KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Sabtu, 28 Ogos 2010

Chelsea semakin membara


LONDON - Bunyinya agak signifikan tetapi pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti mula menganggap aksi pembukaan saingan Liga Perdana England mampu untuk menentukan siapakah layak bergelar juara musim ini.

Jika andaian yang dibuat pengurus kelahiran Itali itu tepat, ini bermakna Chelsea dilihat sebagai calon yang paling sesuai untuk bergelar juara, sekali gus mempertahankan kejuaraan yang dimenangi mereka musim lalu.

Dalam dua perlawanan awal terdahulu, anak-anak buah Ancelotti ternyata berada pada kelas tersendiri apabila mencatatkan kemenangan besar 6-0 ke atas West Bromwich Albion dan Wigan Athletic.

Keputusan itu sekali gus seperti amaran awal kepada Stoke City agar lebih berwaspada apabila mereka berkunjung ke Stamford Bridge malam ini.

"Tidak ada mana-mana pasukan di Eropah ketika ini yang lebih baik berbanding Chelsea. Matlamat utama kami adalah untuk muncul juara saingan Liga Juara-Juara.

"Ia merupakan satu pengalaman yang tidak mampu untuk digambarkan apabila kami bergelar juara liga musim lalu dan kini saya mahu ia terus berada dalam dakapan kami.

"Apabila kamu beraksi bersama kelab seperti Chelsea, merangkul kejuaraan adalah perkara paling utama.

"Saya juga mahu kejuaraan tersebut setiap musim dan saya hanya mahu untuk terus kekal di atas tanpa memikirkan kedudukan tempat kedua," jelas perancang Chelsea, Florent Malouda.

Sementara itu, pengurus Stoke, Tony Pulis tidak gentar dengan reputasi Chelsea ketika ini, sebaliknya dia yakin anak-anak buahnya mampu beraksi cemerlang di gelanggang lawan.

"Kami sedar dengan kehebatan Chelsea musim ini, lebih-lebih lagi mereka mencatatkan kemenangan besara dalam dua perlawanan sebelum ini.

"Tetapi kami akan beraksi di Stamford Bridge dengan semangat juang yang tinggi.

"Walaupun peluang untuk mencipta kemenangan agak tipis tetapi kami mahu sekurang-kurangnya membawa satu mata,

Nasib berbeza gergasi Itali


ROM - Dua kelab gergasi Itali, Inter Milan dan AC Milan berdepan nasib berbeza selepas berakhirnya peringkat Liga Juara-Juara di Monaco, Paris kelmarin.

AC Milan diundi dalam kumpulan yang sama dengan Real Madrid buat musim kedua berturut-turut dalam saingan Kumpulan G bersama juara empat kali, Ajax Amsterdam dan Auxerre.

Juara bertahan, Inter pula 'digandingkan' dengan Tottenham Hotspur, Werder Bremen dan juara Liga Belanda, FC Twente dalam Kumpulan A yang dilihat mencabar.

Bagaimanapun, presiden Inter, Massimo Moratti agak terperanjat apabila pasukannya tidak diletakkan dalam kumpulan yang sama dengan Real Madrid yang dibimbing bekas jurulatihnya, Jose Mourinho.

"Saya ingat kami akan diundi dalam kumpulan yang sama dengan pasukan bimbingan Mourinho, seperti yang berlaku kepada kami dengan Barcelona musim lalu," kata Moratti merujuk kepada undian yang menemukan Inter dan Barca dalam satu kumpulan musim lalu.

"Saya tidak tahu mana satu yang bagus iaitu bertemu mereka (Real) di peringkat kumpulan atau berdepan mereka di peringkat suku akhir."

Moratti turut mengakui, dia akan memberi sokongan kepada Mourinho apabila Real turun menentang Milan dalam saingan peringkat kumpulan nanti.

Namun melihat kepada saingan dalam Kumpulan A, Moratti berkata, ia bukan satu laluan mudah kepada mana-mana pasukan.

"Ia satu kumpulan yang mencabar, sukar dan agak seimbang kerana semua lawan kami adalah bagus dan tiada pasukan yang lemah.

"Kami perlu menghadapinya dengan serius bermula dari awal kempen, tanpa rasa selesa dan mudah terjejas, dari awal perlawanan sehingga ke aksi terakhir.

"Tetapi saya rasa Milan juga akan mengharungi laluan yang berliku."

Sementara itu, jurulatih Milan, Massimiliano Allegri pula menganggap dua kelab dari bandar Milan itu telah diundi dalam kumpulan yang sukar.

"Kami terpaksa berdepan dengan pasukan yang lebih kuat dan lebih bersedia.

"Ini adalah kumpulan maut tetapi kami akan buat apa yang perlu dilakukan