KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Jumaat, 20 Ogos 2010

Bremen tetap gah tanpa kelibat Ozi

l

PARA pemain Bremen meraikan kejayaan mereka menewaskan Sampdoria 3-1 pada aksi pertama playoff Liga Juara-Juara awal pagi semalam.


BREMEN - Meskipun beraksi tanpa Mesut Ozil, Werder Bremen masih mampu menewaskan Sampdoria 3-1 pada aksi pertama playoffLiga Juara-Juara awal pagi semalam.

Kelab Jerman itu belum pernah tewas dengan mana- mana kelab Itali di laman sendiri dan anak-anak buah Thomas Schaaf berjaya mempertahankan rekod tersebut.

Kemenangan itu memberikan mereka bekalan selesa untuk aksi di tempat lawan pada awal pagi Rabu depan.

Tiga gol Bremen yang dijaringkan Clemens Fritz, Torsten Frings dan Claudio Pizzaro hadir hanya selepas 24 jam mereka kehilangan perancang tengah, Ozil yang berhijrah ke Real Madrid.

Begitupun, jaringan lewat Giampaolo Pazzini membolehkan Sampdoria memperoleh satu gol di tempat lawan.

Bremen bagaimanapun dianggap sebagai pilihan untuk mara ke saingan peringkat kumpulan bagi menyertai dua lagi kelab Jerman yang telah layak secara automatik iaitu Bayern Munich dan Schalke 04.

"Saya yakin kami akan dapat menjaringkan gol pada aksi kedua di Genoa nanti tetapi sesuatu yang rugi apabila kami melepaskan satu gol pada lewat permainan.

"Walaupun kami bermula sukar, kami dapat mempertingkatkan permainan selepas rehat dan berjaya menghasilkan tiga gol penting," kata Pengarah Sukan Bremen

Tiada ulasan: