KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Sabtu, 10 Julai 2010

Jualan tiket Kelate Kritikal!! Pakat Maghi Stadium Shah Alam Belako!



Kritikal! kritikal! Bantuan! Bantuan! Minta kerjasama semua penyokong The Red Warriors mengumpul seramai mungkin untuk perlawanan malam esok bagi memastikan stadium Shah Alam dipenuhi lautan merah putih. Pihak KAFA menggesa sesiapa yang ada kelapangan masa untuk datang melihat perlawanan ini secara dekat dan tidak hanya memadai melihat perlawanan ini di tv.Para peminat juga menyeru ketua jurulatih dan skuad pemain utama yang turun pada malam esok bersungguh-sungguh memberikan kemenangan, agar menutup sejarah kerap tewas di stadium keramat gergasi merah ini. Permainan yang baik dan konsisten mungkin tidak akan ada perasaan kecewa sekiranya ditakdirkan seri mahupun kalah, jika sekiranya ditakdirkan seri atau kalah dengan permainan yang hambar dan lemah ianya suatu yang amat mengecewakan penyokong setia The Red Warriors yang datang dari jauh seluruh pelusuk Malaysia kerana mengganggap ini adalah perlawanan akhir pertama untuk tahun ini sebelum wisel piala Malaysia bermula. Harapan penyokong amat tinggi kepada skuad The Red Warriors malah ada sanggup pulang dari luar negara bagi menyaksikan perlawanan yang dianggap berprestij tahun ini.Kemenangan bermakna peluang The Red Warriors untuk mengidam kejuaraan liga super masih cerah tetapi jika sebaliknya ianya sesuatu yang amat menghampakan.Ayuh semua penyokong selongkar poket mu, cari bendera negeri mu, pakai jersi The Red Warriors, lilit kain merah mu, luah laungan suara gomo kelate gomo mu, tepuk dada mu, conteng muka mu dan apa saja yang kamu mampu lakukan untuk datang ke stadium!!!!!! lakukanlah!!!! demi melihat sebuah sejarah baru tercipta pada tahun 2010 ini. Jika kamu tidak mampu lakukan tugas mu sebagai penyokong jangan kamu tangisi dan marah sekiranya apa yang diidamkan tidak berjaya dimiliki.....Bangkit skuad kesayangan ku.....Buktikan kemampuan mu....capaikan cita-cita kami melihat bumi kami dijejak piala dan dikerumuni seluruh rakyat kami..............Bangkitlah semua........Buktikan jati diri dan kesetiaan mu...........Jom Pakat maghi stadium belako.............Hanya kita pencinta bola sepak Kelantan dan Malaysia sejati..................pedulikan sekejap piala dunia....Ayuh! Pakat maghiiiiiiii belako!!!Sokong bia bijok , napok bijok , betindok bijok , main bijok , bijok sokmo...... Gomo Kelate Gomo

Tiada ulasan: