KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Rabu, 10 November 2010

Chanturu makin bersemangat


SEORANG pegawai perubatan membalut buku lali kaki kanan Chanturu dengan ais semalam.


PENJARING gol kemenangan skuad bola sepak kebangsaan ketika menewaskan Kyrgyzstan 2-1 kelmarin, S. Chanturu masih belum pasti dapat diturunkan pada aksi kedua bertemu Jepun di Stadium Huadu petang ini.
Pemain sayap Kelantan yang berasal dari Kulim, Kedah itu tidak dapat turun menjalani latihan di Stadium Huagong semalam selepas mengalami kecederaan buku lali pada minit ke-82 ketika aksi sulung Kumpulan A tersebut.
Namun Chanturu, 23, masih menyimpan hajat besar untuk terus turun beraksi membantu skuad negara dalam usaha mencari satu keputusan positif ketika bertemu Jepun.
"Kalau kesakitan pada bahagian belakang buku lali saya ini dapat sembuh sebelum perlawanan, saya memang begitu bersemangat untuk turun beraksi.
"Jika diturunkan, saya akan bermain bersungguh-sungguh untuk menunjukkan kepada Jepun bahawa Malaysia juga mampu menyaingi mereka," katanya ketika ditemui Kosmo! pada sesi latihan petang semalam.
Chanturu kini pada prestasi terbaik setelah dia turut menjaringkan satu gol ketika skuad kebangsaan menewaskan Maldives 4-0 di Stadium MBPJ, Kelana Jaya minggu lalu pada aksi persahabatan terakhir sebelum berlepas ke Guangzhou.
Karier bola sepak Chanturu sebe- narnya bermula agak lewat apabila dia menjadi pemain skuad Piala Presiden Telekom Melaka pada 2007 dan pemain skuad Piala Presiden KL Plus pada musim 2008.
Hanya pada pertengahan musim 2009, Chanturu disenaraikan sebagai pemain skuad Liga Super Pulau Pinang sebelum dia dipancing Kelantan pada awal musim 2010.

Tiada ulasan: