masih tinggi menjelang aksi Liga Perdana England menen- tang Stoke City di Stadium Britannia awal pagi esok.
Gerrard menyuarakan keyakinan itu selepas Liverpool sekadar mencatat keputusan seri 1-1 dengan Wigan Athletic di Stadium DW awal pagi kelmarin.
Meskipun mendahului seawal minit ketujuh menerusi jaringan penyerang berbisa, Fernando Torres, skuad bimbingan Roy Hodgson itu gagal mempertahankan kelebihan itu apabila pintu gol mereka bolos pada minit ke-52.
Keputusan seri itu telah menjejaskan momentum yang ditonjolkan Liverpool sejak akhir-akhir ini biarpun mereka kini melonjak dari tangga ke-16 ke tangga kesembilan liga.
Bagaimanapun, skuad The Reds itu berpeluang menduduki kelompok lima terbaik sekiranya mencipta kemenangan di Lanca- shire nanti.
"Saya gembira dengan prestasi kami ketika ini selepas kami mengharungi saingan awal musim yang cukup mengecewakan.
"Selepas mempersia-siakan kelebihan yang ada ketika menentang Wigan, kami faham kenapa peminat kecewa.
"Mungkin persembahan kami menjadi buruk selepas kami kekurangan tenaga dan keletihan selepas kejayaan menewaskan Chelsea.
"Kamu hanya akan memperoleh kegembiraan selepas kamu berehat 72 jam (3 hari) sebaik sahaja menghadapi satu perlawanan yang besar," kata Ger- rard.
Gerrad berkata, dia dan rakan-rakan sepasukannya akan terus memberikan cabaran sengit kepada kelab gergasi lain.
"Kami perlu melebarkan rekod tanpa kalah kami, Fernando sekali lagi menemui sentuhan gol dan ia adalah sesuatu yang positif.
"Perlawanan mungkin menjadi sukar di Stoke tetapi kami akan bersatu dan berjuang habis-habisan.
"Sekiranya kami menang, ia bakal menjadi satu keputusan yang hebat. Kami sudah bersedia untuk menghadapinya,

Villarreal tekad bedil Barcelona


NILMAR bersemangat menggempur gawang Barcelona di Nou Camp awal pagi esok.


MADRID - Villarreal sudah bersedia menggempur Barcelona apabila kedua-dua pasukan itu berentap pada aksi Liga Sepanyol di Nou Camp awal pagi esok.
Musim ini, Villarreal ternyata berada dalam kelas tersendiri apabila muncul selaku pencabar utama dalam perebutan gelaran liga musim ini.
Sejak beberapa musim lalu, terdapat rungutan apabila persaingan hanya dimonopoli dua gergasi Sepanyol - Barcelona dan Real Madrid.
Begitupun, musim ini Villarreal dilihat berpeluang untuk mencabar kedudukan kedua-dua pasukan tersebut.
"Sesuatu yang normal apabila Barca dan Real bersaing sesama sendiri dalam perebutan gelaran liga. Namun, musim ini jurang kami dengan mereka tidak begitu besar," kata penyerang Villar- real, Nilmar.
"Kami akan berusaha dan mengekalkan tahap prestasi kami ketika ini, jadi mereka (Barca dan Real) tidak boleh terlepas daripada kami."
Ketika ini Villarreal menghuni tangga ketiga liga apabila mengumpul 23 mata, ketinggalan tiga mata di bela- kang pendahulu, Real.
Barca pula berada di tangga kedua dengan mengumpul 25 mata.
"Kami mempunyai corak permainan tersendiri yang tidak perlu ditukar lagi," tambah Nilmar.
"Bermain di Nou Camp adalah sangat sukar dan kami perlu memberikan komitmen seratus peratus untuk memperoleh satu keputusan yang positif.
"Kami akan pergi ke sana dengan sasaran untuk menang dan membawa pulang tiga mata penuh dan seterusnya membolehkan kami berada pada kedudukan yang baik

Hairuddin tinggalkan Kelantan?


HAIRUDDIN (kanan) dilaporkan telah mendapat tawaran lumayan daripada Negeri Sembilan.
JUARA baru Piala Malaysia, Kelan- tan dikatakan hampir pasti kehilangan khidmat Hairuddin Omar yang merupakan salah seorang penjaring gol perlawanan akhir Piala Malaysia ketika menentang Negeri Sembilan, 30 Oktober lalu.
Sumber dalaman Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) memberitahu, pemain kelahiran Terengganu yang menyarung jersi The Red War- riors sejak awal musim ini disebut-sebut akan menandatangani kontrak bersama pasukan Negeri Sembilan untuk musim depan.
Bekas penyerang kebangsaan itu dikhabarkan menerima lamaran daripada Negeri Sembilan dan ia dikatakan agak lumayan sehingga menyukarkan dia menolaknya.
Bagaimanapun Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa dikatakan masih memberikan masa kepada Hairudin untuk memikirkan keputusannya itu sehingga majlis menandatangani kontrak baru pada malam Ahad ini.
Menurut sumber itu lagi, Kelantan masih memerlukan khidmat Hairudin untuk membantu mereka mempertahankan kejuaran Piala Malaysia pada musim depan biarpun ada pihak yang melihat beliau sudah berada di penghujung karier.
“Kita telah menawarkan kontrak baru kepada Hairudin selepas kontraknya tamat sebaik sahaja saingan musim 2010 berakhir.
“Bagaimanapun, kita tidak mampu menahannya untuk berhijrah kerana Negeri Sembilan dipercayai menawarkan kontrak yang lumayan,” kata- nya ketika dihubungi semalam.
Hairuddin yang menyarung jersi Kelantan sehari sebelum pintu perpindahan musim lalu ditutup mengejutkan semua pihak kerana sebe- lum itu beliau telah membantu Negeri Sembilan menewaskan Kelantan 3-1 pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2009.
Bagaimanapun, dia membalas kepercayaan pengurusan dan peminat apabila menjaringkan gol penyamaan melalui tandukan menarik setelah ketinggalan seawal minit ke-12 permainan sebelum Badri Radzi menjaringkan gol kemenangan untuk Kelantan.
Kemenangan tersebut menamatkan penantian selama 89 tahun Kelantan untuk mendakap piala berprestij itu.
Selain Hairuddin, beberapa pemain lain juga dikatakan telah dipancing oleh pasukan lain termasuk ketua pasukan, Indra Putra Mahayuddin yang turut dikaitkan dengan perpindahan ke Negeri Sembilan selain penyerang Norfarhan Mohamad yang dikatakan sedang mempertimbangkan tawaran daripada T-Team.
Dalam pada itu, tiga pemain musim ini, Che Hishamuddin Hassan, Sarudy Aziz dan Halim Napi telah digugurkan daripada skuad The Red Warrior bagi musim depan.
Dalam perkembangan lain, Annuar menyatakan kesediaan untuk terus menerajui KAFA musim depan