KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Ahad, 26 September 2010

Situasi Rooney bikin Ferguson resah


FERGUSON (kanan) masih menyandarkan harapan kepada Rooney bagi mengetuai jentera serangan United musim ini.


MANCHESTER - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson tidak dapat menyembunyikan kebimbangannya menjelang aksi Liga Perdana England menentang Bolton Wanderers malam ini.

Kebimbangan Ferguson sudah pasti terhadap masalah peribadi yang melanda ayam tambatannya, Wayne Rooney yang dianggap mampu menjejaskan prestasi penyerang antarabangsa England itu sendiri.

Rooney, 24, kini menjadi perhatian media-media di Britain ekoran skandal seksnya bersama beberapa orang pelacur sehingga dilihat bakal meruntuhkan rumah tangga yang dibinanya bersama isteri, Coleen.

Sebagai rekod, Rooney hanya mampu meledak dua gol buat The Red Devils dalam lima perlawanan awal liga musim ini.

Disebabkan itu, Ferguson bimbang sekiranya Rooney terus dihimpit masalah yang sama, ia bakal menjejaskan rentak permainannya, sekali gus gagal membantu United untuk mencipta lebih banyak kemenangan.

"Saya tidak percaya dia (Rooney) mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi berkaitan dengan masalah yang dihadapinya ketika ini.

"Namun Rooney kini telah sedar dia mempunyai tanggungjawab sebagai seorang pemain bola sepak profesional.

"Dia telah melalui bagaimana rasanya apabila sentiasa menjadi perhatian pihak media berhubung masalah yang langsung tidak berkaitan dengan bola sepak.

"Saya tidak fikir dia mampu melarikan diri daripada perkara tersebut dalam masa terdekat," jelas Ferguson.

Anak-anak buah Ferguson bakal berkunjung ke Stadium Reebok bagi mencari kemenangan keempat selepas tampil cemerlang ketika menewaskan musuh tradisi, Liverpool 3-2 di Old Trafford Ahad lalu.

Dalam pada itu, kem United kini menerima perkhabaran gembira selepas perancang, Owen Hargreaves dilaporkan telah kembali pulih daripada masalah kecederaan yang dialaminya dan kini sedia untuk diturunkan.

Sebelum ini, masa depan Hargreaves bersama The Red Devilsmenjadi persoalan selepas dia terpaksa diketepikan untuk dua musim ekoran masalah kecederaan lutut sehingga memaksa dia menjalani pembedahan sebanyak dua kali.

"Hargreaves telah kembali menjalani latihan bersama kami semalam (kelmarin) dan dia dilihat berada dalam keadaan baik.

"Selepas menyaksikan dia menjalani latihan, saya percaya jika dia berjaya meneruskan rentak sedemikian, ia bakal memeningkan kepala saya untuk memilih barisan pemain dalam kesebelasan utama. Itu pasti

Tiada ulasan: