KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Jumaat, 2 Julai 2010

Figo kritik sikap Ronaldo

Legenda Portugal, Luis Figo turut mempertikaikan sikap ketua pasukan Portugal, Ronaldo yang mengkritik jurulatih, Carlos Queiroz selepas mereka tersingkir daripada saingan Piala Dunia setelah tewas 1-0 kepada Sepanyol.

Figo menyifatkan pemain yang memegang rekod perpindahan termahal itu tidak menunjukkan sikap sebagai seorang ketua pasukan.

Figo yang mengetuai The Seleccao ke separuh akhir Piala Dunia di Jerman empat tahun lalu dan mempunyai 127 cap antarabangsa bersama Portugal berkata pemain itu sepatutnya melindungi keseluruhan pasukan.

“Tanggapan saya mengenai tanggungjawab seorang ketua pasukan mungkin berbeza dengan orang lain. Namun sebagai ketua pasukan, tidak kira berjaya ataupun gagal mereka perlu sentiasa mempertahankan pasukan,” katanya.

Ronaldo dikritik berikutan kenyataan yang dikeluarkan sewaktu sidang media selepas perlawanan menentang Sepanyol Rabu lalu.

Tiada ulasan: