KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Ahad, 1 Ogos 2010

Hernandez ceriakan Chivas

GUADALAJARA - Kelab dari Mexico, Guadalajara Chivas mencatat kemenangan bermakna apabila menewaskan Manchester United 3-2 pada perlawanan persahabatan di Stadium Omnilife kelmarin.

Perlawanan yang berlangsung di stadium baru bernilai AS$150 juta (RM525 juta) itu turut bertujuan meraikan penghijrahan bekas penyerang Chivas, Javier Hernandez (gambar) ke Old Trafford.

"Ia bagai mimpi menjadi satu kenyataan. Ketika kecil, saya mengimpikan untuk beraksi bersama kelab terkemuka.

"Hari ini, saya sangat gembira kerana impian saya itu sudah menjadi kenyataan," kata Hernandez .

Hernandez yang menjadi pemain yang diraikan pada perlawanan itu beraksi pada babak pertama untuk Chivas dan dia menjaringkan gol pembukaan tuan rumah pada minit ke-8.

Bagaimanapun, United menyamakan kedudukan menerusi jaringan Chris Smalling seminit kemudian sebelum Chivas kembali di depan menerusi gol Adolfo Bautista pada minit ke-38.

Babak kedua, Hernandez beraksi bersama United tetapi dia masih gagal menghalang kelab lamanya untuk menjaringkan gol ketiga menerusi Hector Reynoso pada minit ke-59.

Hernandez turut memperoleh beberapa peluang di depan gol tetapi masih gagal menceriakan 45,000 penyokong Chivas yang penuh sesak memenuhi stadium tersebut.

Sebaliknya, Nani berjaya merapatkan jurang buat United dengan gol pada minit ke-80.

Tiada ulasan: