KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Selasa, 29 Jun 2010

Tevez cemerlang julang Argentina

JOHANNESBURG: Pemain terbaik perlawanan, Carlos Tevez bingung mengapa dia dikeluarkan jurulatih Diego Maradona selepas mempamerkan aksi cemerlang ketika membantu Argentina meneruskan rentak tanpa kalah pada perlawanan pusingan kedua Piala Dunia di Stadium Soccer City.

Bintang Manchester City itu menjaringkan gol bagi mengesahkan juara dunia dua kali itu membelasah Mexico 3-1 dan mara ke suku akhir.

Argentina akan beraksi pada pertembungan paling menarik di suku akhir berdepan Jerman, menewaskan musuh tradisi England 4-1 di Bloemfontein, kelmarin.


Perlawanan itu juga memperlihatkan kehebatan Tevez yang melepaskan rembatan cantik dari luar kotak penalti pada minit ke-52, gagal digapai penjaga gol Mexico Oscar Perez.


Begitupun, jaringan pembukaan Tevez pada minit ke-26 diselubungi kontroversi.


Dia tidak dikawal menerima hantaran Lionel Messi dan melepaskan rembatan dari jarak dekat yang gagal ditampan Perez.


Pemain Mexico bersungguh-sungguh membantah jaringan itu kerana mendakwa Tevez berada di posisi ofsaid, dan dakwaan mereka itu terbukti benar selepas ulang tayang rakaman video menunjukkan Tevez ofsaid, tetapi pengadil Itali Roberto Rosetti membenarkan jaringan itu selepas berbincang dengan penjaga garisan.


Bagaimanapun sejurus selepas Tevez menjaringkan gol kedua, dia dikeluarkan oleh Maradona menerima tepukan daripada 84,377 penonton yang membanjiri stadium.


“Saya perlukan perlawanan sebegitu untuk membuktikan saya sedia dan cergas, saya bangga menyarung jersi ini,” kata Tevez.


“Saya bersaing dan berasa berada di tahap yang baik tetapi saya tidak faham mengapa ditukarkan.


“Saya tidak menerima banyak hantaran, tetapi begitu juga pemain lain.” Prestasi kemuncak Tevez yang digandingkan dengan kreativiti pemain terbaik dunia, Messi dan pendahulu senarai penjaring Piala Dunia kali ini, Gonzalo Higuain dengan empat gol membuktikan mengapa Argentina mempunyai potensi besar ketika menyerang dan tergolong antara pasukan pilihan untuk menjulang trofi itu tahun in

Tiada ulasan: