KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Selasa, 9 November 2010

Kelantan, Masum tepati ramalan


JURULATIH Kelantan, Zahasmi Ismail (kiri) ketika mengendalikan latihan skuad Kelantan baru-baru ini. Kelantan turut mara ke pusingan suku akhir.


JUARA 13 kali kejohanan bola sepak Puncak Piala Emas Raja-Raja, Kelantan menepati ramalan sebagai pasukan pilihan apabila muncul juara Kumpulan B, sekali gus layak ke pusingan suku akhir pada 13 November ini.
Pengurus skuad Kelantan, Nudin Awang berkata, beliau berpuas hati dengan aksi yang ditunjukkan barisan pemainnya sepanjang saingan peringkat kumpulan yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, Kota Bharu.
Menurutnya, kejayaan layak ke pusingan seterusnya ini adalah hasil kerja keras semua pihak termasuk jurulatih.
"Walaupun terpaksa menyiapkan pasukan dalam tempoh masa yang agak singkat, namun mereka telah berjaya melakukanya yang terbaik," katanya ketika ditemui semalam.
Nudin menambah, sepanjang aksi pering- kat kumpulan lalu, masih lagi terdapat be- berapa kelemahan yang perlu diatasi.
"Kita telah mengenal pasti beberapa kele- mahan terutama di bahagian serangan yang dilihat masih lagi tumpul walaupun kita ber- jaya menjaringkan sembilan gol pada saingan peringkat kumpulan.
"Untuk posisi pertahanan dan tengah, saya lihat ia tidak banyak memberi masalah dan rata-rata pemain semakin serasi dengan corak yang diterapkan oleh jurulatih," ujarnya.
Nudin memberitahu, bagi menyuntik semangat pemain, pihak pengurusan juga telah mengagihkan bonus serta-merta kepada mereka atas kejayaan mencatatkan tiga kemenangan berturut-turut dalam saingan peringkat kumpulan.
"Saya mahu para pemain berseronok mengharungi pertandingan ini tanpa seba- rang tekanan walaupun mereka menyedari sasaran yang ditetapkan oleh pihak pengu- rusan ialah untuk menjulang piala pada tahun ini," katanya.
Sepanjang aksi peringkat kumpulan yang berlangsung di Kota Bharu pada 5 hingga 7 November lalu, Kelantan membelasah ATM dengan kemenangan 5-1, menang tipis 3-2 ke atas Johor sebelum menutup tirai aksi kumpulan dengan menyingkirkan Pulau Pinang dengan kemenangan 1-0.
Turut tampil cemerlang pada saingan kali ini ialah pasukan Majlis Sukan Universiti Malaysia (Masum) yang memperagakan aksi hebat dalam tiga perlawanan peringkat awal.
Masum kini dianggap antara skuad pilihan yang perlu diawasi oleh pasukan lawan.
Masum yang dibimbing Omar Ali, menang dua perlawanan awal Kumpulan D dengan mengatasi PDRM 3-1 dan Singapura 2-0.
Selain Kelantan dan Masum, turut layak ke suku akhir ialah Perak, Terengganu dan Johor.
Pasukan-pasukan yang layak dari Kumpulan A hanya dapat ditentukan hari ini.
Perlawanan Kumpulan A melibatkan Perlis, Pahang, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur di Stadium Utama Negeri, Kangar bermula semalam dan berakhir hari ini.
Aksi Kumpulan A ditunda akibat banjir yang melanda Perlis.
Perlawanan suku akhir Puncak Piala Emas Raja-Raja akan berlangsung secara timbal balik pada 13 dan 20 November ini manakala separuh akhir dijadualkan 28 No- vember dan 4 Disember.
Perlawanan akhir akan berlangsung pada 11 Disember depan

Tiada ulasan: