KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Jumaat, 9 Julai 2010

Kelantan terus cabar Selangor

Kini, hanya tinggal 5 mata memisahkan kedudukan Kelantan & Selangor, dan perlawanan bertemu pasukan Selangor di Shah Alam dilihat sebagai "turning point" untuk Kelantan terus mencabar kedudukan Liga. Jika Kelantan berjaya memenangi perlawanan tersebut, tekanan sudah pasti beralih kepada pasukan Selangor yang hanya akan mempunyai kelebihan dua mata, dan Selangor akan berdepan tugas berat kerana baki perlawanan Selangor akan menentang T-Team, Terangganu & Kedah yang dilihat mampu menumbangkan Gergasi Merah itu.

Mengulas mengenai perlawanan bertemu Negeri Sembilan, ketiadaan Azizi Mat Rose di bahagian pertahanan dilihat sedikit memberi kesan apabila benteng pertahanan Kelantan bejaya beberapa kali dibolosi oleh rangkaian penyerang Negeri Sembilan yang diketuai oleh penyerang kebangsaan Norshahrul Idlan Talaha. Pada separuh masa pertama, Negeri sembilan dilihat mengusai perlawanan dan berpeluang membolosi pintu gol Kelantan, namun kecekapan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi berjaya menafikan percubaan-percubaan bahaya dari penyerang Negeri Sembilan. Kelantan yang sekali-sekala menyerang juga mempuanyi peluang untuk menjaringkan gol, namun Norfarhan, Norshahrul & Badri Radzi gagal menyudahkan peluang yang terhidang.

Masuk separuh masa kedua, Kelantan dilihat mula mengawal permainan dan memperolehi peluang untuk menjaringkan gol, namun dinafikan Sani Anuar Kamsani di pintu gol Negeri Sembilan. Kemasukan Hai-O menggantikan Chanthru dilihat merubah corak menyerang pasukan Kelantan. Kelantan berjaya melancarkan serangan berbahaya ke pintu gol Negeri Sembilan namun gagal menjcari penyudah yang berkesan.

Jentera serangan Kelantan tiba-tiba sedikit terencat apabila penyerang prolifik Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha mengalami kecederaan apabila diterjah pemain Negeri Sembilan. Norshahrul Idlan Talaha terpaksa dikeluarkan dan digantikan dengan bekas penyerang kebangsaan, Akmal Rizal. Kehilangan Norshahrul pada mulanya dilihat merisaukan penyokong, namun Akmal Rizal tidak menunggu lama untuk membuktikan kewibawaan beliau apabila menjaringkan gol kemenangan Kelantan pada minit ke-73 menewaskan Sani Anuar Kamsani di pintu gol Negeri Sembila selepas menyudahkan hantaran cantik dari Badri Radzi. Gol itu sudah cukup buat Kelantan bergembira dengan tiga mata penuh di laman sendiri.

Untuk perlawanan seterusnya menentang Selangor pada sabtu ini, Kelantan mempunyai peluang 50-50 untuk menang di Shah Alam dengan kekuatan kedua-dua pasukan yang seimbang. Tekanan mungkin terarah kepada Kelantan kerana Kelantan perlu menang keatas Selangor untuk terus mengejar kedudukan Selangor. Pasukan Selangor juga dilihat tertekan dengan aksi hambar ketika tewas kepada Perak di Ipoh Selasa lalu, dan jika Selangor gagal bangkit, tidak mustahil Kelantan mampu membawa pulang tiga mata berharga dari Shah Alam

Tiada ulasan: