KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Jumaat, 3 September 2010

Pemain Kelantan dapat 'duit raya'

ANNUAR (kiri) menyampaikan 'duit raya' kepada pemain pertahanan Kelantan, Mohd. Zamri Ramli pada majlis berbuka puasa di Kota Bharu semalam.


SKUAD bola sepak Kelantan boleh ‘berpesta’ seketika menjelang sambutan Hari Raya Aidilftri yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Ini kerana, skuad The Red Warriors itu mendapat ‘duit raya’ hasil kejayaan mereka muncul naib juara Liga Super.

Bonus tersebut disampaikan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa di Kafe The Red Warriors Station @ KTC, Kota Bharu kelmarin.

Menurut Annuar, bonus yang diberikan itu sebagai tanda penghargaan pihak pengurusan KAFA kepada skuad Kelantan yang telah memberikan aksi terbaik sehingga muncul naib juara Liga Super musim ini.

Jelasnya, bonus itu diberikan sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi memastikan para pemain dapat menggunakan wang tersebut sebagai persiapan Aidilfitri nanti.

“Sebanyak RM100,000 diperuntukkan kepada pemain, namun ia tidak terma- suk elaun untuk pemain pasukan pelapis yang turut berlatih bersama-sama pasukan utama.

“Walaupun mereka tidak mewakili pasukan tetapi kita mahu memberi galakan supaya pasukan mempunyai pemain pelapis yang cukup dan kita fikirkan ia sebagai suatu tanggungjawab persatuan,” katanya.

Annuar menambah, pembahagian bonus itu diserah sepenuhnya kepada pengurus pasukan Kelantan, Azman Ibrahim untuk menentukan cara pengagihannya kepada para pemain.

“Saya difahamkan pengurus pasukan telah berbincang dengan kapten pasukan dan mereka telah bersetuju pengagihan bonus ini berdasarkan jumlah kekerapan membarisi kesebelasan utama pasukan.

“Supaya tidak berlaku jurang yang jauh, kita perkenalkan had minimum dan maksimum. Jumlah maksimum yang diterima adalah RM4,000,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Kelantan akan diperkuatkan dengan kehadiran pemain sayap lincah Perlis, K. Soley pada kempen Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Annuar menjelaskan, Kelantan sudah lama berminat untuk mendapatkan khidmat Soley.

“Sejak musim lepas lagi KAFA telah berunding untuk mendapatkan khidmatnya tetapi disebabkan kontraknya bersama Perlis masih ada, jadi kami terpaksa akur dan menghormati kontrak tersebut,” katanya.

Bekas pemain kebangsaan berusia 27 tahun itu, telah bersetuju menyarung jersi Kelantan selama dua musim.

T-Team tak gentar Selangor


IMBAS KEMBALI... Pemain T-Team, Mohd. Shahzlan Alias (kiri) bersaing dengan pemain Selangor, Safiq Rahim pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, Julai lalu.


PASUKAN berstatus kelab, T-Team sudah bersedia menghadapi Selangor pada aksi pembukaan Kumpulan D kempen Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, 14 September ini.

Jurulatih T-Team, Che Ku Marzuki Che Ku Omar (gambar) berkata, beliau akan menurunkan kesebelasan pemain utama bagi mengimbangi kekuatan Selangor dalam pertemuan tersebut.

"Kita tidak gentar jumpa Selangor, walaupun pasukan itu mempunyai pengalaman luas dalam saingan Piala Malaysia," kata Che Ku Mar- zuki semalam.

Beliau berkata, semangat anak- anak buahnya untuk menghadapi Selangor begitu tinggi dan mereka kini berada dalam keadaan cergas walaupun dalam bulan puasa.

Che Ku Marzuki menambah, juara Liga Perdana, Felda United merupakan sebuah lagi pasukan yang perlu diberikan perhatian.

"Ini kerana corak permainan dan kekuatan mereka (Felda United) sukar dibaca," katanya.

T-Team dijadualkan menentang Felda United di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu pada 17 September.

Che Ku Marzuki juga tidak mahu anak-anak buahnya memandang rendah keupayaan Perlis yang dianggap mampu mencipta keju- tan.

"Apa pun kami perlu berwaspada dalam semua perlawanan yang akan dihadapi nanti sekiranya tidak mahu kecundang," jelasnya.

Bagi menghadapi saingan Piala Malaysia musim ini, Che Ku Marzuki tidak menggunakan khidmat pemain pinjaman kerana percaya dengan kemampuan dan kebolehan barisan pemain sedia ada.

Misi penting Capello


CAPELLO (tengah) memberikan perhatian khusus dalam menghadapi perlawanan menentang Bulgaria dan Switzerland bagi memastikan England layak ke Euro 2012.


LONDON - Fabio Capello ada misi penting pada aksi sulung kelayakan Kejuaraan Eropah (Euro) 2012 menentang Bulga- ria awal pagi esok.

Pengurus England itu perlu mencipta kemenangan bagi menamatkan kritikan terhadap skuad bimbingannya sele- pas diaibkan pada kempen Piala Dunia 2010 di Afrika Sela- tan.

Rabu lalu, akhbar Daily Mir- ror melaporkan yang Capello bakal dipecat minggu depan meskipun memenangi perlawanan di Wembley itu dan aksi kedua menentang Switzerland di Basel pada Selasa depan.

"Jelas segalanya sudah berakhir buat Capello. Semua sudah tahu yang dia sepatutnya telah berundur. Malah Capello sendiri pun tahu," demikian menurut laporan Mirror itu.

Begitupun, Capello tidak mempedulikan segala kritikan itu berdasarkan kejayaan menjulang trofi Serie A sebanyak lima kali, Liga Sepanyol dua kali dan Liga Juara-Juara sekali ketika membimbing pasukan kelab.

"Saya telah membaca dan mendengar pelbagai cerita. Tetapi saya hanya mahu fokus kepada tugas saya. Saya seorang pejuang. Ini adalah kerja saya dan saya masih kekal di sini kerana seronok melakukannya.

"Apa yang penting, kami perlu fokus perlawanan menentang Bulgaria dan Switzerland untuk memastikan kami layak ke Euro 2012 kerana England perlu beraksi pada kejohanan tersebut," kata Capello.

Bagi aksi awal pagi esok, Ca- pello tidak dapat menggunakan khidmat John Terry yang mengalami kecederaan hamstring, Frank Lampard yang cedera hernia manakala Rio Ferdinand masih belum cergas sepenuhnya.

Selain itu, jentera serangan England turut terganggu apabila Peter Crouch mengalami kecederaan belakang manakala Bobby Zamora paha.

"Ia pasti bukan satu perlawa- nan yang mudah kerana Bulga- ria turut memiliki corak permainan yang baik dan saya lihat mereka beraksi cukup mantap ketika bertemu Rusia bulan lalu biarpun tewas 0-1," jelas Capello

Essien teruja bantu Chelsea



ESSIEN


LONDON - Michael Essien tidak sabar untuk membantu Chelsea menjulang trofi Liga Juara-Juara musim ini.

Katanya, dengan cara itu dia bakal mendengar semula pengurus skuad The Blues, Carlo Ancelotti menyanyi.

Chelsea begitu terdesak untuk meraih kejuaraan itu kerana mereka berjaya layak ke separuh akhir dan final dalam lima daripada tujuh musim terakhir.

Musim lalu, Essien terlepas aksi penting ketika Chelsea tewas kepada Inter Milan pada pusingan kalah mati kedua kerana mengalami kecederaan.

Begitupun, Chelsea tetap berjaya menamatkan saingan dengan kejayaan selaku juara Liga Perdana England dan Piala FA, dua kejua- raan utama diraih Ancelotti pada tahun pertama membimbing kelab itu.

Ketika meraikan kejayaan tersebut di atas bas tanpa bumbung, Ancelotti telah menyanyikan beberapa lagu dan Essien berharap situasi itu akan berlaku sekali lagi pada Mei depan.

"Saya masih ingat kenangan meraikan kejayaan tersebut pada penghujung musim lalu dan harap dapat me- lakukannya sekali lagi pada penghujung musim ini.

"Saya juga tidak sabar untuk mendengar pengurus (Ancelotti) menyanyi. Ia merupakan lagu terbaik Itali yang pernah saya dengar selain daripada nyanyian Pavarotti.

"Ia sentiasa membuatkan saya tertawa setiap kali menonton semula rakaman video itu," kata Essien.

Chelsea berdepan laluan mudah pada saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara musim ini setelah mereka diundi bersama-sama Marseille, Spartak Moscow dan MSK Zilina

Van der Vaart girang dapat sertai Spurs


VAN DER VAART meluahkan rasa gembira selepas berjaya menyertai Tottenham kelmarin.


LONDON - Rafael van der Vaart meluahkan rasa gembira selepas berjaya menyertai Tottenham Hot- spur (Spurs).

Bintang Belanda itu melengkapkan perpindahan bernilai £8 juta (RM39 juta) dari Real Madrid sema- lam selepas Liga Perdana England memberi Spurs masa untuk menyempurnakan perjanjian itu.

Ia dilakukan sehari selepas musim perpindahan ditutup. Van der Vaart, 27, mengakui masa 24 jam terakhir itu adalah saat yang paling penting dalam hidupnya.

"Empat tahun di Spurs dengan perpindahan £8 juta, saya sendiri sukar mempercayainya. Minat daripada Tottenham datang sekelip mata dan saya tidak ada banyak masa untuk memikirkannya.

"Tetapi saya mahu terus bermain dan kalau boleh setiap minggu dengan sebuah kelab yang bagus. Saya sangat gembira kerana berjaya menemuinya.

"Saya sangat teruja bermain di England. Sama ada ia sesuai dengan gaya permainan saya atau tidak, kita akan lihat nanti.

"Tetapi saya rasa seorang pemain yang bagus mampu menyesuaikan dirinya. Hakikat Spurs layak ke Liga Juara-Juara juga banyak mempengaruhi keputu- san saya ini."

Pengurus Spurs, Harry Redknapp berkata: "Harga- nya jadi murah kerana tarikh tutup musim perpinda- han sudah hampir.

"Dia adalah seorang pemain yang mampu melaku- kan hantaran dengan baik, pemain yang bagus dan akan menjadi aset tambahan kepada pasukan kami.

Van Bommel ganti tempat Bronckhorst



VAN BOMMEL (depan) mengambil alih tugas kapten Belanda daripada van Bronckhorst yang bersara selepas Piala Dunia 2010.


AMSTERDAM - Jurulatih Belanda, Bert van Marwijk memilih menantunya, Mark van Bommel sebagai kapten baru skuad kebangsaan negara itu pada aksi sulung kelayakan Euro 2012 menentang San Marino awal pagi esok.

Pemain tengah itu mengambil alih tugas kapten daripada Giovanni van Bronckhorst yang sudah bersara selepas membantu Belanda muncul naib juara pada kempen Piala Dunia 2010.

"Kami telah membincangkan perkara ini sesama tenaga kejurulatihan pasukan dengan hanya beberapa minit sebelum membuat keputusan ini.

"Umur dan posisi van Bommel adalah sesuai untuk memikul peranan tersebut. Dia juga telah melakukan tugas yang sama ketika bersama PSV dan kini bersama Bayern Munich," kata Van Marwijk.

Sementara itu, pengendali Belanda itu turut memberitahu, mereka akan kekal dengan corak permainan yang sama seperti pada Piala Dunia 2010 tetapi mengakui agak terhad memiliki bakat baru seperti pada masa lalu.

"Terdapat banyak visi yang boleh membawa kepada kejayaan pasukan tetapi jika dilihat kepada beberapa pasukan utama dunia, mereka menggunakan pendekatan yang sama.

"Kestabilan pasukan merupakan kekuatan utama dan para pemain perlu tahu apa yang perlu dilakukan mereka apabila diperlukan," jelas van Marwijk.

Bagi perlawanan menentang San Marino awal pagi esok, van Marwijk akan melakukan empat pertukaran berbanding barisan yang beraksi pada Piala Dunia 2010.

Di barisan pertahanan, Ron Vlaar akan menggantikan John Heitinga yang digantung manakala Vurnon Anita mengisi tempat van Bronckhorst.

Manakala di barisan serangan, van Marwijk menghadapi sedikit kesukaran untuk menggantikan Robin van Persie dan Arjen Robben yang cedera.

Eljero Elia dijangka menggantikan van Persie manakala tiga pemain berpeluang mengisi tempat Robben iaitu sama ada Klaas-Jan Huntelaar, Dirk Kuyt atau Ruud van Nistelrooy yang kembali dipanggil menganggotai skuad kebangsaan