KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Rabu, 28 Julai 2010

Kagum dengan KAFA


AHMAD SHABERY (kiri) menyampaikan sijil The Malaysia Book of Records kepada Annuar (tiga dari kanan) pada majlis perasmian Karnival 2010 The Red Warriors di pekarangan Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu kelmarin

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) menjadi persatuan bola sepak pertama di negara ini mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records kerana mempunyai radio online rasminya, TheRedWarriorsFM (Trw.FM) selain mengeluarkan produk perniagaan jenama Warriors.

Sijil rekod tersebut diserahkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek kepada Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa dan disaksikan oleh wakil Malaysia Book of Records, Leona Paul.

Majlis penyerahan sijil itu diadakan sempena perasmian Karnival The Red Warriors di pekarangan Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam kelmarin.

Trw.FM dilancarkan oleh Ahmad Shabery pada 21 Mei lalu manakala produk perniagaan jenama Warriors ialah jersi, seluar, jam, baju-T, topi, pelekat kenderaan dan beg.

Selain itu, KAFA juga membuka kafe The Red Warriors Stations yang terletak di bangunan Pusat Perdagangan Kelantan (KTC), Kota Bharu.

Ahmad Shabery pada sidang akhbar selepas majlis tersebut berkata, beliau kagum dengan kemajuan KAFA dalam usaha mengangkat imej bola sepak tanah air setaraf kelab-kelab bola sepak tersohor luar negara.

Beliau berkata, langkah tersebut selaras dengan usaha persatuan itu untuk memastikan bola sepak menjadi sebuah industri perniagaan yang menguntungkan dan mampu menjana pendapatan kepada pasukan.

Tambahnya, keupayaan KAFA dalam menjadikan bola sepak sebagai satu perniagaan memberikan peluang kepada mereka untuk berdikari.

“Di negara maju, konsep ini sudah lama diamalkan apabila pasukan bola sepak menjadikan sukan ini sebagai satu industri yang mampu menjana pendapatan dan membuka peluang pekerjaan,” katanya.

Menurut Ahmad Shabery, inisiatif KAFA merupakan contoh yang perlu diteladani oleh persatuan bola sepak lain di negara ini.

“Ini cara baru dan gelombang baru yang bermula di Kota Bharu. Idea ini memberi konsep baru dalam pembangunan sukan bola sepak negara,” ujarnya.

Harimau Muda A terus malang


SKUAD Harimau Muda A belum pasti dapat bersaing pada kempen Liga 1 Slovakia 2010/11

SKUAD bola sepak bawah 21 tahun (B-21) kebangsaan, Harimau Muda A boleh dianggap se- bagai pasukan yang sentiasa bernasib malang.

Bermula dengan hak mereka beraksi di Liga Super 2010 setelah muncul juara Liga Perdana 2009 dinafikan, disusuli pula kegagalan menyertai Liga Singapura awal tahun ini.

Mungkin pada Februari, Hari- mau Muda A menarik nafas lega seketika apabila diberi peluang beraksi dalam 14 perlawanan menentang kelab-kelab Liga 1 Slova- kia sepanjang tiga bulan sehingga penghujung Mei lalu.

Namun, malang terus menimpa mereka apabila pergolakan pasukan membawa kepada pengguguran jurulatihnya, Azraai Khor Abdullah serta dua pembantu, Azman Eusoff dan P. Mohana Sundram tidak sampai sebulan selepas mereka pulang ke tanah air.

Kini setelah diambil alih Ong Kim Swee, Harimau Muda A terus berdepan masa depan yang tidak menentu apabila belum ada kata putus tentang penyertaan mereka dalam saingan Liga 1 Slovakia 2010/11 sehingga semalam.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Redzuan Sheikh Ahmad berkata, masih belum ada seba- rang ketetapan dibuat oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan juga Kesatuan Kelab- Kelab Liga (ULK) Slovakia.

"Belum ada perkembangan lagi. Kita masih tunggu keputusan KBS dan mungkin akan minta penangguhan perlawanan pasukan kita daripada pihak ULK Slovakia.

"Lagipun Setiausaha Agung FAM (Datuk Azzuddin Ahmad) ketika ini bersama Timbalan Menteri Belia dan Sukan (Datuk Razali Ibrahim) ke Korea Selatan. Tunggulah beliau pulang pada 29 Julai (esok)," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Namun, tinjauan Kosmo! ke laman web Persatuan Bola Sepak Slovakia (SFZ), www.futbalsfz.sk mendapati, saingan Liga 1 Slova- kia sudah pun melalui dua perlawanan iaitu pada 17 dan 24 Julai lalu manakala perlawanan ketiga akan berlangsung Sabtu ini

'Torres tidak akan berhijrah'


TORRES (kiri) dan Gerrard antara tonggak utama Liverpool sejak beberapa musim lalu.

LONDON - Tonggak pertahanan Liverpool, Jamie Carragher yakin Fernando Torres akan terus kekal di Anfield musim depan.

Terdahulu, Torres dilaporkan bakal meninggalkan Liverpool manakala pengurus Manchester City, Roberto Mancini mendedahkan, beliau berminat membawa masuk penyerang antarabangsa Sepanyol itu ke Eastlands.

Terdapat juga laporan yang mengatakan Torres akan menyertai musuh Liverpool, Chelsea.

Pengurus Liverpool, Roy Hodgson turut mengakui, beliau sukar untuk 'mengikat' Torres, sekali gus mencetuskan spekulasi bahawa 'ayam tambatan' The Reds itu akan mengubah haluan musim depan.

Bagaimanapun, Carragher percaya Tor- res yang meledak 56 gol dalam 79 perlawa- nan Liga Perdana England akan tetap menyarung jersi Liverpool musim depan.

"Banyak berita yang tidak sedap didengar sejak kebelakangan ini. Namun, saya amat yakin Steven Gerrard dan Fernando Torres akan kekal bersama Liverpool musim depan," kata Carragher.

"Jika mereka terus berada di Anfield, sudah pasti sasaran utama Liverpool adalah untuk kembali bersaing dalam kempen Liga Juara-Juara.

"Kami harus bangkit kembali dan memperkemas barisan sedia ada. Ia merupakan suatu proses penambahbaikan dan diharap- kan kami kembali berada di landasan sebenar."

Bekas pemain pertahanan Liverpool, Mark Lawrenson pula khuatir penghijrahan Torres akan meranapkan impian The Reds bagi memburu kejayaan.

"Walaupun Liverpool menafikan laporan bahawa Fernando Torres tidak akan meninggalkan Anfield, saya tetap takut sebaliknya yang berlaku.

"Jika kamu seorang pemain sudah pasti kamu akan menafikan setiap laporan yang keluar dan memberitahu peminat bahawa kamu akan kekal.

"Bagaimanapun, kita semua masih belum mendengar sebarang keputusan daripadanya," kata Lawrenson

Robinho diarah pulang


ROBINHO dilaporkan enggan kembali menyarung jersi City, sebaliknya mahu terus bersama kelab Santos.

LONDON - Manchester City mengarahkan penyerangnya, Robinho kembali semula ke England sebelum 5 Ogos depan.

Tujuan City memanggil semula Robinho adalah untuk mencari jalan penyelesaian berhubung pertelingkahan yang berlaku di antara bintang antarabangsa Brazil itu dengan pengurus, Roberto Mancini.

"City telah mengarahkan agar Robinho melapor diri sebelum 5 Ogos dan pemain itu tidak mempunyai pilihan lain biarpun dia pernah menyatakan hasratnya untuk terus kekal bersama Santos.

"Dia telah jatuh hati dengan gaya hidup di sana (Brazil), corak permainan bola sepak di sana dan juga keindahan pantai- nya dan dia tidak mahu segala- nya berubah apabila dia kembali ke pangkuan City," jelas sumber terdekat kepada Robinho.

Robinho yang dibeli daripada Real Madrid dengan yuran perpindahan bernilai £32.4 (RM159.7 juta) pada 2008, kini dipinjamkan ke kelab Brazil, Santos dan masih dibayar gaji sebanyak £150,000 (RM739,485) seminggu.

"Terdapat tawaran yang dikemukakan oleh kelab dari Turki untuk mendapatkan khidmatnya, namun City tidak bersetuju dengan tawaran tersebut.

"Secara peribadinya dia sendiri tidak mahu beraksi di Turki kerana dia hanya memikirkan untuk kekal bersama Santos," jelas sumber berkenaan.

Jika beraksi bersama City, Robinho menaruh harapan yang tinggi untuk diturunkan dalam kesebelasan utama.

Begitupun, sekiranya City melepaskan Robinho, masa depan pemain tersebut dilihat bakal terjejas dan pastinya sukar untuk dia mendapatkan kelab baru khususnya di England.

"Robinho sanggup beraksi bersama mana-mana kelab di London yang berminat bagi mendapatkan khidmatnya tetapi ternyata tidak ada di antara kelab itu yang mampu untuk membayar gajinya.

"Jadi... persoalan utamanya adalah apa yang City boleh laku- kan untuk Robinho jika mereka tetap enggan melepaskan pemain tersebut?

"Sekiranya jawapan mereka disebabkan telah melabur banyak wang ke atas pemain tersebut, itu adalah masalah mereka," tambah sumber berkenaan