KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Jumaat, 15 Oktober 2010

Rooney 'naik angin'dengan Ferguson


ROONEY (kiri) gagal memberi impak berkesan sejak mengalami kecederaan sehingga mencetuskan kegelisahan di hati pengurus United, Alex Ferguson.


LONDON - Manchester United kini mula bimbang mengenai masa depan 'ayam tambatan'nya, Wayne Rooney. Terdahulu, penyerang pasukan England itu menyelar kenyataan pengurus United, Alex Ferguson yang mengatakan prestasinya merosot sejak mengalami kecederaan buku lali.

"Saya tiada masalah dengan kecederaan buku lali yang saya alami," tegas Rooney ketika diminta mengulas kenyataan Ferguson baru-baru ini.

Ketika ditanya mengapa Ferguson berkata demikian, Rooney menjawab: "Saya tidak tahu mengapa."

Rooney gagal meledak sebarang gol ketika England seri tanpa jaringan dengan Montenegro pada aksi kelayakan Euro 2012 awal pagi kelmarin.

Kini kebimbangan mula timbul mengenai perbincangan kontrak baru Rooney bersama United akan berdepan masalah.

Kontraknya akan berakhir hujung musim ini dan United telah mendedahkan hajat mereka untuk mengekalkan penyerang itu di Old Trafford dengan kontrak jangka masa panjang.

Begitupun, Rooney dikatakan telah meminta supaya perbinca- ngan mengenai kontrak tersebut ditangguhkan seketika.

Ejen Rooney juga telah meminta gaji pemain tersebut dinaikkan daripada £90,000 (RM445,909) kepada £150,000 (RM743,465) seminggu.

Ketika ini, kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid berminat untuk mendapatkan khidmat Rooney dan mampu mengatasi tawaran United itu

Tiada ulasan: