KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Selasa, 8 Mac 2011

Shakhtar ada misi peribadi




DARIJO SRNA (kanan) dan Dmytro Chygrynskiy meraikan kejayaan Shakhtar menewaskan Roma 3-2 bulan lalu.


DONETSK - Kelab Ukraine, Shakhtar Donetsk ada misi peribadi yang perlu dilaksanakan pada aksi kedua pusingan kedua Liga Juara- Juara bertemu AS Roma di Stadium Donbass Arena awal pagi esok.
Selepas berjaya mencatat kemenangan 3-2 pada aksi pertama pada 16 Februari lalu, Shakhtar yang kini dibimbing Mircea Lucescu tidak mahu menoleh ke bela- kang lagi.
Ini kerana, anak-anak buah Lucescu itu sudah bertekad untuk mara ke peringkat suku akhir pada kejohanan paling berprestij di Eropah itu.
Bagaimanapun, Lucescu tetap mengingatkan anak-anak buahnya agar tidak terus di- buai mimpi dengan kemena- ngan pada aksi pertama itu.
Sebaliknya, beliau menuntut barisan pemainnya meningkatkan prestasi masing-masing bagi memastikan kelab itu mara ke kelompok lapan pasukan terbaik musim ini.
"Ada di kalangan pemain saya yang dilihat beraksi dengan sambil lewa pada aksi pertama dan ia tidak boleh berlaku sekali lagi pada aksi kedua nanti.
"Aksi kedua sudah pasti- nya akan menjadi suatu yang berbeza daripada aksi pertama. Roma pastinya tidak akan beraksi secara bertahan kerana mereka perlu mencari gol awal sele- pas ketinggalan satu gol jika dibandingkan dengan kami (Shakhtar).
"Namun, kami juga tidak akan membiarkan Roma menguasai perlawanan kerana kami cukup bersemangat untuk mencatat kemenangan. Hanya dengan kemenangan sahaja dapat menjamin kejuaraan yang sudah lama kami impikan," jelas Lucescu.
Sementara itu, Pengarah Urusan Roma, Gian Paolo Montali optimis dengan kemampuan kelab itu mara ke peringkat suku akhir berdasarkan persembahan yang dipamerkan para pemain sejak berada di bawah kendalian jurulatih baru, Vincenzo Montella.
"Kami (Roma) gembira dengan aksi yang dipamerkan para pemain sejak berada di bawah kendalian Montella.
"Kami memiliki jurulatih yang berkredibiliti tinggi bagi menggarap ramuan terbaik untuk menewaskan Shakhtar dan saya yakin dia mampu memberikan impak yang besar kepada kami," kata Montali.

Tiada ulasan: