KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Selasa, 12 Oktober 2010

Bento inspirasi baru Portugal



BENTO dikatakan telah membawa semangat baru kepada skuad kebangsaan Portugal.


LISBON - Kejayaan menewaskan Denmark 3-1 pada aksi kelayakan Euro 2012, Sabtu lalu ternyata memberikan suntikan semangat buat Portugal.

Rentak cemerlang itu sudah pasti- nya mahu diteruskan apabila skuad kendalian Paulo Bento turun menentang Iceland pada perlawanan sete- rusnya di Stadium Laugardalsvollur awal pagi esok.

Baru dilantik selaku jurulatih bagi menggantikan Carlos Queiroz yang dipecat bulan lepas, Bento pada awalnya berada dalam situasi tertekan selepas Portugal sekadar mengutip satu mata dalam dua perlawanan.

Semuanya bermula selepas Portugal tewas 0-1 dengan Norway dan sekadar mencatatkan keputusan seri 4-4 menentang Cyprus pada aksi peringkat Kumpulan H.

Namun, segala-galanya berubah sejak Bento mula mengambil alih tugas selaku jurulatih yang mana skuad kendaliannya itu tampak lebih bertenaga apabila mencatatkan kemena- ngan sulung mereka dalam saingan musim ini ke atas Denmark.

"Kami (Portugal) kini memasuki fasa baru sejak mula dikendalikan oleh Bento kerana dia memberikan kami satu suntikan semangat serta keyaki- nan bagi melakar kejayaan," jelas penjaga Portugal, Eduardo.

Percaturan yang dilakukan Bento ke atas skuad kendaliannya pada aksi menentang Denmark itu benar-benar memperlihatkan kredibilitinya selaku jurulatih selain cepat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru bersama pemain.

"Ia agak menggembirakan apabila kamu dapat berlatih di bawah kendalian jurulatih seperti Bento.

"Pemain-pemain semua gembira dan kamu dapat melihat suasana itu ketika di atas padang," kata kapten pasukan Portugal, Cristiano Ronaldo

Tiada ulasan: