KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Jumaat, 4 Mac 2011

the red warrior tak rela diratah


NORSHAHRUL (tengah) menjadi sandaran Kelantan pada aksi Piala FA bertemu Johor FC malam ini.


AKSI konsisten yang dipamerkan anak-anak buah Datuk M. Karathu dalam setiap perlawanan menghadirkan bayangan bahawa Kelantan tampak bersedia untuk mencabar gelaran dalam saingan Liga Malaysia musim ini.
Kredibiliti Kelantan selaku pendahulu Liga Super pastinya mahu diteruskan oleh barisan pemainnya apabila berkunjung ke Stadium JCorp, Pasir Gudang bertemu Johor FC pada perlawanan pusingan kedua Piala FA malam ini.
Berdepan dengan pasukan yang menghuni tangga ke-12 dalam carta liga serta berdasarkan aksi semasa, The Red Warriors dijangka tidak berdepan laluan sukar untuk menjinakkan Johor FC seperti yang dilakukan pada perlawanan liga Februari lalu.
Beraksi dalam saingan kalah mati ini, kedua-dua pasukan baik Kelan- tan mahupun Johor FC, tidak boleh mendabik dada mengatakan pasukan mereka mampu melangkah mudah ke pusingan seterusnya.
Jika formasi di atas kertas menjadi ukuran, ia tampak memihak kepada Kelantan.
Namun, dari segi matematiknya cukup mudah, pasukan yang kurang melakukan kesilapan serta bijak memanfaatkan setiap peluang yang diperoleh, maka pasukan tersebut akan dinobatkan sebagai pemenang seterusnya mara ke peringkat suku akhir.
Begitupun, kemampuan anak didik Azuan Zain perlu diberikan perhatian, kemampuan mengikat juara bertahan Liga Super Selangor dan Felda United serta mengekalkan rekod tanpa kalah di gelanggang sendiri tidak boleh dipandang enteng oleh Kelantan.
Meskipun dibelasah teruk oleh Terengganu 3-0 pada perlawanan Selasa lalu, pasukan yang diberi jolokan Sang Lebah pasti akan turun bermati-matian untuk memusnahkan impian Kelantan mara ke pusi- ngan seterusnya.
Seandainya menang pada perlawanan malam ini, ia merupakan tonik buat skuad bimbingan Azuan untuk melakar lebih banyak keja- yaan selepas ini.
Bagi Karathu, perlawanan malam ini cukup penting buat pasu- kannya jika mahu layak ke pusi- ngan suku akhir.
Meskipun turun tanpa kelibat penyerang lincah, Muhammad Ram- zul Zahini Adenan yang mengalami kecederaan ketika membenam Negeri Sembilan Selasa lalu, beliau berkata, ketiadaan pemain itu tidak merencatkan perancangannya untuk mengharungi perlawanan malam ini.
“Kita bermain seperti biasa, mungkin dengan formasi 4-5-1 dengan Norshahrul Idlan (Talaha) seperti biasa diberi tugas sebagai penggempur. Danial Fadzly (Abdullah) dan S. Chanturu pula berperanan sebagai pembantunya.
“Saya tidak memandang mudah pertemuan dengan Johor FC malam ini.
“Perlawanan ini berbeza sama sekali dengan perlawanan liga, kita berada dalam situasi kalah mati dan pemain harus bersedia dengan kekuatan mental dan fizikal sekira- nya berlanjutan ke masa tambahan ataupun penentuan sepakan penalti,” katanya.
Tambahnya, apa yang penting, pemain harus memberi sepenuh perhatian sepanjang perlawanan itu kelak.
“Sudah pasti kita akan lebih berhati-hati kerana Johor FC tidak mahu kecundang lagi setelah mereka tewas 0-3 kepada Terengganu dalam saingan Liga Super baru-baru ini.
“Kita ke Johor Bahru dengan satu matlamat iaitu mencipta kemenangan. Sekiranya pemain membawa karakter iaitu bermain untuk menang serta mempunyai kekuatan mental ke arah tersebut, saya percaya pasukan kita mampu melangkah ke pusingan suku akhir,” ujarnya.

barca perhatikan Marek Hamsik

Hamsik ... target Barca sekarang.

Barcelona sedang mengekalkan pemerhatian mereka kepada playmaker Napoli, Marek Hamsik dengan harapan untuk menandatanganinya pada musim panas. 
 
Sport.es dan Il Corriere dello Sport kedua-duanya mendakwa pemerhati dari Nou Camp sedang menilainya di San Siro bagi pertemuan Scudetto malam Isnin antara Milan dan Napoli ketika Hamsik bermain selama 90 minit dalam kemenangan 3-0 pihak tuan rumah. 
 
Walaupun menonton Alexis Sanchez beraksi bersama Udinese di Palermo pada hari Ahad, Barcelona teruja untuk mengetahui sama ada terdapat cara bagi memikat pemain antarabangsa Slovakia berusia 23 tahun itu ke Sepanyol. 
 
Namun presiden Napoli, Aurelio De Laurentiis tidak berniat menjual salah seorang bintang, terutamanya jika mereka memenuhi syarat untuk Liga Juara-juara musim depan, yang sedang mencari kemungkinan berhubung 

£23 Juta, Luiz Tampak Pembelian Terbaik Blues


Belian terbaik ... David Luiz.

Dibeli hari yang sama dengan Fernando Torres pada akhir Januari lalu, David Luiz kurang mendapat perhatian, hampir tidak disedari ketika penyerang Liverpool itu lebih menjadi tumpuan media dan peminat.
 
Namun begitu beliau hanya mendatangkan kos £23 juta.
 
Malahan ramai yang tidak menyangka pemain pertahanan Brazil ini akan membuka akaun golnya berbanding penyerang senasi £50 juta mereka.
 
Dan gol jaringan beliau telah memberi sisa harapan untuk kita melihat persaingan kejuaraan liga kembali terbuka.
 
Dan juga menguntumkan senyuman di wajah Arsene Wenger.
 
Mungkin Chelsea akhirnya telah menemui pengganti untuk Ricardo Carvalho, pemain yang selama ini melengkapkan John Terry.
 
Mantap dan lasak dalam membuat bentesan, beliau juga memiliki kemahiran dan kelembutan dalam sentuhan permainannya.
 
Ia ditunjukkan dalam keseimbangan beliau dan jaringan penyudah apabila membawa Chelsea bangkit kembali dengan gol penyamaan. Beliau juga dianggap lebih lincah dari Carvalho