KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Sabtu, 12 Mac 2011

Permintaan Kim Swee kepada FAM


BARISAN pemain skuad Olimpik kebangsaan tiba di KLIA, Sepang dari Lahore, Pakistan pagi semalam.


JURULATIH skuad Olimpik kebangsaan, Ong Kim Swee mempunyai satu permintaan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Dia mahu permintaannya itu ditunaikan sebelum aksi timbal balik pusingan kedua Kelayakan Olimpik 2012 pada 19 dan 23 Jun depan.
Menyedari jadual ketat dalam saingan Liga Super yang terpaksa diharungi, pengendali berusia 41 tahun itu mahu tiga perlawanan liga sepanjang Jun yang membabitkan pasukan Harimau Muda A ditunda ke Julai.
Ia bagi membolehkan skuad Olimpik kebangsaan mempunyai masa lebih panjang mengadakan kem latihan pusat selain mengatur aksi persahabatan antarabangsa sebelum aksi timbal balik pusingan kedua itu bermula.
“Perlawanan terakhir Liga Super bagi bulan Mei ialah pada 24 Mei apabila Harimau Muda A bertemu Selangor untuk perlawanan ke-21.
“Saya akan meminta kepada FAM supaya tiga perlawanan kami sepanjang Julai (14, 17 dan 21 Julai) ditunda selepas selesai aksi pusingan kedua Kelayakan Olimpik.
“Jadi, dapatlah saya kumpul pemain bermula 25 Mei dan mempunyai masa tiga minggu untuk mengadakan persiapan,” katanya ketika ditemui Kosmo! setibanya dari Pakistan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pagi semalam.
Malaysia mara setelah menyingkirkan Pakistan dengan agregat 2-0 dan lawan mereka pada pusingan kedua akan ditentukan pada majlis undian 30 Mac depan.
Ditanya sama ada berlaku pertukaran pemain untuk pusingan kedua, Kim Swee berkata, ia bergantung kepada prestasi para pemain berusia 22 tahun dan ke bawah pada saingan Liga Super dan Liga Premier sepanjang dua bulan ini.
“Saya sudah daftar 47 pemain termasuk daripada skuad Harimau Muda B dan PKNS FC. Peluang masih terbuka jika ada pemain yang saya lihat mempamerkan aksi baik pada saingan liga selepas ini,” jelasnya.
Sebaik tiba pagi semalam, Kim Swee bersama-sama 12 pemain skuad Olimpik kebangsaan terus berlepas ke Kota Kinabalu untuk aksi Liga Super yang menemukan Harimau Muda A dengan Sabah.
“Saya terpaksa panggil enam pemain yang tidak ke Pakistan kerana dua pemain cedera dan tidak dapat ke Sabah iaitu Fadhli Shas (hamstring) dan Irfan Fazail (buku lali),” ujar Kim Swee.

Sandro jarang jadi tumpuan


Pemain Tottenham Sandro jarang jadi tumpuan.

Heurelho Gomes yakin rakan sepasukannya di Tottenham dan rakan senegaranya, Sandro ada potensi untuk menjadi bintang midfield Brazil yang baru.
 
Walaupun dengan perbincangan pra-perlawanan Gareth Bale dan Rafael van der Vaart menjadi pemain Spur paling penting, ia adalah Sandro yang tak dapat disangkal lagi memberikan impak besar di kedua-dua perlawanan fasa 16 Liga Juara-juara menentang AC Milan.
 
Dan Gomes, penjaga gol, yakin pemain berusia 21 tahun itu boleh menjadi begitu berpengaruh seperti juara Piala Dunia, Dunga.
 
Beliau berkata: "Sandro pemain yang bagus, sangat pantas. Ia detik yang hebat untuk beliau ketika ini.
 
"Saya fikir beliau kelihatan seperti Dunga semasa beliau bermain di bahagian midfield. Beliau ada kualiti, boleh juga bermain, menahan bola dan memenanginya. Beliau boleh bermain dan cemerlang untuk kami.

Jangan berikan kami Barcelona selepas ini


Redknapp tak mahu jumpa Barca di suku akhir.

Harry Redknapp memuji pejuang Tottenham ketika mereka bertarung untuk mara ke suku akhir Liga Juara-juara.
 
Namun pengurus Spurs itu merayu UEFA: Jangan berikan kami Barcelona selepas ini!
 
Pasukan serangan beliau terpaksa bertahan habis-habisan untuk memastikan kelab gergasi Itali, Milan buntu mencari gol di White Hart Lane.
 
Namun mereka masih berjaya dengan agregat 1-0 dan ia lebih dari mencukupi selepas mereka melihat musuh Utara London mereka, Arsenal tersingkir di Sepanyol.
 
Redknapp berkata: "Barcelona adalah pasukan yang tidak mahu anda jumpa. Mereka membuatkan pasukan seperti Arsenal, yang di liga kami bermain permainan hantaran maut, seperti hilang arah sepenuhnya. Saya fikir aksi Barcelona adalah antara yang terbaik pernah saya saksikan. Mereka memang menakjubkan.
 
"Untuk mana-mana pasukan menewaskan Barcelona, ia akan menjadi amat sukar. Tapi kami mahu pergi sejauh mana yang boleh.