KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Jumaat, 2 Julai 2010

bintang baru Jepun

JOHANNESBURG: Karier bintang Celtic, Shunsuke Nakamura di pentas antarabangsa bersama Jepun mungkin sudah berakhir tapi tugas itu kini diambil alih pemain CSKA Moscow yang semakin meningkat naik, Keisuke Honda (gambar) dalam mengetuai serangan Jepun di Piala Dunia.

Meledak dua gol dan mencipta peluang buat rakan sepasukan menjaringkan gol untuk membantu Blue Samurai mara ke suku akhir Piala Dunia untuk kali pertama, Honda membuktikan mereka berada di landasan tepat menjelang Piala Dunia di Brazil 2014.

“Masa saya sudah berakhir,” kata Nakamura, 32, kepada wartawan ketika ditanya sama ada dia akan bermain untuk Jepun lagi selepas negaranya tewas di tangan Paraguay 5-3 menerusi sepakan penalti di peringkat 16 pasukan terakhir.


Semalam, kenyataannya disiar akhbar sukan harian: “Karier antarabangsa saya sudah berakhir.” Nakamura, tonggak utama merencana kempen kelayakan Jepun hanya diturunkan sekali dalam empat perlawanan Jepun di Afrika Selatan 2010, sebagai pemain gantian pada babak kedua ketika tewas 1-0 kepada Belanda.


Jurulatih, Takeshi Okada melakukan tindakan berani dengan tidak menurunkan Nakamura di bahagian tengah dan menyenaraikan Honda, 24, sebagai penyerang tunggal bagi menguatkan jentera serangan pasukan.


Honda yang dikenali sebagai pemain memiliki ketahanan fizikal menepati apa yang diharapkan Okada manakala taktik bertahan pasukan itu dalam semua perlawanan nyata berkesan berbanding pasukan Asia lain.


“Saya percaya kami mesti menunjukkan kepada dunia selepas ini kami mampu memberi saingan lebih agresif,” kata Honda. “Kami perlu meningkatkan skil individu dan saya fikir pemain muda Jepun mesti beraksi di luar negara.” Selepas empat tahun bersama pasukan handalan Liga-J, Nagoya Grampus, Honda berpindah ke VVV Venlo pada awal 2008 dan membantu pasukan itu kembali bersaing di liga teratas Belanda untuk musim 2008-2009.


Dia menyertai CSKA pada Januari dengan kontrak bernilai AS$11.5 (RM37.2 juta). Dia membantu mencipta gol dan mencipta nama sebagai penjaring gol kemenangan ketika menewaskan kelab Sepanyol, Sevilla, 3-2 untuk menjadikannya pemain Jepun pertama mara ke suku akhir Liga Juara-Juara April lalu

Tiada ulasan: