KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Ahad, 15 Ogos 2010

Wenger percaya darah muda Arsenal


WENGER (tengah) tekun memberi arahan kepada anak-anak buahnya pada sesi latihan kelmarin menjelang pertemuan Arsenal menentang Liverpool di Anfield hari ini.


LONDON - Pengurus Arsenal, Arsene Wenger tetap yakin dengan kemampuan barisan pemain mudanya menjelang aksi menentang Liverpool dalam saingan Liga Perdana England di Anfield malam ini.

"Kami terpaksa mengharungi cabaran sukar pada aksi pertama dengan menentang Liverool tetapi ia merupakan peluang terbaik bagi membuktikan kemampuan kami dalam usaha merampas kembali kejuaraan liga.

"Perlawanan dengan Liverpool juga bakal menjadi kayu pengukur kepada tahap persembahan pemain-pemain saya dan sudah pasti, ia memerlukan tumpuan yang sepenuhnya.

"Persembahan ketika aksi pramusim baru-baru ini memberi motivasi terbaik buat kami untuk memastikan matlamat utama kami pada musim ini mampu dicapai," jelas Wenger.

Tambah beliau, saingan pada musim ini menjadi semakin sengit dengan enam atau tujuh kelab dilihat mampu bergelar juara liga.

"Amat penting bagi kami untuk mengekalkan rentak konsisten dalam setiap perlawanan dan mencatat kemenangan ke atas kelab-kelab utama.

"Apa pun kami masih mempunyai kelebihan berbanding kelab lain kerana kami sememangnya telah mengenali antara satu sama lain dengan baiknya dan tahu bagaimana cara terbaik untuk bermain," tambahnya.

Dalam perkembangan lain, Wenger yang telah membimbing Arsenal sejak tahun 1996, dilaporkan memperbaharui kontraknya bersama skuad The Gunners itu.

Pengurus kelahiran Perancis itu telah menyatakan persetujuan untuk menandatangani kontrak selama tiga tahun lagi bagi membimbing Arsenal.

"Saya perlu membuktikan kepada semua yang saya percaya dengan kemampuan pasukan ini dengan menunjukkan komitmen saya," kata Wenger yang kontrak asalnya bersama Arsenal tamat hujung musim ini

Tiada ulasan: