KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Selasa, 29 Jun 2010

DUA MISI JEPON

PRETORIA: Jepun mungkin tidak mempunyai peluang sebaik ini bagi mengakhiri rekod mengecewakan pasukan Asia setiap kali bertemu pasukan Amerika Selatan di Piala Dunia apabila turun menentang Paraguay pada pusingan kedua di Pretoria, malam ini.

Pasukan Asia hingga kini belum berjaya menewaskan skuad dari Amerika Selatan di Piala Dunia. Dalam 10 pertemuan antara kedua-dua benua, Amerika Selatan menang lapan perlawanan dan dua lagi seri, Korea Utara seri 1-1 dengan Chile pada 1966 dan Korea Selatan seri tanpa jaringan ketika menentang Bolivia pada 1994.

Bagaimanapun, prestasi hebat Jepun di peringkat kumpulan kali ini mencerahkan harapan mengakhiri badi berkenaan sekali gus mengesahkan tiket skuad matahari terbit itu ke suku akhir buat pertama kali.


Meskipun Paraguay mengungguli kumpulan disertai juara dunia Itali, Slovakia dan New Zealand, mereka gagal mempamerkan aksi menyerang seperti diharapkan walaupun menyenaraikan penyerang hebat seperti Roque Santa Cruz, Lucas Barrios dan Nelson Valdez.


Jepun sebaliknya menjadi tumpuan kejohanan ini dengan corak serangan bertali arus dan kehebatan penyudahan set-piece.


Selepas menjinakkan Denmark, 3-1 pada perlawanan terakhir kumpulan, penyerang Keisuke Honda yang menjaringkan gol menerusi sepakan percuma daripada jarak 30 meter kini berazam membawa pasukannya ke suku terakhir.


“Bagi saya dan pasukan, perlawanan berikut lebih penting kerana kami mahu membuktikan kepada rakyat Jepun bahawa tiada yang mustahil,” katanya.


Jepun turut membuktikan kepada pasukan lain di Piala Dunia tidak mustahil melakukan jaringan menerusi sepakan percuma menggunakan bola Jabulani yang didakwa sukar dikawal.


Honda dan Yasuhito Endo berjaya melakukan jaringan itu pada pertemuan menentang Denmark dan pemain pertahanan, Tulio yang mengakui dirinya kembali cergas selepas perlanggaran dengan pemain Denmark berkata, Jepun boleh memanfaatkan kehebatan set-piece mereka sekali lagi.


“Paraguay pasti cuba sebaik mungkin mengecewakan kami. Setiap gol kini lebih berharga dan kami perlu terus berwaspada. Kami perlu pelbagaikan set-piece untuk mengejutkan mereka,” katanya.


Paraguay pastinya gembira menghasilkan gol menerusi cara apa pun ketika ini selepas seri tanpa jaringan dengan New Zealand dalam perlawanan terakhir kumpulan yang membuktikan mereka kebuntuan jaringan. Pertahanan, Julio Cesar Caceres berkata Paraguay tidak berpuas hati dengan hanya mara ke pusingan kedua kerana mereka mereka pernah melakukannya sebanyak tiga kali sebelum ini

“Kami gembira kerana melepasi pusingan pertama tetapi objektif kami ialah mencatat sejarah dan perlawanan menentang Jepun penting,” katanya. “Kami mampu menghasilkan permainan terbaik. Jepun adalah pasukan yang pantas dan kami perlu memikirkan secara terperinci untuk mencari jalan menewaskan mereka

Tiada ulasan: