KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Selasa, 17 Ogos 2010

Spurs bakal cipta sejarah


REDKNAPP (tengah) mencipta satu lagi kejayaan dalam karier apabila berjaya membawa Spurs ke saingan playoff Liga Juara-Juara.


PARIS - Harry Redknapp bakal mencipta satu lagi kejayaan dalam karier sebagai pengurus apabila membawa Tottenham Hot- spur (Spurs) beraksi pada saingan playoff Liga Juara- Juara.

Awal pagi esok, Spurs akan beraksi buat pertama kalinya dalam sejarah apabila menentang kelab Switzerland, Young Boys.

Musim lalu, Redknapp berjaya mengemudi Spurs dengan cemerlang sehingga berjaya membantu pasukan tersebut menduduki tangga keempat Liga Perdana England dan layak ke saingan playoffkejohanan berprestij di Eropah itu.

"Sekurang-kurangnya saya boleh memberitahu cucu saya yang kami berjaya menduduki tempat keempat selepas setahun saya membimbing Spurs dan kami layak ke saingan Liga Juara-Juara," kata Redknapp.

Bagi memastikan Spurs berjaya meneruskan cabaran pada saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara musim ini, Redknapp perlu menyingkirkan Young Boys pada aksi timbal balik perlawanan play- off itu.

Begitupun, jika dilihat kepada persembahan Spurs ketika seri tanpa jaringan menentang Manchester City, Sabtu lalu yang dinafikan kehebatan penjaga gol lawan, Joe Hart, ternyata anak-anak buah Redknapp tidak menghadapi masalah untuk mengetepikan kelab Switzerland itu.

Sementara itu, pertemuan dengan Spurs bakal memberi makna cukup besar buat pemain pertahanan Young Boys, Scott Sut- ter yang membesar di London dan pernah membeli tiket bermusim menonton perlawanan di White Hart Lane.

"Sangat mengujakan ketika saya menonton majlis undian bersama ayah apabila nama pertama yang diundi bertemu ialah pasukan kami dan Spurs.

"Saya terus melompat gembira kerana dapat bertemu kelab yang saya sokong dahulu dan akhirnya saya dapat juga beraksi di White Hart Lane. Tiada yang lebih gembira daripada itu," kata Sutter.

Dengan 10 slot menjadi rebutan bermula awal pagi esok, Spurs tidak bersendirian untuk memburu tempat ke saingan peringkat kumpulan.

Turut akan beraksi ialah Ajax, Rosenborg, Sparta Prague dan juga juara Piala UEFA 2008, Zenit-St Petersburg

Tiada ulasan: