KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Selasa, 31 Ogos 2010

Milan bermula langkah kanan


IBRAHIMOVIC diperkenalkan kepada para peminat Milan buat pertama kalinya di Stadium San Siro kelmarin.


ROM - AC Milan membela- sah Lecce 4-0 untuk memulakan kempen Serie A musim ini dengan langkah kanan kelmarin.

Lebih menarik, kelab gergasi Itali itu turut memperkenalkan pemain baru mereka, Zlatan Ibrahimovic kepada penonton di San Siro.

Alexandre Pato meledakkan dua gol sebelum Thiago Silva dan pemain gantian, Filippo Inzaghi melengkapkan kejayaan Milan itu hasil jaringan yang ke-154 dalam saingan Serie A.

Setelah melengkapkan perpindahannya dari Barcelona kelmarin, Ibrahimovic masuk ke padang dengan berjalan di atas karpet merah pada waktu rehat permainan.

Dia lantas memberitahu penonton di San Siro: "Saya datang ke sini untuk menang. Tahun ini kita akan memenangi sebanyak mungkin kejuaraan."

Jurulatih baru Milan, Massimiliano Allegri mengakui, kehadiran Ibrahimovic telah memberi satu suntikan semangat baru kepada pasukan itu.

"Amat penting untuk memulakan musim ini dengan kemenangan walaupun ke atas pendatang baru Serie A ini," kata Allegri.

"Ia suatu permainan yang baik. Pemain masih belum cergas sepenuhnya tetapi pada tahap ini ia sesuatu yang biasa."

Ibrahimovic dijangka membuat penampilan sulung untuk Milan dalam masa dua minggu lagi apabila menentang Cesena.

Dengan kehadiran Pato, Ronaldinho, Marco Borriello dan Inzaghi di posisi sera- ngan, Allegri mungkin berdepan tugas sukar untuk memilih pemain mana yang perlu diketepikan bagi memberi ruang kepada penyerang Sweden itu.

"Saya ada masa 14 hari untuk memikirkan mengenainya," kata Allegri.

Perlawanan lain dalam Serie A pula menyaksikan Juventus tumpas 0-1 kepada Bari hasil jaringan Massimo Donati.

Manakala Napoli dan Fiorentina seri 1-1 dan Samp- doria menewaskan Lazio 2-0

'Manfaat peluang di Slovakia'


ONG KIM SWEE (kiri) memantau latihan skuad Harimau Muda A di padang Wisma FAM, Kelana Jaya malam tadi.


SKUAD bawah 21 tahun (B-21) kebangsaan, Harimau Muda A yang bakal berlepas ke Slovakia malam esok harus memanfaatkan sepenuhnya latihan selama tiga bulan di negara Eropah Timur itu.

Jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee berkata, beliau mahu menggunakan sepenuhnya 16 perlawanan persaha- batan sepanjang tempoh tersebut seba- gai persiapan terbaik menjelang saingan kelayakan Sukan Olimpik 2012 awal tahun depan.

"Sepanjang tiga bulan di Slovakia, saya mahu semua pemain mempamerkan prestasi terbaik mereka. Mana tahu ada kelab di sana yang berhasrat mengambil mereka.

"Pengisian program juga akan kita susun dengan baik supaya peluang sebegini tidak dipersiakan begitu saja," katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.

Menurut Kim Swee, mereka akan pulang semula ke tanah air pada 20 Novem- ber depan sebelum menyambung persia- pan terakhir menjelang aksi pusingan pertama kelayakan Olimpik 2012 secara timbal balik pada 23 Februari dan 9 Mac tahun depan.

"Kita akan beraksi dalam 12 perlawa- nan persahabatan menentang kelab-kelab Liga 1 Slovakia dan empat perlawa- nan menentang skuad B-21 Slovakia, Republik Czech, Austria dan Hungary.

"Buat masa ini jadual penuh masih disusun tetapi untuk perlawanan pertama, kita akan menentang pasukan Ruzomberok B pada Ahad ini," ujarnya.

Namun, Kim Swee hanya memiliki 19 pemain untuk menghadapi perlawanan pertama itu kerana enam tonggak utama, K. Gurusamy, Muslim Ahmad, Mahali Jasuli, Gary Steven Robbat, Izzaq Faris Ramlan dan Fadhli Shas ada tugas penting bersama skuad kebangsaan ketika ini.

"Enam pemain ini akan terus terbang dari Doha, Qatar ke Slovakia selepas mereka selesai mengharungi aksi persa- habatan bersama skuad kebangsaan menentang Oman pada Jumaat ini.

"Tetapi selepas itu kami akan sekali lagi kehilangan khidmat enam pemain ini apabila mereka menyertai skuad kebangsaan ke Piala Millenium Thang Long di Vietnam pada penghujung September.

"Jadi untuk aksi persahabatan menentang skuad B-21 Slovakia, Republik Czech, Austria dan Hungary, kami akan atur- kan ketika semua 25 pemain Harimau Muda A ini berada di Slovakia,

Crouch, Defoe dipanggil semula


LONDON - Dua penyerang Tottenham Hotspur, Peter Crouch dan Jermain Defoe (gambar) disenaraikan semula dalam skuad kebangsaan England.

Kedua-dua penyerang itu dipanggil semula untuk menghadapi aksi kelayakan Kejuaraan Eropah (Euro) 2012 menentang Bulgaria di Stadium Wem- bley, Jumaat depan.

Sebelum ini, Crouch dan Defoe gagal mendapat tempat dalam skuad bimbingan Fabio Capello ketika menewaskan Hungary 2-1 pada satu aksi persahabatan awal bulan ini.

Selain Crouch dan Defoe, Capello turut menyenaraikan dalam skuad Three Lions iaitu penyerang Manchester United, Wayne Rooney, Darren Bent (Sunderland) dan Carlton Cole (West Ham United).

Sementara itu, nasib malang menimpa dua lagi tonggak Spurs, Aaron Lennon dan Tom Huddlestone apabila Capello secara mengejut tidak menyenaraikan kedua-dua pemain tersebut.

Ketiadaan Huddlestone dalam skuad kendalian Capello kali ini memang menimbulkan pelbagai persoalan.

Ini kerana pemain itu dikatakan mampu mengganti- kan Frank Lampard yang tidak disenaraikan ekoran masalah kecederaan.

Tidak cukup dengan itu, Capello hadir bagi menyaksikan sendiri aksi menakjubkan yang dipamerkan Hudlsetone ketika Spurs menentang Young Boys dalam saingan kelayakan Liga Juara-Juara minggu lalu.

Dalam pada itu, Lennon yang membarisi skuad England pada kempen Piala Dunia 2010 bulan lalu turut menerima nasib yang sama.

Terdahulu, pemain sayap Spurs itu tidak disenaraikan ketika aksi persahabatan dengan Hungary awal bulan ini, namun dikatakan akan kembali memperkuatkan jentera serangan England untuk aksi menentang Bulgaria.

Hodgson bimbang masa depan Torres

Hodgson bimbang masa depan Torres


TORRES menamatkan kemarau jaringan dengan meledakkan gol kemenangan 1-0 Liverpool ke atas West Brom kelmarin.


LIVERPOOL - Pengurus Liverpool, Roy Hodgson berharap penyerang, Fernando Torres tidak dipanggil untuk beraksi bersama skuad kebangsaan Sepanyol.

Hodgson menyuarakan kebimbangan itu selepas Torres berjaya menamatkan kemarau jaringan dengan meledakkan gol keme- nangan 1-0 skuad The Reds ke atas West Brom pada aksi Liga Perdana England kelmarin.

Penyerang sensasi Sepanyol itu meledak gol pertama selepas 10 perlawanan pada minit ke-65.

Begitupun, Hodgson berharap jurulatih Sepanyol, Vicente del Bosque tidak menggunakan Torres pada aksi kelayakan Kejua- raan Eropah (Euro 2012) menentang Liechtenstein pada Jumaat ini atau pada aksi persahabatan menentang Argentina minggu depan.

Torres telah menjalani dua pembedahan lutut pada akhir musim lalu.

"Kita dapat lihat Torres telah bekerja keras pada separuh masa pertama untuk mendapatkan semula rentak permainannya.

"Dia memulakan aksi pra musim agak lewat dan terpaksa berdepan tempoh pemu- lihan kecederaan lutut yang singkat pada Piala Dunia 2010.

"Apa pun, jaringan itu mampu meningkat- kan semula keyakinannya dan kami berharap agar Sepanyol memberi peluang kepadanya meneruskan proses pemulihan," kata Hodgson.

Jelas pengendali Liverpool itu, Torres masih perlu banyak berlatih dan menunggu beberapa perlawanan lagi untuk menampilkan aksi terbaik.

"Adalah cukup baik jika Del Bosque berfikir positif untuk kebaikannya dan juga kami. Tetapi saya tak boleh katakan Torres belum cukup cergas kerana dia telah beraksi 89 minit.

"Kami cuma boleh cadangkan kerana ini adalah pilihan terbaik tetapi kami tidak mempunyai kuasa untuk tidak melepaskan- nya beraksi bersama Sepanyol.

"Pakar sains sukan kami dapat lakukan beberapa perkara bersama Torres untuk membina semula tahap kecergasannya dan ia lebih baik untuk tempoh jangka panjang," ujarnya.

Kelmarin, Hodgson telah melengkapkan pembelian pemain tengah dari Porto, Raul Meireles manakala pemain pertahanan kiri Fulham, Paul Konchesky bakal menjadi milik Liverpool dalam tempoh terdekat.

"Kami masih mencari seorang penyerang. Kami telah mendapat semuanya tetapi kami masih belum berjumpa penyerang terbaik dan masa menjadi semakin suntuk,