KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Rabu, 29 Disember 2010

Arsenal menakjubkan


CESC FABREGAS (tengah) menjaringkan gol kedua ketika mengetuai Arsenal menewaskan Chelsea 3-0 pada aksi Liga Perdana England di Stadium Emirates semalam.


LONDON - Ketua pasukan Arsenal, Cesc Fabregas memuji rakan sepasukannya sebagai 'menakjubkan' selepas kejayaan menewaskan Chelsea 3-1 pada perlawanan Liga Perdana England di Stadium Emirates semalam.
Ini kerana ia merupakan kemenangan pertama Arsenal ke atas Chelsea sepanjang 12 pertemuan mereka sebelum ini.
Kejayaan itu sekali gus melonjakkan kembali Arsenal ke tangga kedua liga di belakang Manchester United sambil memintas Manchester City.
"Faktor kepercayaan adalah penentu. Inilah bezanya antara pasukan yang bagus dengan pasukan yang hebat. Kami di posisi pasukan yang hebat dan ia memang menakjubkan," kata pemain antarabangsa Sepanyol itu.
Arsenal kini dipisahkan dengan dua mata berbanding United tetapi pasukan bimbingan Alex Ferguson itu masih bermain kurang satu perlawanan.
Manakala Chelsea yang mencatat kekalahan kelima mereka musim ini berada di tangga keempat dengan ketinggalan enam mata berbanding United di samping bermain lebih satu perlawanan.
Fabregas yang turut menjaringkan gol untuk Arsenal sebelum dan selepas jaringan Alex Song dan Theo Walcott menegaskan, saingan merebut kejuaraan liga kini makin ketat selepas kemenangan itu.
"Mana-mana pasukan berpeluang untuk muncul juara liga. Jadi kami akan cuba melakukan yang terbaik untuk itu," ujarnya.
Bagi pengurus, Arsene Wenger yang kali terakhir memberi Arsenal kejuaraan liga pada 2005, anak-anak buahnya jelas sudah semakin matang.
"Kami sudah matang, malah cukup berdisiplin ketika bermain sesama sendiri. Harap-harap ini akan mengukuhkan kepercayaan kami untuk terus berada di landa- san tepat dalam mencabar kejuaraan liga musim ini," tegas pengendali dari Perancis itu

'Ini sukan... tak perlu takut'


SEGELINTIR penyokong Indonesia yang melakukan tunjuk perasaan di hadapan hotel penginapan skuad Malaysia, Hotel Sultan di Jakarta semalam.


“TIADA apa yang nak ditakutkan. Ini acara sukan, bukan medan peperangan.” Itu tegas para penyokong Malaysia meski- pun ada keraguan berhubung tahap keselamatan pada perlawanan akhir kedua Kejo- hanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2010 yang akan berlangsung di Stadium Utama Gelora Bung Karno (GBK), Jakarta malam ini.
Sekumpulan 300 penyokong skuad kebangsaan tetap mahu bersama skuad negara apabila menentang Indonesia pada perlawanan akhir kedua itu malam ini.
Peminat dari Selangor, Kelantan dan Johor yang dikumpulkan oleh Kelab Penyokong Bola Sepak Selangor (SSFC) dan Gerbang Tempur Penyokong Bola Sepak Malaysia (Ultras Malaya) berlepas ke Jakarta semalam bagi menemani skuad kebangsaan apabila ber- depan Indonesia yang mereka tewaskan 3-0 pada Ahad lepas.
Presiden SSFC, Mohd. Nasir Mohd. Yunus berkata, kehadiran penyokong negara di Indonesia telah dimaklumkan kepada Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta sebagai jaminan keselamatan.
“Penyokong Malaysia tidak perlu takut kerana kekalutan mungkin hanya berlaku ketika perlawanan sahaja dan tidak akan merebak di luar stadium, namun saya ingatkan penyokong negara agar sentiasa berwaspada,” katanya semalam.
Semalam, beberapa akhbar Indonesia melaporkan bahawa penyokong Malaysia tidak berani hadir untuk memberi sokongan kepada pasukan negara kerana bimbang dengan keselamatan mereka.
Sehingga kini belum diketahui jumlah penyokong Malaysia yang akan bertandang ke stadium tersebut walaupun dilaporkan sejumlah 5,000 tiket telah diperuntukkan untuk mereka.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek ketika ditanya di Jakarta berkata, penyokong Malaysia tetap ada, namun dijangka tidak seramai penyokong Indonesia semasa perlawanan di Bukit Jalil.
Pada Ahad lepas, kira-kira 15,000 penyo- kong Indonesia berada di Stadium Nasional, Bukit Jalil untuk menyaksikan perlawanan akhir pertama.
Kehadiran mereka dilayan dengan baik tanpa berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.
“Begitu juga yang kami harapkan apabila penyokong Malaysia datang ke Jakarta untuk menyaksikan perlawanan ini,” kata Mohd. Nasir.
Beliau dan penyokong lain berharap dapat mengiringi kepulangan skuad kebangsaan bimbingan jurulatih K. Rajago- pal itu bersama Piala Suzuki.
Sementara itu, kumpulan Ultras Malaya juga akan mengumpulkan peminat bola sepak tempa- tan menonton siaran langsung perlawa- nan tersebut menerusi skrin besar di Restoran Hakim, Seksyen 7, Shah Alam seawal pukul 7 malam ini.
Wakil kumpulan itu, Mohd. Azrul Mohd. Hussin, 25, berkata, mereka berjaya mengumpul lebih 100 penyokong untuk menyaksikan perlawanan separuh akhir kedua ketika Malaysia menentang Vietnam pada 18 Disember lepas dan kali ini berharap lebih ramai akan turut sama.
Sementara itu, sebilangan penyokong pasukan Indonesia berkumpul di hadapan hotel penginapan skuad Malaysia di Jakarta untuk menunjuk perasaan ekoran tidak puas hati selepas pasukan mereka tewas 0-3 pada aksi pertama di Bukit Jalil, Ahad lepas.
Mereka membawa kain rentang yang ditulis perkataan: Tak Ada Tempat Yang Aman Untuk Penonton Timnas Malaysia Di Jakarta!!!; “Raja Gombal..” Di Jakarta Kami Hancurkan; ‘No Laser, Only Foot- ball’.
Begitupun, tindakan penyokong Indonesia itu tidak menjejaskan fokus skuad negara dan mereka menghadapinya dengan tenang tanpa ada perasaan gementar.
Apa yang pasti, tindakan penyokong pasukan tuan rumah itu sangat memalukan kerana pasukan mereka disambut dengan penuh hormat ketika bertandang ke Kuala Lumpur.
Ia juga membuktikan bahawa skuad Indo- nesia tidak ada keyakinan pada diri sendiri dengan meminta sokongan peminat berbuat demikian dengan harapan dapat melunturkan semangat pemain negara.

Subahan: Pemain tidak gentar


BARISAN wira negara yang akan berjuang menjulang nama Malaysia di bumi Indonesia malam ini kecuali Amirulhadi Zainal (berdiri tiga dari kanan) dan Mahali Jasuli (depan dua dari kanan) yang terlepas aksi akibat menerima kad kuning kedua.


JAKARTA - Pengurus pasukan kebangsaan, Datuk Subahan Kamal sudah mendapat hadiah hari jadi ke-45 yang cukup bermakna pada Ahad lalu apabila Malaysia menewaskan Indonesia 3-0 pada final pertama Piala Suzuki AFF 2010.
Namun, kejuaraan mutlak hanya akan diperoleh jika Malaysia berjaya mempertahankan kelebihan tersebut selepas tamat aksi final kedua di Stadium Utama Gelora Bung Karno di sini malam ini.
Menurut Subahan, beliau cukup yakin bahawa barisan pemain muda negara tidak akan menghadapi masalah untuk menangani tekanan yang bakal dihadirkan para penyokong fanatik Indonesia sepanjang baki 90 minit perlawanan.
"Saya rasa mental para pemain tiada masalah. Sebelum latihan semalam (kelmarin) saya sudah jumpa mereka dan meminta agar beri fokus sepenuhnya. Jangan fikir hal-hal lain.
"Saya yakin para pemain mampu menyerap tekanan walaupun penyokong Indonesia ini agak fanatik. Kami tak gentar dan yakin Piala Suzuki AFF akan dijulang Malaysia," katanya ketika ditemui di Hotel Sultan di sini semalam.
Subahan yang sudah setahun setengah menggalas tugas seba- gai pengurus skuad kebangsaan berkata, kekalahan 1-5 kepada Indonesia pada 1 Disember lalu menjadi titik kebangkitan mereka pada kejohanan kali ini.
"Situasi kita ini sama seperti Sukan SEA 2009 apabila kita tewas kepada Vietnam pada aksi pertama tetapi akhirnya menewaskan lawan yang sama pada final.
"Pada Piala Suzuki AFF ini, selepas tewas 1-5 kepada Indone- sia, saya beritahu pemain bahawa kita mesti muncul juara dan berjumpa semula Indonesia di final. Misi ini hampir tercapai," jelasnya.
Subahan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Media Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) turut kesal dengan media Indone- sia yang gagal membantu menjernihkan ketegangan kedua-dua negara.
"Saya lihat media di sini langsung tidak membantu. Mereka lebih mengapi-apikan penyokong Indonesia dengan membangkitkan pelbagai isu remeh dan laporan berunsur provokasi.
"Apa yang saya nampak, mereka seolah-olah tidak dapat menerima kenyataan yang pasukan mereka tewas 0-3 di tangan kita," ujarnya.

Provokasi terakhir Indonesia


PEMAIN-PEMAIN Malaysia meraikan kejayaan menewaskan Indonesia 3-0 pada perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Ahad lepas.


JAKARTA - Pihak media Indo- nesia ternyata begitu terdesak mencari isu baru bagi mewujud- kan provokasi terhadap pasukan Malaysia menjelang final kedua Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Utama Gelora Bung Karno di sini malam ini.
Petang semalam ketika sidang media di Kementerian Negara Pemuda dan Olahraga (Kemenpora) Indonesia di sini, seorang wartawan Indonesia mengajukan soalan kepada Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Soalan wartawan itu berbunyi: "Kami baru menerima SMS (khidmat pesanan ringkas) bahawa FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) telah menjatuhkan hukuman denda AS$40 juta (RM123 juta) dan penggantungan empat tahun buat pasu- kan Malaysia kerana kesalahan pancaran laser."
Shabery yang tampak terkejut dengan isu terbaru yang cuba di- bangkitkan media Indonesia itu terpaksa menjawab soalan tersebut dengan berlapik.
"Cukup besar jumlah itu. Saya baru tahu berita ini. Saya kena dapatkan maklumat terperinci dahulu daripada FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia). Jika benar, FAM pasti boleh merayu," kata Shabery.
Ternyata isu yang cuba dibangkitkan itu merupakan desa- kan terakhir Indonesia untuk menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 dengan 'menghalalkan cara' setelah mereka tewas 0-3 pada final pertama Ahad lalu.
Ini kerana, jika benar dakwaaan mereka Malaysia digantung empat tahun, maka Indonesia akan diberi kemenangan percuma pada aksi final kedua malam ini dan di- isytiharkan sebagai juara.
Namun Kosmo! terus mendapatkan pengesahan segera dari- pada Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad sebaik tamat sidang media itu.
Menerusi SMS, Azzuddin berkata: "Ini pertama kali saya dengar berita ini. Ia merupakan provokasi. Jika benar tindakan diambil, ia perlu dilakukan AFF (Persekutuan Bola Sepak ASEAN), bukannya FIFA. Ini kerana ia kejohanan anjuran AFF."
Sejurus kemudian, Shabery yang turut menghubungi Azzuddin bagi memperbetulkan kenyataannya pada sidang media tersebut.
"Saya telah semak dengan FAM dan mendapati perkara tersebut tidak benar. Ia hanya provokasi pihak tertentu bagi melemahkan semangat pasukan Malaysia," jelas Shabery.
Apa yang pasti, provokasi demi provokasi akan berterusan jika Malaysia berjaya dinobatkan sebagai juara Piala Suzuki AFF 2010 malam ini.