KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Sabtu, 15 Januari 2011

Fokus Saya Untuk Kelantan – Apex



KOTA BHARU – ‘Fokus saya kini untuk Kelantan’. Begitulah laungan penjaga gol utama skuad kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali dengan panggilan Apex yang kini kembali ke pangkuan skuad Liga Super Kelantan.
Kelibat penjaga gol skuad kebangsaan yang hanya melepaskan tiga gol sepanjang Kejohanan Piala AFF Suzuki baru-baru ini sudah pun kelihatan apabila turun menjalani latihan di Kota Bharu sejak petang kelmarin setelah pulang daripada majlis rasmi bersama Perdana Menteri di Seri Perdana, Putrajaya dua hari lalu.
Khairul Fahmi berkata, walaupun hanya sempat menjalani latihan sebanyak tiga kali sejak kembali ke Kota Bharu pada 3 Januari lalu dan menyambung latihan pada hari ini namun beliau percaya tidak akan berdepan sebarang masalah untuk menyesuaikan diri bersama-sama rakan sepasukan yang lain.
“Tumpuan utama saya kini bersama Kelantan. Rasanya tidak ada apa-apa masalah untuk menyesuaikan diri dengan pasukan kerana rata-rata pemain musim ini adalah pemain yang sama cuma hanya terdapat beberapa muka baru bersama Kelantan musim ini. Itu bukan masalah besar bagi saya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.
“Daripada segi persaingan itu sudah pasti tetap berlaku tetapi saya percaya ianya merupakan satu persaingan yang sihat dalam mana-mana pasukan. Kita ada tiga lagi penjaga gol iaitu Halim Napi, Mohd Shahrizan Ismail dan Norhadi Ubaidillah. Masing-masing mempunyai keupayaan yang tersendiri dan kami tidak ada masalah bekerjasama diantara satu sama lain.
“Soal siapa yang dipilih menjadi penjaga gawang utama itu terpulang kepada jurulatih yang tentukan. Bagi saya, apa yang penting setiap antara kami berpeluang membuktikan keupayaan masing-masing dalam sesi latihan. Selebihnya siapa yang dipilih hanya  akan ditentukan oleh jurulatih,” katanya.
Menurut Khairul Fahmi, beliau berharap empat perlawanan persahabatan yang akan ditempuhi oleh skuad Kelantan di utara tanah air bermula malam esok dengan bertemu Kedah memberi peluang kepada beliau untuk membuktikan sentuhan cemerlangnya ketika bersama skuad kebangsaan mampu diteruskan bersama Kelantan.
“Perlawanan persahabatan ini begitu penting bagi saya dalam mencari keserasian. Tambahan pula ini merupakan perlawanan persahabatan pertama yang akan saya lalui sekiranya diberi peluang turun beraksi.
“Kalau ditanya sama ada yakin atau tidak, saya masih belum mempunyai keyakinan dapat diturunkan dalam kesebelasan utama ketika ini. Saingan hebat sudah pasti daripada penjaga gol berpengalaman iaitu Halim Napi dan Mohd Shahrizan Ismail. Tetapi yang lebih penting, saya harus memberi tumpuan penuh ketika menjalani latihan,” katanya.

Chelsea elak musibah


LAMPARD sudah pulih selepas menjalani pembedahan hernia.


LONDON - Chelsea bakal berdepan Blackburn Rovers di Stamford Bridge malam ini dalam usaha bersaing semula bagi mempertahankan kejua- raan Liga Perdana England.
Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti makin tertekan kerana skuad bimbi- ngannya itu semakin tergelincir dalam carta liga berikutan prestasi semasa yang kurang baik.
Biarpun tewas 0-1 kepada Wolves pada aksi terakhir liga sebelum ini, Chelsea kini tampak cuba untuk bangkit semula setelah berjaya membelasah Ipswich 7-0 pada aksi Piala FA minggu lalu.
Apa yang lebih penting, pemain tengah Chelsea, Frank Lampard kini sudah pulih dan kembali menemui sentuhan gol selepas dia berehat panjang akibat pembedahan hernia.
"Ia sesuatu yang mengecewakan apabila tidak dapat berada sebahagian dalam pasukan dengan tidak bersama- sama menyertai aksi tempat lawan serta terpaksa berlatih sendirian.
"Saya kini kembali berusaha keras untuk meningkatkan kekuatan diri dan harap saya akan dapat mencu- rahkan keringat untuk pasukan pada baki saingan musim ini," kata Lampard.
Untuk aksi malam ini, majoriti pemain Chelsea bakal kembali sele- pas dibelenggu masalah kecederaan kecuali beberapa pemain yang masih belum pulih seperti John Obi Mikel, Yuri Zhirkov, Alex dan Yossi Bena- youn.
Namun, tatkala Ancelotti sedang bergelut untuk menyelamatkan jawatannya, pengurus Blackburn, Steve Kean semakin selesa mengemudi pasukan tersebut yang dijangka mampu menamatkan saingan di enam tangga teratas musim ini.
Malah pemain pertahanan Black- burn, Martin Olsson memberitahu, pasukannya itu semakin berkeyakinan dalam menempuh baki saingan musim ini.
"Kami berjaya menampilkan aksi terbaik dan itulah yang pengurus mahu kami lakukan. Dalam latihan, kami hanya buat aktiviti hantaran, dua sentuhan, tiga sentuhan dan saya rasa kami telah menunjukkan pe- ningkatan.
"Apa pun masih terdapat banyak lagi perlawanan. Kami kini semakin teruja dan selesa untuk beraksi. Itulah yang pengurus mahukan. Dia begitu menyakini kami semua," kata Olsson.

Selangor perlukan Nasriq

MASALAH kecederaan yang menghantui Nasriq Baharom (gambar) mula menghadirkan kebimbangan buat skuad Selangor. Gergasi lembah Kelang itu mengharapkan pemain pertahanan tengah itu sempat pulih sepenuhnya menjelang sepak mula Liga Super 2011 menentang Kelantan di Stadium Shah Alam, 29 Januari ini.
Kehadiran Nasriq amat ditagih kerana tonggak pertahanan veteran Selangor, Khairul Anuar Baharum tidak dapat beraksi pada perlawanan itu gara- gara menjalani penggantu- ngan tiga perlawanan mulai aksi bertemu Kelantan itu.
Ia sebagai hukuman berikutan tindakan Khairul, 37, menghantuk muka penyerang T-Team, Haris Safwan Kamal sebaik tamat aksi Piala Malaysia di Kuala Terengganu pada 3 Oktober tahun lalu.
Jurulatih Selangor, K. Devan kini hanya mempunyai seorang saja pemain pertahanan tengah iaitu Yosri Derma Raju, bekas pemain Pahang dan Negeri Sembilan yang baru diambil musim ini.
Sebagai alternatif, Devan mungkin akan menggandingkan Yosri, 29, dengan Razman Roslan (bek kanan) atau P. Gunalan (bek kiri) untuk posisi pertahanan tengah itu pada tiga aksi pertama Liga Super bertemu Kelantan, Perlis (1 Februari) dan Kuala Lumpur (12 Februari).
Namun bagi Nasriq, 24, dia kini sedang berusaha bersungguh-sungguh menjalani latihan pemulihan bagi memastikan dia cergas sepenuhnya menjelang aksi pertama, itu kelak.
"Insya-Allah dalam minggu ini atau awal minggu depan saya akan mula menjalani latihan penuh bersama rakan sepasukan. Saya juga yakin kecederaan saya akan pulih menjelang pertemuan dengan Kelantan.
"Agak malang apabila saya mengalami kecederaan lutut pada aksi persahabatan bertemu Maldives (2 November lalu), beberapa hari sebelum skuad kebangsaan berlepas ke Sukan Asia 2010.
"Saya terpaksa menjalani pembedahan arthroscopic pada lutut kiri. Saya kini begitu bersemangat untuk kembali beraksi setelah terlepas Sukan Asia dan Piala Suzuki AFF," katanya ketika ditemui Kosmo! di Padang SUK, Shah Alam baru-baru ini.
Seorang lagi pemain yang turut boleh beraksi di posisi pertahanan tengah ialah pemain tengah bertahan, Bunyamin Umar.
Namun seperti Nasriq, Bunyamin, 23, juga masih dalam proses pemuli- han setelah menjalani pembedahan lutut ACL (Anterior Cruciate Ligament) pada Julai lalu.
"Lagi dua minggu saya boleh menyertai latihan penuh dan insya-Allah, boleh kembali beraksi pada awal Mac," ujar Bunyamin.
Skuad Selangor akan bertemu ATM pada aksi persahabatan di Stadium Shah Alam pada pukul 5 petang ini