KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Isnin, 1 November 2010

Alex Song selamatkan maruah Arsenal



SONG (kiri) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan pada aksi menentang West Ham kelmarin.


LONDON - Arsene Wenger sedar kemenangan lewat yang dicatat Arsenal ketika menewaskan West Ham 1-0 malam kelmarin memberi gambaran bahawa mereka perlu meningkatkan tahap permainan jika masih berhajat menjulang kejuaraan Liga Perdana England musim ini.

Jaringan kemenangan Alex Song pada minit ke-88 sekali gus meletakkan West Ham kini berada di tangga tercorot biarpun kecemerlangan penjaga gol Hammers, Robert Green hampir mengecewa- kan The Gunners.

Wenger berkata, beliau cukup berbangga dengan tahap kesabaran yang dimiliki pasukannya serta kebijaksanaan mereka untuk mencari gol kemenangan.

"Memang kami memiliki peluang terbaik untuk memburu kejuaraan liga tetapi saya mahu kami pamer- kan aksi konsisten terlebih dahulu.

"Kami perlu meningkat dari semasa ke semasa dan masih perlu meningkatkan tahap permainan untuk mencapai sasaran tersebut.

"Apabila kamu mencatat kemenangan hanya dengan jaringan yang dihasilkan pada dua minit terakhir permainan, ia pasti sesuatu yang melegakan.

"Kami tampak sudah semakin matang dan pemain dilihat lebih bersabar, bijak dan tidak melakukan kesilapan di bahagian pertahanan dengan mereka memiliki semangat yang tinggi serta tersusun baik," kata Wenger.

Dalam perkembangan lain, pengurus Arsenal itu turut berharap agar ketua pasukan, Cesc Fabregas dapat turun beraksi ketika mereka berdepan Shakhtar Donetsk pada aksi Liga Juara-Juara awal pagi Khamis ini.

"Fabregas masih merasai kesakitan pada bahagian hamstringnya. Harap tiada sebarang kecede- raan teruk kembali dialaminya.

"Pada rehat separuh masa, saya ragu-ragu untuk membiarkan dia terus beraksi tetapi saya benarkan juga dengan jangkaan dia mampu beraksi untuk 10 hingga 15 minit.

"Bagaimanapun, dia tampak berasa selesa dan terus mampu beraksi dengan semakin baik sehingga penghujung perlawanan," jelas Wenger.

Tiada ulasan: